"INDRA!!"
Mereka yang berada di situ menjerit nyaring melihat darah mula membuak keluar dari luka tembakan di pinggang lelaki itu.
Hayrren mencari punca siapa yang menembak Indra tadi. Matanya menangkap susuk tubuh Lau Pan yang berlumuran darah di muka sedang mengacukan pistol ke arah Milan pula.
"Dari aku mati seorang! Lebih korang ikut aku mati sekali!!" Pekik Lau Pan.
Picu sudah ditarik.
Belum sempat dia menarik picu, tubuhnya mula ditembusi peluru yang ditembak oleh seseorang dari dalam.
Muncul Billy bersama wajah bengis nya.
Bertalu - talu tembakan di lepaskan kepada Lau Pan sehingga lelaki itu jatuh terlentang ke belakang. Darah pekat mula membasahi tanah.
Lau Pan batuk berdarah sebelum nyawanya berakhir di situ dengan mata terbuntang luas.
Akhirnya, tamatlah riwayat Lau Pan @ si lelaki kejam di tangan Billy!
"Indra!!" Seru Billy.
Dengan bahu yang masih sakit, tubuh longlai rakannya di dekati.
"Dra... Bukak mata Dra... Bukak mata..." Panggil Billy cemas. Milan disebelah sudah mula menangis. Gara - gara mahu menyelamatkan dirinya, Indra bergadai nyawa sehingga menyebabkan dia di tembak.
Saran yang berada di tepi mengesot ke arah abangnya walaupun bahunya terasa amat sakit sekarang.
"Bang bangun bang... Jangan kau tutup mata..." Panggil Saran. Buat pertama kalinya, Saran memanggil Indra dengan panggilan itu.
Law pula laju mendapatkan pasukan paramedik.
Pasukan paramedik pantas mendekati Indra yang kelihatan semakin lemah.
"Minta laluan... Minta laluan..." Pasukan paramedik meminta mereka yang berkerumun di sisi Indra menjauhi seketika.
Tubuh Indra di angkat ke pengusung setelah memberi rawatan awal. Pautan tangan Milan pada Indra terlepas bila pasukan paramedik membawa keluar tubuh Indra dari kawasan belakang bangunan itu.
Saran dan Billy juga turut di beri rawatan awal.
Mata Indra semakin mengecil.
Nafasnya mula tidak sekata.
"Encik... Jangan tidur encik... Bukak mata encik..." Salah satu ahli paramedik menepuk wajah Indra untuk menyedarkan lelaki itu.
Mereka sekarang berada dalam ambulans dan dalam perjalanan menuju ke hospital.
"Encik... Jangan tidur encik... Bukak mata encik..." Pipi Indra masih lagi ditepuk perlahan.
Indra tidak menjawab. Suara paramedik untuk menyuruh dirinya tidak memejam mata semakin sayup kedengaran.
Mata nya makin mengecil dan akhirnya dia sudah tidak sedarkan diri.
Oh tidak... Jangan jadi apa - apa dekat Indra...
Share this novel