ADHIYAT melalui hari-harinya dengan sangat stress apabila makanan langsung tak dimasakkan lagi untuk Haniem sejak dia memarahi isterinya. Bilik dia pula, Maya dah tak ambil peduli dan sekarang bilik itu kelihatan sangat bersepah. Adhiyat turun ke tingkat bawah dengan Haniem yang hendak ke tempat kerja juga di belakangnya manakala Maya pula memang dah berada di kereta.
“Abang pergi kerja dulu.” Kata Adhiyat sudah tidak kira siapa kerana dia sibuk menyemak data jualan buku dia.
“Okey, abang. Balik awal tau.”
“Ya. Maya pun balik awal.”
Maya mengangguk.
Adhiyat hendak melangkah tetapi dihalang oleh Haniem.
“Haniem sebenarnya baru nak beritahu abang yang Haniem kena pergi Terengganu sebab ada kursus. Abang izinkan tak?”
“Bila Haniem kena pergi?” Tanya nya.
“Petang nanti. Lusa Haniem balik lah.”
Adhiyat mengangguk sambil mengeluh. Nampaknya dia kena lalui harinya tanpa Haniem selama dua hari.
“Okey. Abang dah lewat ni. Love you.”
Haniem mahupun Maya terkejut.
“Urhmm... take care.” Tahu dia bakal ada masalah dengan Maya, Adhiyat segera beredar pergi.
Adhiyat membawa keretanya menuju ke syarikat. Tiba sahaja, dia segera duduk di atas kerusinya.
Pintu diketuk lalu Fikri tiba. “Ini proposal untuk projek dengan syarikat Penulisan HQ. Diorang dah hantar diorang punya proposal sebelum ni and diorang pun dah e-mail untuk mulakan kontrak sekarang.”
“Okey. Aku nak kena keluar jumpa dengan semua seller nanti.”
“Okey. Kau beritahu aku pukul berapa dan nanti aku siap-siap.”
Adhiyat mengangguk. “One more thing, panggil pekerja hari tu. Aku nak... jumpa dia.”
“Boleh.” Fikri keluar untuk memanggil pekerja yang pernah Adhiyat marah sebelum ini.
Pekerja wanita itu datang ke pejabat Adhiyat dengan sopan santun nya.
“Awak pekerja baru kat sini kan?”
“Ya tuan Ad. Saya ditukar ke sini dari syarikat Store Book.” Balasnya.
Adhiyat menatapnya. “Jadi awak ni.. bekas pekerja Encik Mazlan?”
“Ya betul tu tuan.”
“Apa yang awak tahu tentang syarikat dia?”
Dia mengeluh. “Urhmm... sebenarnya saya pun dah tak sanggup nak kerja kat sana lagi dan tolong Encik Mazlan buat semua kerja terkutuk dia. Saya bersyukur lepas dapat tahu syarikat dia lingkup.”
“Lingkup?”
“Ya. Sekarang syarikat tu dah dijual bank dan syarikat Archictecture Holdings dah ambil alih.”
Adhiyat tak percaya dengan berita yang dia baru dapat tahu ini. “Habis dia kat mana sekarang?”
“Tak ada sesiapa tahu. Cik Maya adik kepada Encik Mazlan ada cari abang dia kat office dan dia pun terkejut lepas dapat tahu syarikat Encik Mazlan lingkup. Hanya Encik Mikael je yang berkawan rapat dengan Tan Sri Arman dan dia dah tahu syarikat abang dia macam mana.”
“Takkan lah Encik Mika atau Cik Maya tak tahu apa-apa?”
“Tak. Dengarnya diorang pun ada pergi rumah diorang dan rumah tu pun dah dilelong bank. Harga hutang Encik Mazlan boleh mencecah satu juta.”
Adhiyat makin terkejut. “Thanks sebab beritahu. Tapi saya panggil awak ni semuanya sebab saya nak minta maaf sebab tinggikan suara pada awak.”
“Eh tak apa tuan Ad. Dulu kerja dengan Encik Mazlan pun, saya selalu je kena marah. Tapi saya pun nak minta maaf dengan tuan.”
“Kenapa pula awak nak minta maaf?”
“Urhmm... selama ni Encik Mazlan pernah arahkan saya supaya curi maklumat syarikat tuan Ad. Nasib baik saya tipu dia dengan semua maklumat syarikat tu tak sahih. Dengarnya dia pun... cuba nak caras Datuk Jalil dengan beri syarat pada Datuk Jalil yang nak tahu tentang syarikat tuan Ad.”
Sudah lama Adhiyat mengagak. “Awak jangan risau. Saya dah batalkan kontrak saya dengan Datuk Jalil sebab saya dapat tahu dia ni suka menyeleweng dan belajar semua tu daripada anak-anak dia.”
Pekerja itu mengangguk.
“Awak boleh buat kerja awak dan nanti saya serahkan report seller pada awak.”
“Baik tuan Ad.”
Sebaik saja pekerjanya keluar, Adhiyat menyandarkan kepala dia ke kerusi. Tak disangka Mazlan jatuh teruk sekarang ini. Rasa kesian mula menguasai dirinya.
Menjelang ke tengahari, Adhiyat mula keluar dengan Fikri bagi bertemu dengan semua penjual yang dah salah faham dengan harga yang ditetapkan. Satu persatu kedai mereka kunjungi dan terangkan pada mereka. Apabila mereka mengerti, Adhiyat mula menulis beberapa laporan bagi dia buat nanti.
Adhiyat dan Fikri menuju ke restoran untuk menikmati makan tengahari mereka. Saat ini mereka bertemu pula dengan Mikael yang baru habis bayar makanan. Dia duduk seketika.
“Kau makan seorang ke?” Tanya Fikri.
“Tak adalah. Tadi Qila teman aku. Masalahnya dia tu bad mood je terus dan dah balik dah. Aku tak faham kenapa dia nak marah aku bertegur sapa dengan kawan lama.”
“Oh, kes jealous lah ni.”
“Jealous?” Ulang Mikael lalu dia tersenyum. “Boleh jadi juga kan? Tadi aku borak dengan kawan perempuan dan memang patut pun dia marah sebab jealous.”
Fikri ketawa. “Kau ada apa-apa ke dengan dia?”
“Aku lamar dia jadi isteri aku dan sekarang dia perlukan masa.”
Fikri dan Adhiyat memandang tak percaya.
“Serius ah?”
“Kenapa Mika tak beritahu sebelum ni?”
Mikael tersenyum. “Memang nak beritahu. Tapi Mika tak confirm lagi sama ada dia nak terima Mika ataupun tak. Yang pasti Mika kenalah tawakal je dengan keputusan dia sebab dia ni memang ada hati yang keras.”
“Kita doa yang baik-baik jelah. Lagipun Qila tu bukan ke dah lalui banyak dalam hidup dia dengan Mazlan? Mungkin dia masih trauma.”
“Betul juga.”
Nafas dihela berat. “Urhmm.. Mika, Mika tahu apa-apa pasal Mazlan?”
Mikael menatap Adhiyat dan dia tunduk. “Pasal kes lingkup tu?”
Adhiyat mengangguk.
“Dah lama dah tahu bang. Cuma Mika tak beritahu Maya tentang hal ni sebelum ni sampailah dia dapat tahu sendiri. Mika dapat tahu pun daripada Tan Sri Arman sebab dia yang beli syarikat tu daripada bank.”
“Habistu, abang Maz kat mana?”
Mikael menggeleng. “Mika tak tahu kat mana dia. Mika ada call, mesej dia. Tapi dia langsung tak balas dan tak call Mika balik. Mika cuba tanya kawan-kawan dia. Diorang pun tak tahu kat mana dia.”
“Abang risaukan abang Maz tu. Lebih teruk kalau... umi dapat tahu hal ni sebab dia memang risaukan abang Maz tu. Apa kata kalau Mika terangkan kat umi nanti?”
“Boleh je. Nanti Mika jumpa dengan Maklong dan beritahu dia.”
Adhiyat mengangguk.
Habis sahaja berbual dan menikmati makanan mereka, sudah tiba masa untuk masuk ke dalam syarikat.
“Bos!” Laung Osman semasa Adhiyat baru masuk.
“Ya?”
“Urhmm... saya ada benda nak beritahu bos dan saya macam.. macam tak boleh lagi nak hentikannya.”
“Beritahu apa?”
Osman menggaru tangannya dan kemudian dia kelihatan serba salah. Akhirnya Adhiyat mengeluh.
“Bukannya saya tak nak dengar apa yang awak nak cakapkan Man. Tapi saya kena siapkan laporan sekarang sebab esok dah nak dihantar. Saya minta maaf.”
“Tapi ini penting. Ia melibatkan.. hal peribadi bos.”
“Awak simpannya dan saya akan dengarnya nanti. Saya pergi dulu.” Adhiyat segera melangkah pergi dengan Fikri hanya menatap kosong.
Tiba di biliknya, Fikri menyerahkan buku nota Adhiyat yang dah disalin beberapa maklumat laporan yang berkenaan.
“Oh ya, motor kat depan syarikat kita dah lama dah kan? Kau carikan orang yang kena sawan hari tu.”
“Aku dah cari dah! The shocking thing is motor tu milik kak Zah.”
Adhiyat menatapnya. “Kak Zah? Appointment dia hari tu, takkan tak settle lagi?”
“Aku dah tetapkan dah. Tapi aku call dia, dia tak angkat dan aku terpaksa batalkan sebab dah lama sangat. Sebelum ni pun aku ada je call dia tapi dia tetap tak angkat.”
Adhiyat mengeluh. “Motor tu dah ambil banyak parking orang. Nanti kalau penuh tempat parking tu, payahlah kereta nak lalu. Kau carikan alamat dia supaya aku boleh bagi terus motor ni kat dia dan boleh jumpa dia sekali.”
“Okey. Tapi itu ambil masa lah Ad. Bukannya senang nak cari maklumat orang ni. Aku pun bukannya terer sangat.”
“Senang sangat, kau minta dari pekerja baru hari tu. Dia mesti kenal dengan kak Zah sebab dia PA kat syarikat Store Book dulu.”
Fikri baru teringat. “Aku baru sedarlah. Okey, nanti aku tanyakan dia.”
Menjelang ke petang, Adhiyat siap juga dengan kerja dia. Dia berjalan menuju ke luar dan meletakkan fail laporan ke atas meja pekerjanya memandangkan dia pun dah pulang. Adhiyat membawa keretanya pulang ke rumah.
Tiba sahaja di rumah, keadaan rumah Adhiyat tak seperti sebelum ini. Bersepah dengan baju dan pelbagai lagi bagaikan dia tinggalkan rumahnya dah seminggu. Adhiyat melangkah ke dapur dan dia melihat pinggan dan pelbagai makanan segera bersepah. Adhiyat segera menuju ke ruang tamu dengan Maya yang sedang bercakap telefon dengan kawan-kawannya. Adhiyat merampas telefonnya.
“Abang!”
“Eh, Maya ni duduk kat rumah ke, duduk kat tong sampah sekarang ni?! Kenapa bersepah sangat?!”
Maya mengeluh. “Maya penatlah abang. Hari ni Maya ada banyak photoshoot kut. Abang pun fahamlah Maya!”
“Abang hari-hari faham Maya. Masalahnya Maya macam langsung tak kisah. Rumah ni rumah abang dengan Haniem dan dia sikitpun tak lupa nak kemas rumah ni. Tapi sejak Maya duduk kat sini, rumah ni dah tak nampak macam rumah dah! Lebih kepada tempat tikus tinggal.”
“Abang ni bela kan sangat kak Haniem kenapa?! Maya ni isteri abang sekarang dan kak Haniem tu tak ada kat sini!”
“Sebab kak Haniem tak ada kat sini lah abang nak Maya kemaskan rumah ni! Look at this place. Tak ada ke rasa nak kemas rumah ni?!” Gertak dia.
“Tak. Maya tak nak kena rumah ni dan kalau abang nak sangat kemas rumah ni, kemas lah sendiri!” Dia melangkah pergi.
Adhiyat merengus geram. Maya benar-benar mencabar kemarahannya. Nampaknya terpaksalah dia yang kemaskan.
Selesai mengemas, Adhiyat membersihkan dirinya dan Maya langsung tak nak berbual dengannya. Adhiyat turun ke dapur dan dia cuba nak memasak. Nampaknya dia memang gagal kalau memasak sehingga semua masakkannya hangus. Adhiyat duduk di ruang tamu sehinggalah dia melihat Maya turun dengan siap berbaju ketat.
“Maya nak ke mana ni?”
Maya mengetap. “Maya nak keluar lah! Takkan lah nak pergi berkebun pula.”
“Keluar? Sekarang dah pukul berapa nak keluar.”
“Sebelum ni okey je Maya keluar masa ni.”
“Maya isteri abang sekarang dan bahaya kalau Maya keluar malam-malam macam ni.”
Maya senyum sinis. “Isteri? Maya ingatkan, kak Haniem seorang je isteri abang. Ternyata Maya ni pun.. isteri abang.”
“Dah, tak payah nak sindir abang. Pergi masak dan jangan keluar.”
“I’m not your maid! Maya ni bukannya perempuan yang boleh diarah oleh abang. Maya tak sangkalah abang ni teruk macam ni dan Maya sangat-sangat tak suka dengan perangai abang.”
“Maya! Jangan jadi kurang ajar sangat. Masuk sekarang kalau Maya tak nak abang lafazkan cerai pada Maya.”
Maya mula takut jika diceraikan Adhiyat sebab dia dah tak ada apa-apa. Dia akur tetapi tetap marah sambil melangkah ke tingkat atas.
Di kala malam, mata Adhiyat sudah memberat. Dia naik ke tingkat atas dan cuba nak masuk ke bilik tetapi bilik Haniem terlihat di matanya. Adhiyat melangkah ke bilik isterinya kemudian dia berbaring di atas katil bilik Haniem yang kemas. Bau Haniem pada bantalnya benar-benar buat Adhiyat makin merindui isterinya.
Mesej yang masuk ke telefon bimbitnya diambil. Adhiyat melihat nombor Haniem naik.
‘Haniem tak boleh balik lagi lusa. Mungkin seminggu juga Haniem duduk kat Terengganu ni sebab salah jadual. Haniem harap abang okey je.’ -HANIEM
Adhiyat mengetap. Nampaknya kehidupan dia masih lagi tanpa Haniem.
Share this novel