HANIEM bertemu dengan Qila di restoran memandangkan Qila belum lagi menikmati makanan dia di petang hari selepas dia balik dari tempat kerjanya. Tiba sahaja di restoran, Haniem melihat Qila di kejauhan dan dia nampak sedikit ketakutan di luar. Oleh sebab itu Haniem sedikit risaukan dia apabila dia mahu keluar dari rumah.
“Hai, sorry lambat. Jalan jammed tadi.”
“Tak apa.” Balasnya.
Haniem memesan pesanannya terlebih dahulu dan barulah dia memegang tangan Qila tak mahu Qila terlalu ketakutan.
“Aku takut lah nak beritahu mak dengan ayah aku tentang apa yang jadi. Tapi diorang nak aku balik kampung dan jelaskan kat diorang apa yang dah jadi. Kemungkinan... minggu depan abang aku datang ambil.”
“Kau balik lah dan jelaskan kat diorang. Aku yakin mak dengan ayah kau akan faham situasi kau.”
Qila mengeluh. “Aku tahu diorang akan faham. Tapi aku tak nak diorang terlibat dalam masalah ni. Aku tahu perangai Mazlan tu macam mana dan dia takkan buat orang yang dah dia sengsara kan bahagia macam tu je. Dia akan ada plan in many ways. Trust me!”
“Tapi Mikael dah settle kan semuanya. Dia kan dah jumpa kau semalam dan beritahu yang abang dia dah janji akan... lepaskan kau. Yakinlah yang Mikael takkan menipu kita semua. He did care about you a lot.”
“Aku tak tahulah. Aku tetap rasa.. Mazlan akan tetap ganggu aku.”
Haniem mengusap tangan Qila. “Kau ni berfikiran negatif. Selagi kau percayakan Mikael, selagi tu kau tak payah nak risau sangat. Insha-ALLAH semuanya akan okey je.”
Qila tersenyum pada Haniem. “Terima kasih sebab risaukan aku dan aku belanja kau makan hari ni.”
“Wah baiknya kau! Okey.”
Pesanan yang dipesan Haniem tiba juga akhirnya. Dia dan Qila berbual buat seketika sehingga akhirnya telefon bimbit Haniem berdeting. Cepat-cepat Haniem mengambilnya dan dia hampa apabila itu hanyalah mesej dari whatsapp group sekolah.
“Sejak aku tinggal dengan kau, kau nampak care sangat pasal telefon kau. Kenapa?”
“Yeke? Tak adalah.”
Qila tetap menatapnya curiga. “Tak adalah? Sebelum ni pun Hanis selalu tanya kau kenapa kau tak keluar dengan kawan kau. Kawan mana satu?”
“Kau ni macam aku suami kau pula dan aku dah kantoi curang sampai kau nak tanya macam tu.”
“Aku just nak tahu je kawan mana. Kut-kut lah selama aku tak berkawan dengan kau ni, kau dah... lupakan aku dan ada kawan yang lebih bagus.”
Haniem tersenyum. “Dia lelaki. Aku.. berkawan dengan lelaki.”
Makin Qila curiga. “Lelaki? Well, yang macam mana?”
“Tak ada apa-apa lah. Kau ni sibuk je hal orang.”
“Alah, beritahulah Haniem! Takkan lah kau nak biarkan aku yang dah lama tak jumpa kau dan tak tahu perkembangan kau.. tertanya-tanya macam ni. Kau tak kesian kan aku ke?”
Wajah sedih Qila hanya dibalas dengan senyuman oleh Haniem. “Tak ada apa-apa pun yang... best. Berakhir dengan.. dengan kecewa.”
Qila berkerut kening.
“Aku kenal dia masa aku terlanggar kereta dia dan lepastu kitorang jumpa lagi kat library. Hubungan kitorang kekal sebagai kawan selama seminggu sampailah lepas tu dia luahkan perasaan dia kat aku. Aku tak tahu nak gambarkan perasaan ni macam ni. Antara gembira ataupun kecewa.”
“Kenapa mesti kecewa kalau kau gembira?”
Haniem mengangkat bahu. “Entah. Yang pasti ada rasa kecewa sikit dan aku ada alasan tentang hal tu.”
“Apa dia?”
“Aku tak rasa dia... dia sesuai dengan aku. Kau pun tahu apa yang jadi antara aku dengan Huzair sebelum ni. Dia... sempurna dan aku.. tak sempurna mana pun. Aku takut dia takkan puas dengan aku dan dia akan.. akan menduakan aku saat aku terlalu cintakan dia. Aku tak nak.. hati aku terluka lagi.”
“Kau tahu ke dia.. jenis yang macam Huzair?”
Haniem menatap Qila lama kemudian menggeleng. “Dia.. dia memang berbeza daripada Huzair. Dia utamakan solat, dia faham perasaan aku dan dia ada minat yang sama. Dia buat aku ketawa, dia buat aku sedar tentang satu perkara dan dia buat aku rasa.. selamat.”
“Habis, kenapa kau rasa kecewa lagi?”
“Sebab dia akan jadi sama macam Huzair kalau aku terima dia.”
Qila menghela nafas lepas. “Haniem, kau juga yang cakap kat aku yang aku tak boleh letak masa silam dengan masa sekarang. Sekarang ni, kau yang letak masa silam dengan masa sekarang. Huzair tu jenis lelaki yang... silap langkah. Jadi kau tak boleh rasa manusia akan sentiasa silap langkah tanpa ada jalan penyelesaiannya. Kita terluka hari-hari Haniem dan sesekali ada hari yang bahagia tapi mustahil untuk selama-lamanya hari tu akan kekal sebagai hari bahagia. Pasti ada sesuatu yang kita rasa kehilangan.”
“Aku tak rasa yang dia berbeza Qila. Ya, dia memang baik. Cuma kebaikan dia ragukan aku.”
“Kau juga yang cakap kau rasa selamat dengan dia. Tak mustahil untuk kau kenal lebih lagi dia. Kau... dah sukakan dia tau Haniem. Kau jadi Haniem yang dulu tapi sekarang nampak lebih bahagia. Percayalah yang kau.. akan rasa dia yang terbaik kalau kau beri dia peluang. Peluang untuk kenal kau.”
Haniem mengeluh. “Aku tak yakin dia untuk aku. Aku dah.. buat solat istikharah dan apa yang aku dapat hanya lelaki bersongkok je. Aku tak pernah nampak dia bersongkok atau apa-apa pun. Aku tak rasa dia untuk aku dan mungkin jodoh tu akan datang.”
“Kau ni susahlah Haniem. Tapi aku doakan supaya kau boleh.. kecapi bahagia.”
Haniem mengangguk.
“Oh ya, esok kau datang rumah aku boleh? Aku ingat nak masak something untuk kau dan.. si Mikael tu cakap dia nak aku masakkan untuk dia juga. Kau tak payah datang dengan kereta kau sebab aku sendiri yang akan ambil kau. Mikael kata dia akan ambil kau masa dia nak pergi kerja tu.” Jelas Qila mengalihkan topik.
“Hisy, menyusahkan dia lah. Apa salahnya kalau aku drive?”
“Tapi aku nak kau tidur rumah aku. Nanti aku nak datang rumah kau juga sebab nak ambil barang aku daripada Hanis.”
“Yelah, yelah.” Balasnya.
Mereka berdua menikmati minuman mereka sambil berbual bersama sehinggalah waktunya untuk mereka pulang sudah tiba.
Haniem memastikan keselamatan Qila terjamin dengan menghantarnya ke rumah dan dia kemudiannya pulang bersendirian ke rumahnya. Kata Qila, dia tak mahu Haniem pulang sebab risaukannya. Tetapi Haniem terpaksa pulang memandangkan dia perlu selesaikan kerjanya di rumah malam ini juga sebelum dia berangkat ke tadika esoknya.
Haniem tiba di rumah dan dia tak terus naik ke tingkat atas memandangkan duduk di sebelah Haris yang sedang bermain permainan video nya.
“Tak study ke?” Tanya Haniem.
“Tak ada apa yang nak kena study. Akak tu.. baru balik ke?”
“A’ah.”
“Pergilah makan kalau belum makan lagi. Ibu dah sediakan makanan dah.”
“Tak apalah. Akak nak minum air je.” Ujarnya lalu melangkah ke dapur.
Tak disangka di dapur dia bertemu dengan Encik Malik yang cuba membuat minuman yang tak pernah dibuatnya sebelum ini. Haniem tersenyum sambil mendekatinya.
“Buat apa?”
“Ayah nak buat air kopi. Masalahnya kopi tak ada dan terpaksa lah buat air milo. Cuma.. ayah tak tahulah nak buat macam mana air milo ni. Guna gula ke tidak, guna susu ke tidak. Tak pernah buat lah katakan.” Dia ketawa dengan dirinya sendiri.
Haniem turut ketawa. “Biar Haniem bancuhkan. Ayah pergi duduk dan nanti milo ayah siap.”
“Hisy, Haniem kan penat balik kerja.”
“Alah tak apalah. Haniem pun nak buat air juga dan apa salahnya kalau Haniem tolong ayah. Okey?”
Encik Malik mengeluh lalu dia mengangguk. Dia melangkah ke meja depan sementara Haniem menyiapkan minuman buatnya.
Haniem membancuh air milo buat Encik Malik lalu membawanya ke depan. Dia duduk di sebelah Encik Malik dan meletakkan segelas air tadi ke hadapan Encik Malik dan segelas lagi untuk dirinya. Encik Malik menghirupnya dan dia memandang Haniem tak percaya.
“Sedap?”
“Hurmm. Rasa macam air coklat yang ayah pernah minum masa kecil kat kedai runcit dulu.”
Haniem tersenyum. “Air ni pun dah lama dah ada dan mungkin air yang ayah minum tu.. air ni tak?”
“Mungkin juga lah.”
Haniem dan Encik Malik melalui masa yang gembira bersama apabila bergurau.
“Kenapa ibu tak sediakan air untuk ayah?” Tanya Haniem pelik.
“Ibu tadi dia pergi ceramah kat surau sini dan nampak penat sikit sebab dia tolong agihkan bubur lambuk kat taman ni. Sekarang dah tidur dah dan ayah tak nak lah susahkan dia lagi.”
Haniem mengangguk. Dia turut kesian dengan Puan Zahara.
“Ayah nak tahu juga tentang.. Haniem.”
Haniem menatap ayahnya. “Nak tahu apa? Macam lah ayah tak pernah kenal dengan Haniem sebelum ni.”
“Ayah memang kenal Haniem. Cuma ayah tak kenal Haniem bila ibu cakap Haniem cepat-cepat nak tinggalkan Adhiyat dengan aunty Liza.”
Haniem bermain dengan gelasnya setelah dia mendengar hal itu.
“Apa masalahnya sampaikan Haniem.. nak pergi cepat-cepat?”
“Tak ada apa-apa masalah pun. Haniem cuma nak.. nak settle kan kerja je.” Terpaksa dia menipu sedikit.
“Pasal Huzair? Hanis nampak kereta Huzair semalam dekat rumah kita. Ayah tahu Haniem tahu tentang hal ni dan Haniem tak pernah beritahu ayah sebab Haniem takut ayah akan marahkan Huzair kan?”
Haniem diam membisu.
“Memang ayah akan marahkan dia kalau dia melampaui batas dalam mencari peluang nak bersama Haniem lagi. Ayah mana yang sanggup tengok anak perempuan dia terluka kerana lelaki, menangis sebab lelaki dan.. hilang harapan dengan masalah diorang sendiri. Bagi seorang ayah, anak dia ialah puteri buatnya dan bagi seorang anak perempuan, ayah dia seorang hero. Tapi layak ke ayah digelar hero kalau perasaan Haniem ayah tak boleh faham?”
“Haniem tak ada apa-apa masalah. Pasal Huzair, Haniem yakin yang dia akan stop telefon Haniem dan dia tak pernah nak buat lebih pada Haniem sejak apa yang jadi. Adhiyat selamatkan Haniem... daripada Huzair dan sejak daripada tu.. dia tak berani ganggu Haniem lagi.”
Berkerut kening Encik Malik memandang Haniem. “Adhiyat.. selamatkan Haniem daripada Huzair?”
“Haniem dah kenal lama dia. Haniem tak... tak nak ada hubungan dengan dia walaupun... Haniem selesa dengan dia.”
“Haniem sukakan Adhiyat?”
Haniem kelu.
“Kalau suka, kenapa nampak resah?”
Sekali lagi dia diam.
“Dengar sini Haniem, ayah tahu apa yang Haniem fikir, rasa dan nak kan. Cuma ayah tak faham sesekali perasaan Haniem bila Haniem terluka. Jadi luahkan perasaan tu selagi Haniem boleh dan fikirkan perkara yang.. positif tentang perasan Haniem. Kalau Haniem rasa Adhiyat tu.. sama macam Huzair, cari perbezaannya. Kalau Haniem rasa dia akan.. sakitkan hati Haniem, cari cara untuk buat dia gembirakan Haniem. Setiap perasaan, ada sebabnya dan kita mencari sebuah pengertian dalam perasaan tersebut. Carilah perbezaan, pengertian dan kebahagian dalam memikirkannya. Haniem akan temui jawapannya. Semuanya terletak pada Haniem untuk percayakan masa silam atau masa depan. Antara Huzair dan Adhiyat, siapa Haniem rasa lebih tepat untuk dijadikan.. masa depan Haniem?”
“Haniem takut.. apa yang Haniem lalui akan Haniem lalui sekali lagi. Haniem takut dia takkan.. puas dengan Haniem.” Sebak nada suaranya.
“Ayah dah selalu jumpa dengan Adhiyat dan dia memang lelaki yang baik. Dia hormat orang tua, ramah dengan semua orang dan dia seseorang yang boleh dipercayai. Apa kata kalau Haniem.. fikirkannya dan tengok dari sudut yang berbeza tentang.. Adhiyat Iman.”
Haniem memikirkannya.
“Allah tu sentiasa ada caranya Haniem dalam kita mencari erti cinta. Haniem terlalu fikirkan masa silam. Lepaskanlah kesakitan tu dan bahagia lah dengan kebahagiaan sekarang. Anak-anak ayah yang lain, ayah boleh faham dari segala hal. Cuma Haniem... dari kecil sampai besar sembunyikan perasaan Haniem dan pendamkannya. Itulah buat ayah takut. Ayah nak Haniem.. bahagia. Itu aje.”
Haniem memegang tangan ayahnya. “Betul ke.. dia akan jadi berbeza?”
“Belajarlah mengenali dia.”
Kepala Haniem diusapnya lembut san hati Haniem sedikit terubat dengan kata-kata Encik Malik sebentar tadi. Jika benar dia boleh mengerti perasaannya dan boleh melihat Adhiyat dari sudut pandang berbeza, dia akan temui jawapannya. Akan dia cuba melakukannya.
Share this novel