SEMPADAN MALAYSIA - INDONESIA
DI SEBUAH HOSPITAL BESAR...
Ketiga - tiga mereka yang cedera telah ditolak masuk ke bahagian kecemasan.
Indra pula sudah ditolak masuk ke dewan pembedahan kerana mengalami kehilangan banyak darah dan tidak sedarkan diri.
Saran pula dibawa masuk kedalam bilik pembedahan selang 5 minit dari Indra kerana mangalami komplikasi di bahu selain dalam keadaan lemah.
Manakala Billy pula telah dirawat oleh doktor yang bertugas di bahagian kecemasan. Tidak terkecuali juga Milan!
Dia juga turut dirawat bersama dengan Billy dibahagian kecemasan.
Pada mulanya dia tidak mahu, tapi atas pujukan Billy dan Law akhirnya dia turuti juga. Itu pun untuk kebaikan dirinya juga.
HAMPIR 3 JAM, namun tiada lagi tanda - tanda Indra selesai menjalani pembedahan.
Pembedahan Saran pula sudah berjalan lancar dan sekarang di tempatkan di wad untuk pemantauan. Dia juga turut dijaga oleh anggota yang bertugas kerana dia adalah satu - satu suspek yang masih hidup dalam serbuan tersebut.
Larry, orang kanannya gugur ketika cuba untuk menyelamatkan Saran dari diserang oleh beberapa orang konco - konco Lau Pan.
Sedih mula mencengkam hatinya bila mengenangkan pergorbanan Larry buat dirinya.
Bayangan Indra pula menyinggah di fikiran nya. Hatinya mula berlagu resah. Dia di khabarkan yang pembedahan Indra masih tidak selesai.
Ya Tuhan... Selamatkan lah saudaraku...
DEWAN PEMBEDAHAN DIBUKA DARI dalam.
Mereka - Law, Billy, Milan, Inspektor Arie dan Hayrren bingkas bangun dari tempat duduk masing - masing.
Kelima - lima nya terus berkerumun mengelilingi doktor yang baru sahaja keluar dari dewan pembedahan itu.
"Doktor... Macam keadaan kawan kami?" Soal Law mewakili mereka yang lain.
Doktor menghela nafas dengan berat sekali. Wajah murungnya dipandang oleh mereka berlima silih berganti.
"Ada apa yang terjadi ke doktor?" Giliran Billy pula bersuara. Wajah murung si doktor membuatkan hatinya mula tidak enak.
"Kami minta maaf... Kami dah sedaya upaya untuk menyelamatkan Encik Indra... Tapi kecederaan yang dialami agak parah... Lagipula... Kehilangan banyak darah adalah salah satu faktornya..."Beritahu doktor itu dengan suara yang menahan getar.
Bagai petir memanah hati mereka saat ini bila dikhabarkan dengan keadaan Indra itu.
" Apa doktor cakap? Doktor tak bohong kan? " Suara Billy mula bergetar.
Matanya yang sudah merah menatap tajam ke arah wajah doktor tersebut untuk meminta kepastian.
Doktor yang menjalani pembedahan pada Indra itu menggeleng kan kepala tanda apa yang diberitahu tadi adalah benar dan bukannya bohong.
Terhenyak tubuhnya saat melihat gelengan doktor tersebut.
Tubuh nya mula terasa longlai.
Cepat - cepat Law memapah tubuh rakannya menuju ke bangku yang di sediakan di luar dewan pembedahan itu. Hayrren dan Inspektor Arie terkelu dan tidak tahu mahu berkata apa.
Billy duduk termenung dengan matanya masih tunak memandang ke arah dewan pembedahan.
Jiwanya terasa rapuh saat ini!
Tak mungkin sahabatnya pergi begitu sahaja! Tak mungkin!
Milan pula hanya diam membatu sahaja mendengar khabar yang di sampaikan oleh doktor itu.
Wajah nya kelihatan kosong sekali.
Kakinya mula melangkah perlahan pergi dari situ.
Air mata mula mengalir perlahan - lahan membasahi pipinya.
Tak mungkin! Tak mungkin!
Dia tidak percaya yang Indra sudah tiada...
Tak mungkin! Tak mungkin! Pekik hatinya.
Kepalanya digeleng beberapa kali.
Kepalanya terasa memberat.
Pandangan sudah mula kelam dan kabur.
"Milan!!"
Telinga nya sempat mendengar jeritan seseorang bersama derap langkahnya sebelum pandangan matanya gelap dan dia rebah di atas lantai.
'Indra...'
Bisik Milan sebelum dia tidak sedarkan diri.
Indra... Betulkah dia sudah meninggal??
Share this novel