bab 43

Romance Completed 1369

DATIN HALIZA keluar dari bilik wad setelah melawat mak kepada Ilham yang kini masih setia dengan maknya memandangkan Ilham satu-satunya anak lelaki mereka dan dia juga sudah kehilangan ayahnya. Datin Haliza mengambil tempat di sebelah anak perempuannya yang sudah pasti turut hiba akan khabar yang didengari mereka. Tangan Dhiya dipegangnya erat.

“Sabarlah. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Allah tu tahu apa yang terbaik.”

“Dhiya tak apa-apa umi. Yang paling teruknya, Am lah. Sejak dia dapat berita mak sakit, terus dia datang sini dan jenguk mak dia. Tapi doktor kata mak masih boleh sedarkan diri. Cuma keadaan lemah sikit.”

Datin Haliza menyapu tangannya ke wajah tanda syukur.

“Umi balik lah dengan baba. Biar Dhiya temankan Am kat sini.”

“Kalau macam tu, baba bawa balik Liya lah. Dhiya boleh temankan Am kat sini.” Kata Datuk Azlan.

“No, Dhiya stay sini terus. Kalau Liya ikut baba dengan umi, nanti Dhiya nak kena balik semula ambil dia. Kan lebih bagus kalau lepas mak sedarkan diri dan boleh keluar hospital, kitorang jaga dia kat sini?”

Datuk Azlan mengangguk benar akan ucapan Dhiya. “Liya dah tidur dah ni. Kamu pun rehatlah Dhiya. Lepas kita berangkat je, kamu tak ada rehat langsung. Kalau ada apa-apa, telefon baba dengan umi.”

“Okey Ba.”

Datuk Azlan dan Datin Haliza berangkat pulang selepas tiga hari mereka tinggal di sini. Datuk Azlan pula tak boleh lama sangat sebab dia masih tak selesaikan majlis Adhiyat dengan Haniem di sana dengan menguruskan hal barang-barang nikah.

“Abang, boleh tak kalau kita straight pergi kampung? Liza nak jumpa mak dan nak beritahu dia lebih lanjut pasal pernikahan Ad dengan Haniem.”

“Boleh je. Awak telefon mak dulu dan esok kita balik lah sebab abang takut tinggalkan hal barang nikah Haniem dengan Ad macam tu je kat rumah Malik.”

Datin Haliza turut mengingatkan hal itu. “Tak apa. Kita balik sekejap je, bagitau mak dengan Zainal, Hairi, Reza lepastu Umai. Diorang pun mesti tak sabar nak dengar berita gembira macam ni.”

“Okeylah.”

Datin Haliza segera menghubungi Opah Hawa mengatakan bahawa mereka akan tiba di sana dalam beberapa jam lagi.

Perjalanan yang agak lama kalau diambil ini buatkan Datin Haliza dan Datuk Azlan tiba juga di kampung halaman Opah Hawa yang penuh dengan sawah padi dan keindahan kampung ini walaupun di waktu malam. Langkawi memang tanah yang besar dan penuh dengan pelancong asing yang datang.

“Assalamualaikum!” Laung Datin Haliza di luar rumah kepada maknya.

“Waalaikumusalam. Ya Allah Liza, kenapa balik malam-malam macam ni?”

Datin Haliza dan Datuk Azlan bersalaman dengan Opah Hawa.

“Mak ni. Ajak lah akak masuk dulu!” MakSu Zainal di muka pintu menegur maknya.

Setelah masuk dan duduk di ruang tamu, Humairah tiba dengan dulang berisi teko dan cawan. Dia duduk di samping suaminya Reza yang kini sudah berkerusi roda.

“Sebenarnya Liza datang malam-malam ni sebab Liza baru balik dari Johor tengok mak Am jatuh sakit kat hospital.”

“Astagfirullahhalazim. Habis macam mana mak si Am tu?” Tanya Opah Hawa risau.

“Doktor kata dia boleh sedar macam biasa cuma tenaga dia tak berapa kuat sangat. Kami ingat nak datang sini jumpa mak sebab takutlah mak risaukan tentang Dhiya ke, nak tahu majlis Adhiyat dengan Haniem ke.”

Air muka Humairah berubah setelah itu tetapi dia mengalihkan anak matanya kepada suami dia Reza.

“Mak memang risaukan Dhiya. Yelah, dia tu baik juga dengan mak mertua dia. Habis, Dhiya macam mana? Liya tu?”

“Pasal cucu mak seorang tu, mak tak payah risaulah. Dia tetap nak jaga mak Am dan Liya pula kitorang ingat nak bawa dia balik. Dah Dhiya kata dia tak nak balik KL lagi sebab nak terus jaga mak mertua dia, tak jadilah.” Jelasnya.

“Degil juga budak bertuah tu seorang.”

Datin Haliza hanya tersenyum.

“Pasal Haniem dengan Ad, semalam si Zainal ni dah telefon Ad dan dia beritahulah pasal majlis dia. Kami ni minta maaf sangat sebab tak boleh nak pergi majlis tu. Nak datang dengan kereta Reza pun, masih rosak lagi dan sebab tu lah mak tak boleh nak balik KL.”

“Tak apalah mak. Keluarga Haniem pun tak kisah kalau mak tak datang dan mak pun dah bercakap dengan diorang kan. Insha-ALLAH Liza akan pujuk Ad balik kampung.” Kata nya.

Reza terus menatap Datin Haliza yang kini memandangnya tahu apa yang Reza mahukan.

“Jangan risau, Ad tu setebal manapun hati dia, dia tetap akan... mengalah juga.”

“MakSu boleh.. bawa abang datang sini? Reza... Reza betul-betul nak minta maaf dengan dia tentang apa yang Reza cakap dan... dan apa yang Reza buat.” Anak matanya beralih ke arah Humairah yang hanya tunduk lemah.

“Tak apalah Reza. Kita ni manusia yang hanya mampu merancang tapi tak sepenuhnya mampu nak memastikan rancangan tu berjaya mengikut apa yang kita rancangkan. Ad tu pun sekali-sekala ada sebut pasal kampung dan MakLong tahu dia rindukan kampung dia.”

Reza tersenyum senang.

“Reza, abah rasa baik Reza tenangkan fikiran dulu. Jangan paksa diri dan jangan paksa Ad untuk maafkan Reza secara mengejut. Dia mungkin terlalu kecewa dan kita kena reda.” Pujuk PakSu Hairi pula.

“Reza cuma rasa bersalah je selama ni pada abang, bah. Reza sedar tentang harta dan Reza tak nak... Mazlan dengan Adhiyat terlalu.. sibuk nak cari aset penting tok aki.”

“Aset tu, tak ada sesiapa tahu ke mana atau tok aki bagi pada siapa. Kita tawakal dan ikhlas kan apa yang arwah nak kan. Mungkin dia dah tenang kat sana bila harta dia selama digunakan oleh orang lain.”

Reza mengangguk. “Reza tak kisah lagi pasal aset tu dan Reza harap Adhiyat dengan Mazlan boleh terima.. aset tu bukan untuk kita.”

Bahu anak lelakinya ditepuk.

“Kalau boleh, PakLong pun sebenarnya tak nak Ad tu... taasub nak cari harta tok aki. Tapi sejak dia balik dari kampung beberapa bulan lepas, dia dah... tak endahkan tentang maklumat harta tu. Mungkin juga dia dah reda tentang harta tu tak?”

“Reza pun berharap macam tu PakLong.”

Datuk Azlan mengeluh berat jika dia tahu Adhiyat masih nak tahu ke mana aset penting tok aki pergi. Dia tak mahu Adhiyat taasub dengan harta sangat.

“Dahlah. Kamu berdua pergi masuk tidur dalam bilik sana. Dah malam ni dan esok bolehlah makan lempeng sebelum balik.”

Datin Haliza tersenyum. “Yelah. Tapi kitorang duduk sehari je tau. Lebih memang tak boleh.”

“Kenapa tak duduk lama-lama sikit kat sini?”

“Ha tu! Bukannya tak nak, ada lagi barang nikah Haniem dengan Adhiyat yang tak diuruskan. Kesian lah kat abang Malik dengan kak Zahara nak kena uruskan sedangkan kami lah yang tempah semua tu. Mak tak payah risaulah. Bila ada masa, kami balik lambat sikit.”

Opah Hawa mencebik kemudian mengangguk.

Datin Haliza dan Datuk Azlan duduk di bilik tetamu yang tak terlalu besar namun dahulunya dihuni oleh anak lelaki mereka Adhiyat semasa dia masih kecil. Datin Haliza membersihkan dirinya kemudian giliran Datuk Azlan juga yang membersihkan diri dia untuk menyegarkan malam nya sebelum tidur.

Semasa sedang bersiap-siap hendak tidur, Datuk Azlan perasan Datin Haliza duduk di penjuru katil sambil termenung.

“Kenapa awak termenung pula ni?”

“Tak adalah bang. Saya ni risaukan Ad dengan Haniem. Lebih-lebih lagi lepas Zainal telefon Adhiyat. Abang bukannya tak kenal dengan perangai Adhiyat yang... cepat mengalah kalau dah satu benda yang payah nak capai.” Katanya.

“Habis, kenapa awak nak risau?”

Datin Haliza mengetap. “Abang, takkan lah abang tak tahu apa yang Reza cakap kat Adhiyat masa last anak kita balik kampung hari tu?”

“Lupakanlah Liza. Reza tu dulu nakal budaknya dan dia tu nak main-main je. Sekarang Allah dah tunjukkan semuanya pada dia dan kita reda je dengan ketentuan Allah.”

“Saya tak kisah apa yang Reza cakapkan. Cuma tentang Humairah. Abang tak tahu ke yang Humairah tu lah cinta pertama anak lelaki kita sampai dia nak pilih perempuan pun nak kena teliti sekarang.” Ujarnya.

“Abang tahu. Tapi Ad tu dah tak sukakan Umai sejak Reza kahwin dengan dia. Dia tu pun bukannya suka tengok orang lain sengsara sebabkan dia.”

“Saya takut kalau Zainal telefon Ad dan... Ad tu masih ingatkan tentang Umai. Mestilah topik pasal Umai Zainal bangkitkan sebab Zainal tu rasa bersalah dengan Adhiyat atas perbuatan Reza. Saya takut kalau.. hati Ad berubah.”

Datuk Azlan menggeleng. “Awak tak nampak ke betapa ikhlasnya Ad tu cintakan Haniem, izinkan Haniem tinggal rumah ibu dan ayah dia dan termenung je sepanjang malam ingatkan isteri dia. Awak juga cakap Ad tu sampai termimpi panggil nama Haniem. Jadi kenapa awak nak fikir negatif dengan cakap hati Ad akan berubah?”

“Saya takut. Haniem tu terlalu baik dan anak kita Ad tu pula mudah mengalah. Saya tak nak nanti dia mengalah cintakan Haniem sebab-sebab tertentu. Tapi saya tak pernah nak doakan yang Adhiyat akan berpisah dengan Haniem sebab saya tahu anak saya macam mana.”

“Kalau awak tahu, baguslah. Jangan nak cakap yang bukan-bukan lagi sebab Ad tu berbeza. Abang takkan biarkan dia kejar cinta lama yang takkan jadi milik dia dan tinggalkan Haniem yang terlalu baik untuk dia.”

Datin Haliza mengeluh lagi.

“Dah, tidurlah. Esok boleh makan lempeng mak lepastu boleh gerak balik terus. Awak juga yang tak sabar nak ajar Haniem masak lauk kegemaran Ad kan?”

Datin Haliza teringat akan hal tu sehingga buat dia tersenyum senang. Dia mula melelapkan matanya di malam hari yang tenang itu untuk memulakan hari esoknya pula.

Pagi yang cerah telah buat Datin Haliza bangun. Suaminya telah pun keluar solat subuh di surau dengan PakSu Hairi dan Reza yang ditolak kerusi rodanya oleh PakSu Hairi. Di rumah pula, Datin Haliza menolong Opah Hawa, MakSu Zainal dan Humairah memasak.

Setelah itu, suaminya pulang ke rumah juga dan mereka menikmati sarapan bersama-sama dengan lempeng cicah kuah kari sedap buatan Opah Hawa yang dirindui Datin Haliza.

“Sedapnya mak masak! Rindu rasanya nya.”

“Yelah, kamu pun bukannya balik selalu. Makan lah banyak-banyak dan bawa balik bagi kat Ad dengan isteri dia sekali.” Katanya.

“Mak ni, nak kena bawa balik juga ke?”

“Yelah! Cucu aku kat sana tu pun nak makan juga masakan Opah dia. Bukannya kamu seorang je.”

Datin Haliza cemberut apabila ditinggikan suara oleh Opah Hawa.

Selesai saja bersarapan, Datin Haliza dan Datuk Azlan meluangkan masa dengan berbual sebentar sehinggalah selepas solat zohor, mereka mula hendak berangkat pulang ke rumah.

“Nah, bagi kat cucu aku tu. Jangan lupa dan jangan makan sendiri pulak.”

“Mak ni. Takkan lah anak mak ni jahat sangat sampai tak nak bagi cucu dan cucu menantu mak makan.” Katanya.

“Kalau macam tu, bagi kat dia.”

Datin Haliza mengambil bekal makanan yang dihulurkan Opah Hawa kepadanya dan diserahkan kepada Datuk Azlan untuk diletakkan ke dalam kereta. Dia berjalan mendekati adik perempuannya dan bersalaman dengannya. Reza turut bersalaman dengan Datin Haliza dan tiba di tempat Humairah, Humairah takut Datin Haliza takkan bersalaman dengan dia. Namun dia silap. Wanita itu memeluknya erat menggembirakan semua yang melihat.

“Setiap kesilapan manusia.. ada kemaafan nya. Maklong tahu Umai ada pilihan Umai sendiri. Jadi jangan larikan diri dari Maklong lagi. Faham?”

“Umai minta maaf.” Humairah memeluk Datin Haliza erat.

“Tak apalah. Jaga diri dan jaga kandungan ni. Ini lah impian Maklong.” Ujarnya kepada perut Humairah yang sudah membuncit akibat dia yang bakal menimang cahaya mata.

Datin Haliza dan Datuk Azlan berangkat pulang ke rumah setelah puas melepaskan rindu mereka pada semua di kampung ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience