HANIEM ada masa yang tak terlalu banyak pada masa makan tengahari. Dia terpaksa memandu keretanya sehingga ke rumah keluarganya untuk makan tengahari bersama-sama memandangkan Adhiyat pun tak boleh makan dengan dia hari ini.
Setibanya dia di sana, Haniem terus berjalan masuk ke dalam rumah. Tak disangka dia bertemu dengan Fikri yang tergopoh-gapah keluar.
“Eh, akak! Buat apa kat sini?” Sapa dia manis.
“Oh, akak ingat nak lunch kat sini. Fik kenapa ada kat sini? Tak kerja?”
“Kerja. Fik ambil barang tertinggal. Ada kerja kat office nak kena buat dan Fik baru je lepas lunch.” Katanya.
“Yeke? Ad macam mana? Dia dah makan?”
“Dah lah kut. Tadi dia keluar dengan sepupu dia Maya dan diorang pun keluar pergi makan. Ad tak beritahu akak ke?”
Haniem tersenyum nipis. “Tak adalah, dia dah beritahu dah. Tadi akak Ad ada buat bekal untuk dia. Cuma dia kata dia tak boleh makan sebab nak lunch dengan sepupu dia. That’s why akak bekalkan dan bagi kat kawan tadi.”
Fikri mengangguk tetapi ada sesuatu yang kurang menyenangkan di mata Haniem.
“Tak apalah, akak masuk dulu. Terasa lapar sikit ni.”
“Oh, okeylah. Ibu dengan ayah pun ada kat meja dengan Fatin tadi. Manja betul budak tu sampai makan pun nak kena bersuap.”
Haniem ketawa lalu dia melangkah masuk.
“Akak!” Hanis menyapanya pula apabila dia tiba di muka pintu.
“Hanis. Janganlah lari-lari macam tu.”
“Sorrylah, Hanis ingatkan abang Fik dah pergi. Ni dia hampir tertinggal jam tangan dia.”
“Be careful okay. Akak masuk dulu.” Katanya kemudian melangkah masuk.
Hanis mengangguk lalu dia mendekati Fikri setelah Haniem beredar pergi. Jam tangan dihulurkan kepada Fikri yang menatap kelibat Haniem berlalu pergi.
“Kenapa tengok akak macam tu?”
Fikri mengeluh. “Abang rasa kesian juga kat kak Haniem tu. Walaupun dia dah tahu Ad tu keluar makan dengan Maya, tapi mata dia tetap gambarkan kesedihan.”
“Sedih?”
“Entahlah dia sedih ke tak. Tapi yang pasti isteri mana yang tak akan rasa... kecewa kalau suami dia keluar makan dengan perempuan lain sementara dia pula kena pergi rumah mak sendiri untuk makan.”
“Alah abang cakap sepupu si abang Ad tu baru balik kan? Mungkin juga lah.. diorang rapat sebab abang Ad cuma nak dia ada... enviroment yang positif.”
Fikri mengangguk tak pasti. “Tapi takkan lah sepupu dia tu tak boleh belajar berdikari kut. Zaman sekarang teknologi di hujung jari dan semuanya pakai tekan-tekan je. Kalau sesat ada waze, Google Maps. Kalau nak makan, ada grab, foodpanda dan beberapa kedai yang ada COD. Tu pun Ad nak kena ajar ke?”
“Betul juga kan? Kalau macam tu abang nasihatkan lah dia. Lebih teruk kalau ayah tahu tau. Bukan ke abang Ad dah janji depan ayah yang dia takkan sakitkan hati kak Haniem?”
“Ad tu memang spesies pelupa. Nantilah abang cakap dengan dia. Dahlah bekal pun dia tak ambil. Sebelum ni, bukan main dia bawa bekal dan sekarang dah bosan dah dengan bekal isteri?”
“Tak payahlah nak marah-marah. Kalau marah, tak sudah juga masalah ni. Abang settle kan elok-elok dengan dia.” Pesan Hanis lagi.
Setelah Fikri berlalu pergi, Hanis menuju ke meja makan. Dia nampak Puan Zahara begitu seronok melihat kedatangan Haniem. Hanis mengambil tempat di sebelah anak perempuannya.
“Fik dah pergi dah?” Tanya Encik Malik.
“Dah. Cuai betul dia tu. Tadi bukan main lagi awal pergi kerja. Last-last dia tertinggal barang pulak.”
“Biarlah. Dia tu workhaholic dan memang selalu lupa.”
Hanis hanya mencebik. “Akak, kenapa akak tak makan dengan abang Ad?” Sengaja Hanis bertanya.
“Urhmm... abang Ad dia.. dia sibuk sikit. Akak tak nak susahkan dia.”
Hanis mengangguk.
“Takkan lah sibuk sangat sampai tak boleh nak teman Haniem makan?” Encik Malik bersuara.
“Tak apalah ayah. Ad tu dia sibuk sebelum hari pelancaran buku dia tu. Diorang selalu je postpone sebab tak tahu nak buat kat mana dan jadual hotel yang diorang katakan tu padat dengan berbagai jamuan. Jadi Ad kenalah cari masa dan settle kan laporan tu secepat mungkin.”
“Kerja tu bagus sebab boleh jamin masa depan yang bersinar. Tapi tanggungjawab juga satu pekerjaan yang diwajibkan untuk dilakukan sebab.. ia melibatkan dunia dan akhirat.”
Haniem hanya diam.
“Adhiyat dah janji pada ayah yang dia akan jaga Haniem. Ayah letakkan kepercayaan penuh pada dia dan kalau dia buat masalah, ayah takkan lepaskan dia. Haniem kena tahu tentang tanggungjawab Adhiyat dan tegur dia jika dia silap walaupun dia suami kepada Haniem.” Pesannya lagi.
“Baiklah. Adhiyat tu sibuk sikit je dan Haniem yakin... dia takkan lupakan tanggungjawab dia.”
Encik Malik hanya mengangguk tenang.
“Hisy abang ni! Tak baik bersangka buruk pada menantu sendiri. Adhiyat tu ada syarikat yang besar dan dia mestilah sibuk. Lagipun Haniem tak berseorangan. Kita ni keluarga dia dan kalau dia seorang-seorang, kita boleh temankan dia.”
“Yelah Zahara. Saya minta maaf.” Ucapnya menyelesaikan semua masalah.
Haniem tahu pasti ada penjelasan dalam setia perbuatan Adhiyat dan dia takkan sesekali menuduh suaminya sendiri. Dia tak mahu terlalu mengawal Adhiyat dan dia rasa tidak apa-apa jika Adhiyat meluangkan masa dengan sepupu dia yang baru sahaja pulang. Tidak mungkin hanya kerana gadis bernama Maya, dia nak cemburu buta.
Selesai makan, Haniem terus menuju ke luar rumah. Dia duduk di bangku sambil mendail nombor telefon suaminya hendak bertanya jika dia sudah makan atau belum. Namun Adhiyat tidak mengangkat panggilan telefon sehingga Haniem mengeluh berat.
“Haniem,” Puan Zahara menyapanya.
“Ibu. Haniem dah nak gerak dah. Kesian dekat Qila kalau tinggalkan dia kat sana.”
“Nanti lah dulu. Ibu nak tanya sesuatu je.”
Berkerut kening Haniem tetapi dia terpaksa duduk kembali. “Tanya apa ibu?”
“Haniem... tak apa-apa?”
“Maksud ibu?”
Puan Zahara mengusap kepala Haniem. “Hanis ceritakan semuanya tadi pada ibu. Fik kata Ad keluar makan dengan Maya sepupu dia dan dia langsung tak ambil bekal makanan Haniem. Betul ke?”
Haniem tunduk mengeluh.
“Umi tahu hati Haniem kecewa bila Ad buat semua tu. Korang pun hampir sebulan cukup kahwin. Tapi Haniem, apa kata kalau Haniem buang perasaan tu dan tanya pada Adhiyat sendiri.”
“Haniem tak nak jadi isteri yang... cemburu buta. Haniem tahu dia takkan pernah buat Haniem rasa kecewa macam ni. Haniem tak nak hanya sebab adik sepupu dia, Haniem nak marahkan dia, kecewa dan sedih. Haniem takkan jadi isteri yang mengawal suaminya.” Balasnya.
“Ibu faham perasaan Haniem. Tapi tak salah kalau kita sebagai isteri nak bertanya, nak kan penjelasan dari setiap perbuatan suami kita. Itu bukan mengawal, tapi itu untuk penjelasan bagi hati kita yang tak tenang. Penjelasan itu penting dalam setiap salah faham yang terjadi. Haniem tak boleh rasa Haniem adalah isteri yang mengawal suaminya. Itu fikiran kolot Haniem.”
Haniem tersenyum nipis. “Ibu tak payah risau lah. Haniem yakin Ad akan... jelaskan sendiri pada Haniem. Haniem.. Haniem tak kisah kalau dia nak keluar dengan adik sepupu dia sendiri.”
“Jangan sampai hati Haniem yang terluka mengharapkan penjelasan. Sebelum ni pun Haniem jadi macam ni. Selepas penjelasan, Haniem tenang.”
Haniem baru teringat akan hal di mana dia salah faham terhadap Adhiyat.
“Jangan fikir yang Haniem isteri yang tak patut. Haniem perlukan penjelasan juga tanpa kenal erti mengawal. Haniem berhak kan penjelasan tu.”
Haniem mengangguk. “Haniem nak.. ibu rahsiakan hal ni daripada ayah. Haniem tak nak Adhiyat dapat susahnya.”
“Yelah sayang.”
Haniem terus berangkat ke tadika nya semula. Dia tak patut memikirkannya lagi. Tiba sahaja di sana, dia menemui Qila di ruang pejabat.
“Hei! Kau pergi mana lambat sangat?”
“Lunch dengan family aku.” Balasnya.
Qila mengangguk. “Aku memang nak ajak kau pergi lunch tadi. Dah aku kena jumpa dengan kawan aku, terpaksalah aku jumpa juga. Next time kita keluar sama-sama tau.”
“Yelah Qila. Kau dah.. habis kelas ke?”
“Baru je. Penat sikit sebab aku nak kena buat borang maklumat murid ni hah. Yang sebelum ni kan dah terbuang.”
“Baguslah. Aku dah bagi kau rujukannya kan?”
“Dah. Aku ikut rujukan tu lah.” Balasnya.
Haniem mengangguk tenang. Dia juga membuat kerjanya.
“Eh Haniem, aku lupa nak beritahu kau something.”
“Beritahu? Beritahu apa?”
Qila menggigit kuku nya sedikit serba salah nak memberitahu Haniem.
“Beritahu lah! Kau ni sengaja buat aku suspen.”
“Okeylah aku beritahu kau tapi aku nak kau dapatkan penjelasan dan jangan freak out.” Pesannya sebelum memberitahu Haniem.
Haniem mengangguk.
“Tadi masa aku keluar lunch dengan kawan aku, aku nampak Ad dengan.. Maya adik kepada Mazlan.”
“Okey.” Balas Haniem.
“So masa tu dia.. dia peluk lengan suami kau dan dia introduce him as her boyfriend pada semua kawan dia.”
Haniem sedikit terkejut tapi dia buat wajah biasa. “Maya tu... sepupu Ad. Dia baru balik dari New York.”
“Aku tahulah Haniem sebab aku pun kenal dengan dia. Masa aku in relationship dengan Mazlan, perempuan ni call je abang dia dan dia punya perangai jahat tu mengalahkan ahli sihir tau. Mulut dia, berbisa. Takkan lah kau steady macam ni je.”
“Aku percayakan Ad. There’s must be an explanation as you said.”
Qila mengeluh. “Okeylah, mungkin ada penjelasan sebab suami kau pun nampak macam tak suka. Tapi aku pesan kat kau untuk berjaga-jaga dengan si Maya ni. Kadang-kadang dia boleh jadi sweet dan pada masa yang sama dia boleh jadi musuh dalam selimut.”
“Kau jangan nak merepek lah.”
“Aku pesan je.” Balasnya dan kemudian mula membuat kerjanya lagi.
Haniem termenung buat seketika. Hatinya hancur dengan apa yang didengarinya. Mengapa Adhiyat boleh berubah apabila dengan Maya? Haruskah dia dapatkan penjelasan? Haniem buntu.
Share this novel