ADHIYAT membukakan pintu rumah sebesar pintu istana negara buat Haniem. Masuk sahaja, rumah itu bagaikan di kayangan. Ada chandelier, meja yang diperbuat daripada kaca, sofa yang empuk, TV yang sebesar cinema dan yang lebih Haniem suka, sudut di penjuru yang ada rak buku sekecil meja tetapi dipenuhi dengan buku-buku sewaktu Adhiyat melamar dirinya dan juga buku kegemaran dia termasuklah buku Adhiyat sendiri.
“Cantiknya!” Kagum Haniem.
“Kan? Abang panggil orang untuk decor kan rumah kita ni. Sebenarnya rumah ni abang dah lama dah beli. Abang pernah tinggal sini. Cuma, abang cepat bosan bila duduk seorang-seorang sampailah abang... tinggalkan rumah ni macam tu je.”
Haniem mengangguk. “Habistu, buku-buku ni abang baru.. kemas?”
“A’ah. Lepas je abang melamar Haniem, abang terus panggil orang untuk bersihkan rumah ni dan abang pun kemaskan sekali buku yang abang rasa.. ada kenangan kita berdua yang orang lain tak boleh baca.”
“Tapi, rumah ni besar. Kita berdua je yang duduk dalam ni. Abang... tak rasa kita mudah bosan ke nanti?”
Adhiyat mengeluh. Dia meletakkan beg dia dan Haniem ke muka pintu lalu melangkah ke tempat isterinya. Wajah Haniem diusap lembut sambil tersenyum.
“Suatu hari nanti, kita akan... bertiga, berempat, berlima dan... bergenerasi. Abang tak rasa rumah ni akan sunyi kalau kita terus warnakannya.”
“Abang memang... nak keluarga yang bahagia kan? Ada secukupnya.”
“Mestilah! Itulah angan-angan abang sejak abang bujang dan berangan nak kahwin. Siapa je yang tak nak ada keluarga yang.. secukupnya?”
Haniem turut mengusap pipi Adhiyat. “Haniem akan cuba... bagi zuriat pada abang. Tapi sebelum tu, abang kena janji apa jua halangan, rintangan, abang akan setia menunggu dan abang takkan pernah... salahkan Haniem akan takdir Allah.”
“Abang janji.”
Dalam perkahwinan ini, Haniem yakin apa yang Adhiyat nak hanyalah zuriat daripadanya dan dia akan terus berdoa pada Allah supaya murahkan rezeki anak buat dia dan Adhiyat jika Allah dah murahkan rezeki rumah buatnya. Haniem hanya pinta rezeki anak hanya untuk membahagiakan Adhiyat.
“Abang sebenarnya... tak kemas lagi bilik kita. Abang rasa macam nak buat sendiri dekorasi kat sana memandangkan kita berdua yang akan duduk dalam bilik tu. So, jom.. kita decor bilik kita.”
“Okey.”
Haniem dan Adhiyat menukar pakaian mereka terlebih dahulu untuk mengecat. Setelah mengalihkan katil dan beberapa perabot lain ke bilik lainnya, mereka mula mengecat. Warna yang paling sesuai untuk bilik pasangan ialah putih dan grey ditambah warna hitam sedikit.
Namun Haniem mudah bosan buat semua kerja-kerja ini. Dia melihat Adhiyat yang tunduk mengecat di bahagian dinding yang hampir dekat dengan lantai begitu berhati-hati untuk tak mencomot kan lantai rumah mereka. Haniem tersenyum sehinggalah dia punyai idea nakal nak mengusik suami dia. Haniem mengecat betis Adhiyat dengan berus di tangannya lalu pura-pura tidak mengetahuinya.
“Haniem.”
Haniem memandangnya. “Kenapa abang?”
Adhiyat tersenyum melihat Haniem berpura-pura tak tahu. “Entahlah. Abang rasa macam... ada orang cat kan betis abang yang seksi ni.”
“Seksi?”
“Yelah. Kalau tak seksi, tak adanya dia nak cat kan lebih cantik lagi. Kan?”
“Perasan lah abang ni. Kenapa Haniem nak cat kan betis abang...”
“Ooo... Haniem yang buat?!” Kata Adhiyat mula mengesyaki nya.
Haniem menggeleng laju.
“Kalau macam tu...” Adhiyat mencelupkan kedua-dua tangannya ke dalam bekas cat lalu dia mendekatkan ke wajah Haniem. Haniem menggeleng tidak mahu tetapi Adhiyat tetap memujuknya sehingga dia biarkan sahaja.
Perang cat bermula antara mereka dan sehingga akhirnya, bilik yang sudah diletakkan plastik di sekeliling lantai ini di baringnya dua merpati sejoli yang bahagia. Mereka berbaring dengan lengan Adhiyat menjadi bantal bagi kepala Haniem. Tangan mereka yang lain mengunci satu sama lain.
“Abang janji pada Haniem.. abang akan setia dengan Haniem dan akan selalu... cintakan Haniem.”
“Haniem percayakan abang.” Balas Haniem.
Dahi Haniem dikucup manis.
Setelah selesai mengecat, Haniem dan Adhiyat membersihkan diri mereka. Selesai saja, Adhiyat turun ke tingkat bawa mengagumi laman hijau yang cantiknya dan dirindui dia. Dia duduk di atas sofa kembali sambil menonton cerita kartun kegemarannya.
“Abang, abang nak air?”
“Tak payahlah. Kita kan baru je balik. Abang tak nak susahkan sayang macam tu je. Sayang pergilah rehat dan nanti asar abang kejutkan Haniem.” Katanya.
“Haniem tak rasa penat pun. Lagipun dah nak petang dan Haniem tak nak lah tidur petang-petang macam ni.”
Adhiyat mengangguk sahaja.
“Haniem buatkan air ya.” Balasnya.
Haniem melangkah ke dapur. Dia membuka kabinet dapur dan sayangnya tiada satu barang pun dalam kabinet tersebut. Haniem melihat pula ke dalam peti ais dan peti ais pun terlihat seperti baru dibeli sahaja. Yang adanya cuma beberapa botol air masak.
“Abang.”
“Hah? Kenapa sayang?” Sahut Adhiyat.
“Kenapa tak ada apa-apa ni? Abang tak pernah masak kat rumah ni atau.. beli barang dapur?”
Adhiyat segera bangun mendekati Haniem dalam keadaan terkejut juga. Dia tersenyum comel pada Haniem. “Abang... abang lupa nak beritahu Haniem yang.. abang tak pernah masak, makan atau stay lama kat rumah ni. So abang pun tak pernah beli barang dapur untuk rumah ni.”
“Habis, macam mana Haniem nak masak, nak buat air untuk abang?”
“Kita keluar lah pergi beli barang. Esok abang dah nak kena start kerja dah. So abang beli barang siap-siap, nanti boleh lah Haniem masak.”
Haniem tersenyum. “Okeylah. Haniem pergi siap kejap.”
Adhiyat menunggu isterinya di halaman rumah mereka berdekatan dengan kolam ikan. Apabila Hanism keluar, Adhiyat terus menuju ke tempat isterinya dan membukakan pintu untuk Haniem. Kereta dipandu menuju ke pusat membeli-belah.
Setelah meletakkan kereta, mengambil troli kemudian menuju masuk, Adhiyat dan Haniem memilih bahan-bahan memasak yang boleh bertahan lama dalam peti sejuk. Jika bahan sayur, Haniem tak rasa ia boleh tahan lama di dalam peti sejuk sehingga dia tak membelinya tetapi membeli hanya untuk masak makan malam ini sahaja. Kemudian mereka mencari sedikit snek dan buah-buahan lainnya. Barang-barang persendirian juga dibeli.
Adhiyat membayarkan semua barang-barang itu walaupun Haniem ingin menghulurkan sedikit duit. Dia membantahnya. Mereka kemudian berjalan hendak ke kereta sebelum Haniem teringat akan sesuatu.
“Haniem lupa nak beli udang untuk makan malam ni.”
Adhiyat mencekak pinggang. “Macam mana boleh lupa? Tadi kan abang dah suruh check barang mana yang tak ada lagi.”
“Sorrylah, Haniem tak perasan pula.”
“Kalau macam tu, abang pergi beli kejap, Haniem tunggu sini.”
“Biar Haniem jelah yang pergi.” Kata Haniem.
“Tak payah. Haniem tunggu sini. Lagipun barang bukannya banyak. Haniem nak beli udang je kan?”
Haniem mengangguk.
Adhiyat masuk ke dalam ruangan pusat membeli-belah barang-barang rumah tadi meninggalkan Haniem dengan troli. Haniem duduk di kerusi yang disediakan kemudian dia membuka telefon bimbitnya yang sudah ditutup beberapa hari ini. Nampaknya e-mail, whatsapp group semuanya sudah penuh. Haniem membalasnya satu persatu.
“Hai.” Satu suara garau menyapanya.
Haniem mengangkat wajahnya dan dia terkejut melihat Mazlan.
“Oh, I’m sorry buat awak terkejut.”
“M.. Mazlan?”
Mazlan kelihatan gembira. “Saya tak sangka awak akan kenal saya. Ya, saya Mazlan. Urhmm... awak.. awak macam pernah saya dengar nama. Haniem kan?”
Haniem tak menjawab.
“Well, saya tak expect saya akan jumpa awak. Awak buat apa kat sini? Beli barang dapur?”
“Y.. ya.”
“Ooo... seorang je ke?” Tanya nya lagi.
“Dengan Adhiyat.”
Mazlan memukul kepalanya lembut. “Lupa pula saya yang awak dengan Ad dah kahwin sebenarnya. Maaflah sebab saya ni... sibuk sikit dan saya tak dapat datang majlis tu. Tapi saya dengar daripada Qila, majlis tu meriah.”
“Qila? Awak masih contact dia?”
“Well, bukan saya yang contact dia tapi.. dia yang terhegeh-hegeh contact saya.”
Haniem tahu ini tipu helah Mazlan. “Saya kenal kawan saya. Sekali dia dah bencikan orang tu, dia takkan putarkan masa maafkan diorang.”
“Oh, awak kenal betul dengan Qila. Dia beritahu awak semuanya ke?”
“Ya. Dia takkan pernah rahsiakan apa-apa daripada saya.”
Mazlan ketawa. “Baguslah. Saya sebenarnya risau kalau-kalau dia ada beritahu awak yang dia tu sebenarnya.. tak ada maruah dah.”
Haniem memandang marah pada Mazlan.
“Entah kenapa dia masih nak rahsiakan hal tu daripada awak? Setahu saya, masa saya tinggal dengan dia, hubungan kami lebih dari seorang.. kawan. Dia invite saya ke rumah dia, dia buatkan saya makan malam, siang dan dia juga beri saya tempat berteduh. Hubungan kami seolah-olah seperti.... suami isteri. Setiap malam.. mimpi kami.”
Haniem terus menampar wajah Mazlan sehingga buatkan Mazlan makin sakit hati apabila beberapa mata memandangnya. Adhiyat yang menyedarinya segera berlari mendekati Haniem.
“Sekarang saya dah hilang sabar dengan awak. Saya kenal Qila macam mana dan dia takkan sesekali... jatuhkan maruah dia disebabkan lelaki macam awak! Saya tak peduli lah kalau awak ni CEO syarikat sekalipun dan ada kuasa penuh. Awak hanyalah sampah kalau awak.. mainkan maruah perempuan!”
Mazlan tersenyum sinis menatapnya. “Terpulang pada awak lah Haniem nak percaya ke tidak. Tapi saya... lebih kenal dia dan awak tak ada masa dia perlukan awak bila saya buat semua tu. Awak tahu apa yang dia pernah cakap kat saya tentang awak?”
Haniem diam membisu.
“Yang tu, lebih baik awak tanya je dia.”
“Saya takkan percaya cakap awak. Tolong jauhkan diri awak daripada Qila! Jangan buat dia merana disebabkan perangai sampah awak ni. Saya tahu awak sepupu pada Adhiyat. Tapi saya takkan berdiam diri dengan apa yang awak buat! Qila kawan saya dan saya tak kisah apa jenis rahsia yang dia dah sembunyikan sebab itu hak dia! Jauhkan diri awak dan tinggalkan dia!” Haniem meninggalkan Adhiyat dengan Mazlan bersama troli barangan mereka berlalu pergi.
Setelah kelibat Haniem tidak kelihatan, Mazlan tersenyum sinis makin tak percaya persahabatan Haniem dan Qila begitu utuh sehingga dia rasa dia takkan mampu buat Haniem percayakan kata-katanya.
“Kenapa ni bang? Apa yang dah jadi antara abang dengan kawan Haniem?”
“Kau tak perlu tahu lah!” Balasnya kasar.
“Haniem isteri Ad dan Ad tak nak abang.. burukkan apa-apa tentang dia ataupun kawan-kawan dia.”
“Aku punya hal lah aku nak buat apa pun!”
“Ad tak tahu apa yang jadi antara abang dengan dia. But make sure Haniem.. tak marahkan abang macam tu lagi. Nanti abang juga yang sakit hati.”
Mazlan mengetap. “Ya, aku tahu kau sayangkan isteri kau! Kalau macam tu, kau simpan je dia dalam poket supaya tak menyusahkan orang!”
Adhiyat hanya terus menahan sabarnya. Dia menolak troli hendak pergi.
“Tunggu kejap. Aku nak beritahu kau tentang.. majlis pelancaran buku baru kau tu, bila?”
“Bukan Ad dah jemput abang ke sebelum ni dan abang yang tolak?” Tanya nya.
“Aku berminat nak tahu bila dan aku tak decide lagi aku nak pergi ke tidak!”
Adhiyat mengeluh. “Okeylah. I think, lagi dua minggu. Dekat Hotel Wawangsa.”
Mazlan mengangguk.
“Before that, Mika memang takkan balik sini lagi ke? Dia cakap dia nak duduk sini lama sikit. Kenapa suddenly dia pindah sana? Dahlah tak beritahu sesiapa tentang hal ni. Umi dengan baba pun risau lepas tahu dia balik New York terus.”
“Manalah aku tahu! Mungkin frust kut and that’s why.”
Makin berkerut kening Adhiyat.
“Kau tak payahlah nak masuk campur urusan keluarga aku. Aku tahu si Mika tu macam mana dan hati dia tu sama macam kau. Tak boleh menilai permata dengan kaca.”
“Ad cuma nak tahu je. Well, memandangkan Mika dah tak ada nak ingatkan abang untuk makan malam dengan keluarga Ad, so Ad rasa dah jadi tanggungjawab Ad untuk... jemput abang makan malam dengan keluarga Ad.”
Mazlan menggosok kepalanya. “Bisinglah kau ni! Kenapa nak sangat aku makan malam dengan keluarga kau?”
“Mengeratkan hubungan.. silaturrahim.”
“Tak payah nak eratkan hubungan yang dah terang-berderang takkan.. ada ikatannya. Aku tak nak dan aku takkan pernah maafkan umi kau tu! Sebabkan dia lah mak dengan ayah aku meninggal dalam keadaan yang macam tu! Ikutkan sangat cakap orang tua tu.”
“Behave.” Balas Adhiyat sambil memegang bahu Mazlan.
Mazlan melepasnya dengan kasar. “Aku tak fahamlah kenapa kau masih.. sayangkan arwah tok aki tu? Tok aki kau boleh maaf. Tapi kalau Reza, kau tak boleh maafkan pula. Kenapa? Sebab dia rampas Umai daripada kau?”
“Diorang tak ada kena-mengena dalam hal ni and don’t say her name again in front of me!” Adhiyat melangkah pergi begitu sakit hati dengan Mazlan.
Dia menarik nafas panjang-panjang sebelum masuk ke dalam kereta kerana tak mahu wajah merah padam akibat marahkan Mazlan kelihatan. Adhiyat masuk ke dalam kereta dan melihat Haniem masih lagi kelihatan marah.
“Sudahlah tu. Saya tak tahu awak dah kenal dengan Mazlan. The fact is itulah perangai dia. Menyakitkan hati orang, fitnah sana sini. Kalau awak percayakan kawan awak tu, baguslah.”
Haniem memandangnya. “Saya takkan percayakan cakap dia tentang apa yang dia sebut pasal Qila.”
“Saya tahu. Saya dah jumpa Qila dan saya tak rasa dia perempuan yang macam tu. Memang abang Maz tu dia.. playboy, perempuan tak pernah melekat dengan dia dan dia ada.. hubungan bebas. Tapi perempuan macam Qila yang nampak boleh jaga diri dia, tak sesuai dijadikan perempuan simpanan abang.”
Haniem tenang sedikit dengan kata-kata suaminya.
“Dahlah. Jom balik. Dah masuk waktu asar ni. Nanti awak nak masak lagi.”
“Okey.”
Kereta dipandu meredah jalan untuk pulang ke rumah mereka semula tanpa ada rasa marah pada sesiapa pun.
Share this novel