SESI MEMBERI KETERANGAN pun bermula.
Kedua - dua beradik itu di kendali dan di soal oleh Man Botak dan juga salah seorang pegawai senior di dalam kem tersebut.
Billy dan yang lain hanya duduk di belakang tabir sahaja. Termasuk Indra!
Lagipun pegawai atasan mereka, Tuan Shah Effendy sudah memberi mandat dan tanggungjawab kepada Man Botak untuk mengendalikan nya.
Kelibat Inspektor Arie bersama team nya turut berada di situ.
Maklumlah... Ini adalah kes pertama team dia bergabung dengan team Billy.
Sebab itu lah dia dan team nya ada dia situ.
DENDRY menghela nafasnya.
Kalung kasar berwarna silver yang terkalung di leher nya dibuka.
Kalung itu dipulang kan semula oleh jururawat sebaik sahaja dia sedar dari koma.
Milan juga mengikuti langkah abangnya.
Gelang halus berwarna silver yang berada di tangannya turut dibuka.
Kedua - dua nya menyerahkan kedua - dua benda itu kepada Man Botak.
"Ini sahaja yang kami dua beradik dapat membantu..." Ujar Dendry bersama senyuman.
Mata Man Botak memandang kalung dan rantai silver itu sebelum di kalih semula ke arah Dendry dan Milan.
Dia mencapai kedua - dua barang tersebut. Loket berbentuk empat persegi yang tergantung pada kedua - dua barang itu diperhati.
Tangan nya seperti tersentuh sesuatu yang keras pada loket tersebut.
"Ini macam... Memory card?" Tebak Man Botak. Matanya memandang wajah Dendry dan Milan silih berganti.
Dendry dan Milan mengangguk perlahan.
"Itu sahaja bukti yang daddy kami, Mr. Joseph tinggal kepada kami sebelum dia meninggal..." Ujar Dendry dengan nada bergetar.
Menahan sedih yang mula menghurung hati.
Ingatan pada hari dia bergaduh besar dengan daddynya masih terasa segar lagi di kepalanya.
Kalaulah masa boleh diputarkan masa, dia tidak mahu bergaduh besar dengan daddy nya... Dia mahu menjadi anak yang baik... Yang sentiasa menyayangi daddynya...
Tapi nasi sudah menjadi bubur...
Hanya kesalan demi kesalan menghantui dirinya saat ini...
Tapi mujur lah, di akhir -akhir hayatnya, Mr. Joseph meninggalkan sesuatu yang berharga pada dia dan adiknya...
Dan sekarang, sesuatu yang berharga itu lah digunakan untuk menuntut keadilan kepada orang yang menyebabkan kematian Mr. Joseph.
"Boleh encik berdua ceritakan lebih lanjut..."
"Jujurnya... Saya dan adik saya kurang rapat dengan daddy kami... Adik di hantar ke asrama penuh... Saya pulak di hantar belajar keluar negara... Hanya daddy sahaja yang berada di rumah waktu itu... Ibu pula di hantar tinggal di tempat lain..."
Dendry berhenti sekejap sebelum dia menyambung semula.
"Saya selalu mendapat mesej dari Milan yang mengatakan beberapa buah kenderaan mewah sering kali keluar masuk rumah kami..."
Peristiwa 10 bulan lalu diimbas kembali...
Jom ke bab seterusnya...
Share this novel