SEMPADAN MALAYSIA - INDONESIA...
PENGKALAN KARTEL DADAH DAERAH A
LAU PAN mengusap lembut gambar pemuda yang kelihatan segak berpakaian uniform tentera itu.
Lau Pan mengelamun tentang masa silamnya...
Namanya bukanlah Lau Pan yang selalu disebut oleh orang... Dia punya nama asli...
EDRY...
Itu adalah nama sebenarnya...
Dia bukanlah berasal dari keluarga berada.
Dia hanyalah budak jalanan yang kurang kasih sayang dan hidup dalam keluarga yang berantakan...
Di awal usia remaja, dia mula berkecimpung dalam jenayah...
Keluarganya langsung tidak mempedulikan dirinya saat itu...
Pelbagai usaha yang dilakukan untuk berjaya sampai ke tahap ini sehingga sanggup menikam seseorang dari belakang... Seseorang yang sangat mempercayai dirinya...
Malah, segala apa yang dibuat ini terlepas begitu sahaja kerana dia memiliki skill yang dapat melarikan diri dari pihak berkuasa.
Dia jugalah individu yang bertanggungjawab memusnahkan hidup Melati sehingga wanita itu melahirkan seorang anak lelaki...
Bukan Melati sahaja menjadi mangsanya, mummy kepada Saran juga turut menerima nasib yang sama...
Mummy Saran telah dibunuh dengan kejam... Begitu juga dengan Melati...
Hanya Saran sahaja diambil untuk membantunya meneruskan empayar nya ini...
Saran... Dari budak baik terus jadi jahat dan kejam hasil dari asuhannya sejak dari kecil lagi...
Dan satu lagi... Saran masih tidak tahu perihal mummy ny telah dibunuh kejam oleh daddynya...
Sekarang... Bila dia sudah mengetahui tentang identiti Indra... Pemuda itu pula diburu sekarang...
Dia kembali memandang gambar Indra yang sedang tersenyum manis itu...
Wajah kau iras sangat dengan ibu kau... Tapi mata kau...
Kau warisi dari aku...
Mata yang kelihatan tajam dan gagah... Yang tidak gentar dengan apa jua situasi...
Kau tunggu Indra...
Aku akan umpan kau datang kepadaku...
Bapamu...
Dengan rela hati... Tanpa paksaan...
Kerana... Kau adalah pewaris aku nanti...
Indra...
Seram bila ada bapak psiko macam ni
Share this novel