ADHIYAT kerja sepenuh masa tanpa memikirkan lagi apa-apa. Dia kini tak boleh tak fokus dengan kerja dia memandangkan dia akan adakan majlis yang besar dan kerjanya sudah pasti bakal tertunggak selepas itu. Lagipun ada penuli lain yang turut menghantar manuskrip kepadanya sehingga dia perlu memeriksa dan berikannya kepada Fikri yang turut sibuk tetapi kerja dia lebih senang daripada Adhiyat.
Telefon bimbit yang berdering di jam 5 petang buatkan Adhiyat mengangkat nya dengan pen masih di tangan.
“Hello.”
“Abang, ni Haniem ni.” Kata Haniem.
“Oh sayang! Kenapa?”
“Haniem nak tanya abang je yang abang balik makan malam tak? Haniem baru je balik dari tadika ni dan tadi Haniem lupa nak beritahu abang yang Haniem singgah rumah umi kejap.” Ujarnya lagi.
“Oh, abang tak kisah. Makan malam... i think, abang akan balik. Cuma sekarang abang ada kerja sikit. Nanti enam setengah, abang balik lah.”
“Okeylah. Haniem pun baru nak masak ni.”
“Okey. Umi ada cakap apa-apa tak?” Tanya nya.
“Ada. Umi tanya abang bila abang nak ambil barang-barang abang dalam bilik tu. Abang janji dengan umi nak ambil kelmarin kan?”
Adhiyat baru teringat tentang hal itu. “Alah sayang, abang lupa lah. Kenapa Haniem tak ambilkan untuk abang? Bukan ke abang dah letakkan dalam kotak?”
“Ada lagi barang yang abang tak letak. Haniem memang nak ambilkan untuk abang. Tapi umi tak bagi. Dia kata barang-barang abang berat sangat dan dia suruh abang ambil sendiri.”
“Yelah, kesian juga kat Haniem kalau kena ambil. Dahlah Haniem kerja hari ni dan penat pula tu kan?”
Haniem hanya diam.
“Abang akan ambilkan. Tapi lambat sikit lah abang balik. Cuma makan malam, sayang jangan risau. Abang akan balik juga.”
“Okey, Haniem tunggu abang. Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam.” Balas Adhiyat.
Selepas mematikan panggilan, Adhiyat kembali menyiapkan kerjanya. Selesai di jam enam empat puluh minit, Adhiyat mengemas barang-barangnya kemudian dia keluar daripada bilik pejabatnya. Beberapa fail diletakkan ke atas meja Fikri yang kini sudah kosong. Adhiyat melangkah pergi tetapi dia berhenti apabila despatch di syarikatnya datang.
“Apa khabar tuan Ad?”
“Baik, Alhamdulillah. Apa ni?” Tanya nya pada beberapa borang di tangan lelaki itu.
“Oh ini agreement bank daripada beberapa syarikat yang tuan Ad minta daripada Encik Fikri. Tapi dia call saya tadi suruh bagi kat Encik Man sebab tuan Ad yang nak dia belajar kan?”
“Agreement bank nak bagi pada.. Encik Man?”
Lelaki itu mengangguk.
Adhiyat mengambilnya. “Kalau agreement atau apa jua yang berkaitan dengan bank, awak kena bagi pada pegawai kewangan sebab ini sulit. Encik Man hanyalah pekerja biasa di sini.”
“Maafkan saya.”
“Tak apa. Bukannya salah awak pun sebab awak hanya ikut arahan daripada Encik Fikri. By the way, thanks sebab hantarkan agreement ni.”
“Sama-sama. Saya minta diri dulu.” Dia terus beredar pergi.
Adhiyat menggelengkan kepalanya dengan tindakan Fikri yang sudah pasti cuai. Kalau dia tak perasan hari ini, sudah pasti borak persetujuan dari bank ini akan didedahkan kepada pekerja yang tak berkaitan. Adhiyat menyimpannya ke dalam beg bimbit dia kemudian dia melangkah pergi.
Apabila melalui pantri, Adhiyat teringatkan sesuatu. Dia memeriksa terlebih dahulu pantri tersebut dan tahu makanan di dalam sudah kosong. Adhiyat mengeluarkan sneakers dia lalu diletakkan ke dalam peti sejuk. Adhiyat kemudiannya melangkah pergi. Kereta dipandu keluar dari perkarangan.
Setibanya di rumah Datin Haliza, Adhiyat agak terkejut melihat dua buah kereta yang agak dikenalinya. Satu kereta sudah pasti milik Mazlan yang paling dia terkejut. Satu kereta iaitu mini cooper hitam kuning ini milik siapa? Dia tak pernah nampak sebelum ini.
“Abang Ad!” Jerit satu suara dari muka pintu yang riang sehingga Adhiyat menatapnya.
Maya gadis yang berambut perang, beralun juga dan memakai pakaian yang agak seksi tetapi kena dengan umur dia yang tiga tahun lebih muda daripada Adhiyat. Dia berlari kemudian memeluk Adhiyat dengan eratnya sehingga Adhiyat terkejut. Dia meleraikan pelukan Maya dengan sedikit kasar.
“Abang ni, kasar sangat lah! Maya rindukan abang tak boleh ke?”
“Bukannya tak boleh! Tapi tak payah lah nak menggelitis macam ni. Tak boleh tau berpeluk macam tu. Kalau orang nampak, nanti diorang salah faham.”
Maya mencebik. “Abang dulu tak macam ni tau. Kenapa tiba-tiba?”
Adhiyat tak menjawab.
“Okey, Maya tahu. Ini mesti sebab Maya pernah luahkan perasaan Maya kat abang sampai abang... abang tak nak rapat dengan Maya kan?”
“Heh dah lah! Maya bila sampai ni?” Adhiyat berdalih.
“No! Maya nak bercakap dengan abang tentang kenapa abang tak macam dulu? Dulu kita okey je. Gurau senda, tepuk tampar and macam.. macam serasi sangat. Now abang langsung tak nak rapat dengan Maya. Tell me the truth!”
Adhiyat mengeluh. “I’m sorry okay? Bukannya abang tak nak rapat dengan Maya. I think you know my status right now. Abang dah kahwin dan Maya tak boleh rapat dengan abang.” Cincin di jarinya ditunjukkan kepada Maya.
“Kahwin tak bermakna kita ni yang dah membesar bersama hilang kemesraan tu. Abang juga yang cakap kita ni macam.. adik beradik and hubungan adik beradik tu kekal tau.”
“Okeylah, lepas ni abang takkan ulang lagi apa yang abang buat. So Maya janganlah spoil kan mood Maya macam tu je. Welcome to Kuala Lumpur again!”
Maya tersenyum dengan pujuk rayu Adhiyat. “Thanks! Maya rasa kan, Maya nak duduk sini sampai bila-bila lah. Nanti boleh makin rapat dengan abang.”
Senyuman Adhiyat pudar.
“Gurau ajelah! Serius sangat abang ni.”
“Tak payah lah nak merepek lagi. Abang Maz... datang juga ke?”
“Datanglah! Abang tak nampak ke kereta dia ni.” Tunjuknya pada kereta Mazlan.
Adhiyat mengerling kereta Mazlan dan kemudiannya ke pintu rumahnya.
“Abang Mika ada beritahu tentang abang Maz ni kat Maya sebelum ni. So Maya dah balik Malaysia hari ni and abang Mika minta Maya untuk pergi bawa abang Maz datang sini makan malam dengan Maklong dan PakLong.”
Adhiyat mengangguk. “Habis, dia tak kisah ke kena makan kat sini?”
“Mula-mula dia tak nak. Katanya dia tetap takkan jejakkan kaki dia ke rumah Maklong dengan PakLong. But don’t worry sebab Maya akan pastikan abang Maz boleh berbaik dengan Maklong dan PakLong lagi. Cuma Maya... perlukan bantuan abang lah.”
“Abang tak nak lah masuk campur dalam urusan ni. Nanti bukan main lagi abang Maz tu marahkan abang.”
“Tak payahlah risau! Maya ada sekali dan Maya akan pastikan abang Maz takkan marahkan abang. Kalau abang Maz marahkan abang, Maya karate dia!”
Adhiyat ketawa senang sambil menolak lembut kepala Maya. Dia terus melangkah masuk dengan Maya mengekorinya.
“Assalamualaikum!” Sapa Adhiyat apabila dia tiba di meja makan.
“Waalaikumusalam. Betul sangat instinct Maya yang Adhiyat akan datang.”
“Mestilah Maklong! Lagipun Maya memang rindukan sangat kat abang.” Dia memeluk erat lengan Adhiyat yang buatkan Adhiyat menatap Datuk Azlan dan Datin Haliza serba salah.
Datin Haliza segera memegang lengan Maya menjauhi Adhiyat dengan ketawa janggal.
“Dahlah! Adhiyat tu mesti penat nak balik kerja. Biar dia duduk makan.”
“Eh, tak apalah umi! Ad datang sini sebenarnya nak ambil barang Ad. Tadi umi ada pesan kat Haniem kan?”
Datin Haliza menepuk dahinya sendiri. “Terlupa pula umi pasal hal tu. Umi risaukan Haniem yang nak bawa balik barang-barang tu semua seorang-seorang. Jadi umi suruh dia beritahu Ad ambil sendiri.”
“Ha, Haniem dah beritahu dah. So Ad tak dinner kat sini sebab Haniem ada kat rumah. Risau pulak pasal dia seorang-seorang.”
Datin Haliza mengangguk mengerti.
“Alah abang! Maya nak makan dengan abang. This is first day tau Maya kat KL dan checklist Maya bila datang sini setakat ni dah.. tercapai separuh. Abang pun ada dalam checklist balik KL Maya. Maya nak abang spend kan masa dengan Maya.”
“Tapi abang tak boleh tinggalkan isteri abang macam tu je.”
Maya mencebik. “Maya pasti kak Haniem akan faham. Apa kata kalau abang bagi nombor kak Haniem pada Maya dan Maya beritahu dia tentang makan malam ni. Lagipun takkan lah kak Haniem nak marah kalau abang dinner dekat rumah keluarga?”
Adhiyat mengerling Datin Haliza yang tak berkata apa-apa. Dia akhirnya mengeluh.
“Okeylah, kita makan.. sama-sama. Tak payahlah Maya nak call kak Haniem. Abang akan jelaskan kat dia nanti.”
“Cantik! So duduklah.” Dia menarik lengan Adhiyat duduk di salah satu kerusi.
Setelah Adhiyat duduk di sebelah Mazlan dan di hadapan Maya, dia sempat mengerling Mazlan yang langsung tak mengendahkannya malah masih fokus dengan telefon bimbit dia. Dia kelihatan sedikit stress.
“Abang baru balik dari kerja ke?”
Mazlan berpaling memandang Adhiyat lalu tersenyum. “Tak lah. Aku baru balik dari ambil si Maya ni. Dia suruh bawa pergi rumah dia dan ambil kereta dia sebelum sampai sini. Rindukan sangat dengan Maklong dan PakLong.”
Adhiyat mengangguk. “Abang okey?”
“Okey sangat! Kalau aku tak okey, tak ada nya aku yang sibuk ni nak kena spend kan masa dengan makan kat rumah... Maklong.”
Suara menjadi hening dengan suara Mazlan yang berbaur perlian.
“Hisy abang ni. Tak payah risaulah. Abang tu dia stress je dengan kerja dia dan sebab tu nampak bad mood sikit. Maklong, PakLong dan abang Ad, jangan risau! Malam ni, Maya akan habiskan makanan kalau abang Maz tak boleh habiskan.” Suara Maya membuat suasana jadi riuh seketika dalam kejanggalan.
“Makanlah kalau macam tu. Maklong masakkan lauk kegemaran Maya dan.. lauk kegemaran Maz. Ikan patin tempoyak kan?”
Mazlan tak menjawab.
“Pandailah Maklong teka! Abang Maz ni tadi pun dalam kereta, sibuk bercakap pasal ikan patin tempoyak Maklong. Tak sabar sangat lah tu.”
Mazlan mengetap. “Kau kenapa mulut celupar sangat ni! Kalau aku tinggalkan kau kat sini, baru tahu.”
Maya terus mengejeknya juga.
“Dahlah. Makan Maya dan nanti kita boleh duduk depan borak sekejap. Maklong pun teringin nak tahu apa yang Maya belajar kat sana.”
“Oh, tak ada lah special sangat Maklong.”
Mazlan sinis. “Memang tak special pun kalau hari-hari minta duit. Entah apa lah yang dibuatnya.”
“Eh, perbelanjaan kat luar negara lebih mahal dari perbelanjaan kat Malaysia tau! Tak baik lah abang salah sangka dengan Maya.”
“Yelah, memang perbelanjaan diorang mahal. Kau pernah minta duit lebih dari 10 ribu tau. Masih tak cukup lagi!”
“Itu tanggungjawab abang kut!” Marahnya lagi.
Mazlan menghentak tangannya sedikit kuat.
“Tak baik bergaduh depan rezeki. Makanlah Maya.” Datuk Azlan bersuara.
Mereka berlima mula menikmati makanan masing-masing yang sungguh sedap itu. Apabila selesai, Datin Haliza dan Maya meninggalkan Mazlan, Datuk Azlan dan Adhiyat berbual bersama. Tetapi tak disangka pula yang Mazlan ta tahan nak berbual dengan Datuk Azlan. Dia rasa begitu marah melihat Datuk Azlan dan Adhiyat ketawa bersama. Akhirnya dia memilih untuk menyumbat telinganya dengan AirPod dan memasang lagu dengan volume yang tinggi. Adhiyat dan Datuk Azlan terpaksa biarkan sahaja perangai biadap Mazlan.
Namun Adhiyat terlebih masa apabila dia duduk di sini. Di jam sembilan setengah, dia masih rancak berbual dengan Datuk Azlan dan Mazlan pula sudahpun melangkah ke ruang tamu. Dia juga sudah tertidur di jam sepuluh malam. Setelah itu, Adhiyat melayan pula cerita daripada Maya yang sungguh seronok nak bercerita. Akhirnya Adhiyat baru teringat nak tengok telefon bimbitnya. Malangnya telefon bimbit dia dan mati dan jam tangannya pula menunjukkan jam sepuluh lima minit malam sudah.
“Astagfirullahhalazim!”
“Kenapa Ad?” Tanya Datin Haliza risau.
“Ad tinggalkan Haniem macam tu je. Well, Ad dah nak kena balik ni.”
Datin Haliza mengangguk.
“Alah abang, awal lagi lah! Stay lah sini lama sikit.”
“Tak boleh Maya. Kesian dekat isteri abang yang tunggu abang. Lain kali lah abang keluar dengan Maya.” Balasnya.
Maya mengetap.
“Biarlah Ad tu balik Maya. Kesian dekat Haniem. Mesti dia risaukan tentang Ad.”
Maya mengeluh. “Okeylah, abang balik lah. Tapi lain kali keluar dengan Maya tau. Maya teringin sangat nak keluar dengan abang.”
Adhiyat mengangguk. “Abang balik dulu. Assalmulaikum.”
“Waalaikumusalam.”
Adhiyat keluar dari rumah kemudian dia membawa keretanya keluar dari perkarangan rumah Datin Haliza. Kereta dipandu dengan kelajuan biasa sehingga tiba di rumahnya.
Masuk sahaja ke dalam, Adhiyat meliht rumahnya sudah gelap. Haniem pula terlena di atas meja makan. Adhiyat mendekatinya lalu mengusap kepala Haniem lembut.
Haniem terjaga. “Heh, abang dah balik?”
Adhiyat mengangguk.
“Abang nak makan?”
“Urhmm.. abang dah kenyang lah Haniem. Tadi umi ada masak makan malam dan Maya sepupu abang baru balik dari New York. So abang terpaksa dinner kat sana dengan dia. Sebab tu lah abang balik lambat sikit sekarang ni.”
“Oh.” Walaupun hati hancur, tetapi Haniem tahu yang Adhiyat harus mementingkan keluarganya juga berbanding dia. “Tak apalah. Abang.. penat?”
“Sangat.”
“Abang nak Haniem sediakan air?”
Adhiyat memikirkannya sebelum mengangguk. “Nanti Haniem bawa naik kat atas. Abang nak check kerja sikit.”
“Check kerja? Tapi bilik office abang, kosong lagi. Abang tak ambil barang kat rumah umi?”
Adhiyat menepuk dahinya. “Abang lupa lah nak ambil tadi.”
“Dahlah. Lain kali bila abang free, kita pergi sama-sama. Nanti Haniem boleh tolong abang kemaskan.”
“Yelah. Abang naik solat dulu lah. Badan pun dah berbau dan tak selesa. Nanti Haniem bawakan air tu untuk abang kat bilik office abang. Thank you sayang!”
“Sama-sama.” Balas Haniem dengan senyuman apabila Adhiyat mengucup dahi dia.
Setelah Adhiyat naik, Haniem menatap kosong bekas berisi lauk yang baru dimasaknya. Terpaksalah dia letakkan dalam peti dan esoknya boleh dipanaskan semula. Selesai saja, Haniem membawa kopi buatannya ke bilik kerja Adhiyat yang kini kelihatan memeriksa beberapa fail yang dibawa baliknya. Kopi diletakkan di atas meja.
“Thanks.”
“Urhmm... abang nak tidur bila? Dah malam dah ni.”
Adhiyat menilik jam di atas mejanya. “Nantilah abang tidur. Haniem tidur dulu ya. Abang ada banyak kerja sekarang ni.”
“Tapi esok...”
“Haniem sayang, pergilah tidur dulu. Esok abang akan bangun awal.”
Jika Adhiyat sudah berkata begitu, tiada apa lagi yang boleh Haniem bantah. Dia terus masuk ke dalam biliknya dan tidur tanpa Adhiyat di sebelahnya.
Pagi kemudiannya mula memasang tirainya lagi. Azan subuh yang berkumandang buatkan Haniem bangun dan selesai bertelekung setelah menyiapkan dirinya. Dia juga perasan semasa bangun tadi yang Adhiyat tiada di sebelahnya. Haniem melangkah ke bilik pejabat suami dia lalu melihat Adhiyat berbaring di sofa dalam bilik tersebut.
“Abang, bangun lah. Dah masuk waktu ni.”
Adhiyat terkejut dengan gerakkan isterinya. “Oh sayang. Urhmm.. abang penat sikitlah. Nanti abang solat. Haniem solat sendiri dulu boleh?”
“Tapi tak elok kalau tidur subuh macam ni. Tak berkat nanti.”
Adhiyat mengeluh. “Yelah.”
Adhiyat mengikuti kata isterinya. Dia ke bilik air untuk berwuduk dan kemudiannya terus menunaikan solat dengan Haniem. Apabila selesai, Adhiyat berbaring lagi di katil dan Haniem membiarkannya tidur sahaja memandangkan dia pun tak tidur malam.
Menjelang pagi, Haniem naik ke tingkat atas dan menggerakkan Adhiyat lagi. Adhiyat terkejut lagi.
“Dah pagi ni. Nanti abang lambat nak ke tempat kerja. Haniem pun dah siap nak pergi kerja.”
Adhiyat terkejut. “Apa?! Kenapa Haniem tak kejut abang awal sikit? Abang ada meeting hari ni.”
“Sorrylah. Haniem kesian tengok abang tidur lena sangat tadi.”
“Tak apalah.”
Adhiyat mengemaskan dirinya dan kemudian dia pun turun ke tingkat bawah. Haniem yang setia menunggunya dibiarkan sahaja.
“Abang!” Panggil Haniem di muka pintu dengan bekal makanan buat Adhiyat.
“Ya?”
“Abang tak nak sarapan dulu ke?”
“Oh, abang.. abang dah lambat lah Haniem. Nanti makan malam abang balik. Kali ni abang janji akan balik.” Laungnya.
“At least, ambillah bekal ni!”
“Alah, sayang makanlah! Abang nak kena lunch dengan Maya hari ni. Dia baru je balik KL dan tak biasa lagi dengan KL ni.”
Haniem mengeluh. “Okeylah. Abang balik dinner nanti tau. Haniem masakkan asam pedas untuk abang.”
“Okey sayang! Love you.”
“Love you too.”
Adhiyat memandu keretanya keluar dari perkarangan meninggalkan Haniem isterinya yang kini hanya menatap kosong bekal makanan di tangannya.
Share this novel