"INDRA..."
Langkah Indra terhenti bila namanya di seru dari belakang. Dia tahu suara siapa yang memanggil dirinya tapi dia malas mahu berpaling ke belakang. Biarlah si empunya suara datang kepadanya dan berdiri dihadapannya.
"Boleh tak bila orang panggil kau toleh belakang?" Billy bersuara setelah berdiri di hadapan sahabatnya ini.
Sudah seminggu sejak kejadian Indra bertemu dengan ibu kandungnya, dia sudah jarang bertemu dengan lelaki ini.
Sekarang, mereka berdua sudah naik bekerja setelah bercuti panjang tetapi batang hidung Indra pun langsung tak kelihatan. Baru hari ini nampak kelibat Indra, tapi dilihat lelaki ini seolah - olah ingin mengelak dari bertembung dengan dirinya.
"Nak apa?" Soal Indra dingin. Matanya kejap melihat jam di tangan, kejap melihat keliling. Wajah Billy langsung tak dipandang.
"Kau kenapa Indra? Nampak rushing aje aku tengok..." Dahinya dikerut. Pelik melihat sikap Indra yang seolah - olah ingin melarikan diri darinya.
Sepatutnya dia yang mengelak bertemu dengan Indra kerana dia yang pandai - pandai menyelidik kisah hidup Indra tanpa pengetahuan lelaki itu. Tapi sekarang, terbalik pula. Indra yang ingin mengelak dan bukan dirinya.
"Aku ada benda nak buat... Tu yang nak cepat... Aku pergi dulu..."
Dia ingin melangkah tetapi tak jadi bila lengannya dipaut kejap oleh Billy.
"Kau lepaskan tangan aku... Aku nak cepat ni..." Wajah Billy dijeling tajam.
"Ooo... Ya... Setahu aku... Hari ni jadual kau free kan... Sama dengan aku..." Renungan tajam Indra ditatap berani.
Indra diam. Hanya renungan tajamnya lagi masih lekat pada wajah sahabatnya.
"Kalau jadual kau free hari ni... Lepas kerja... Aku nak jumpa kau..."
"Aku tak nak..." Tingkah Indra cepat.
Dia tahu apa yang ingin dibincangkan oleh Billy bila mereka berdua bertemu nanti.
"Kau tak nak... Aku akan paksa kau sampai kau nak... Kau tahu kan aku macam mana orangnya..." Ugut Billy secara halus.
"Billy..." Deram Indra.
"Okay... Habis waktu kerja... Aku tunggu..."
Pautan di lengan sahabatnya di lepaskan sebelum dia melangkah meninggalkan sahabatnya yang dia yakin sudah berapi menahan marah pada dirinya.
Manakala Indra memandang tubuh Billy yang sudah melangkah agak jauh itu dengan pandangan geram bercampur marah.
Ciss!! Tak guna punya Billy!!
Share this novel