BAB 41

Action Completed 18091

MEREKA MULA mencari maklumat mengenai seorang lelaki yang di syaki terlibat dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.

Pasukan dari pihak Inspektor Arie juga turut mencari.

"Tuan!! Dah jumpa!!"

Jerit Man Botak.

Tidak lama kemudian, wajah seorang lelaki terpapar pada layar skrin komputer. Kesemuanya yang berada di situ mara ke arah Man Botak yang sibuk menekan sesuatu di papan kekunci.

"Ini dia orangnya..." Beritahu Man Botak.

Gambar itu di perjelaskan lagi.

Man Botak memperjelaskan lagi perihal tentang Araiti.

"Nama sebenar... Adry... Tapi dipanggil Araiti... Dikenali pembunuh upahan berdarah dingin... Pernah sertai tentera tapi diberhentikan dan dimasukkan ke dalam penjara untuk tempoh ynag lama atas perbagai kesalahan yang dilakukan... Antaranya... Menjadi kaki pukul sehingga menyebabkan kematian seorang anggota, pelecehan seksual dan juga melakukan ugutan atau ancaman bunuh kepada pegawai atasannya... "

"Dan yang paling penting... Pernah menjadi orang bawahan Rayyan dan Stapler sebelum menghilangkan diri... "

Fuh! Berderau darah mereka semua saat mendengar cerita pasal Araiti ini!

Lebih - lebih lagi Billy!

Patutlah cara bertarung Araiti itu seperti pernah di kenali...

Bekas tentera rupanya!

"Baik... Kita dah tahu siapa dia ni... Sekarang... Billy..." Panggil Tuan Shah Effendy.

"Ya Tuan..."

"Kamu panggil team yang terlibat dalam operasi ini... Dan hubungi Inspektor Arie... Kita akan buat mesyuarat tergempar petang ini... Faham?" Arah Tuan Shah Effendy.

"Faham Tuan!" Jawab Billy dengan menabik hormat pada pegawai atasannya.

SATU MESYUARAT TERGEMPAR telah diadakan petang itu. Sebagaimana yang di arahkan oleh Tuan Shah Effendy pagi tadi.

Kali ini, pasukan dari Inspektor Arie ikut serta...

"Pihak kami sudah mengenal pasti suspek - suspek yang berselindung di balik penghasilan 'Dadah Bidadari' ini... Dan inilah wajah - wajah mereka yang berselindung di balik pemprosesan 'Dadah Bidadari tersebut..."

Slaid dibuka.

Terpampang wajah - wajah yang bertanggungjawab dalam penghasilan bahan terlarang tersebut.

"Ini baru konco - konconya...." Ulas Inspektor Arie lagi.

"Dan ini pula..." Giliran Tuan Shah Effendy bersuara.

Slaid yang lagi satu dibuka.

Terpampang gambar seorang lelaki berusia awal 50 - an.

"Ini baru dalang sebenar di sebalik pengoperasian dan penghasilan 'Dadah Bidadari' ini..."

"Dia lah yang di panggil Lau Pan..."

Semua yang berada di situ terkejut dengan pernyataan Inspektor Arie itu. Suara berbisik antara mereka mula kedengaran.

Riuh seketika bilik mesyuarat dengan suara bisikan dari mereka.

Lebih - lebih lagi Man Botak dan Law!

Oh ya! Law dah mula bertugas kembali!.

Berbalik pada topik asal!

Man Botak terkejut melihat wajah dalang sebenar yang terpampang di slaid itu.

Kenapa wajah dan mata orang ini seperti pernah di lihat?

Wajah Billy dipandang sekilas.

Wajah rakannya itu kelihatan tegang dan mendung!

Mendung?

Ada apa dengan sikap Billy hari ini?

Banyak mendiamkan diri?
Sepertinya Billy ada menyembunyikan sesuatu dari dia!

"Kawasan rumah pelacuran di sempadan Malaysia - Thailand telah dikenal pasti oleh anggota kita yang Undercover di situ..."

Lamunan Man Botak terhenti bila inspektor Arie bersuara.

"Cuma... Bos sebenar rumah pelacuran itu dan juga anak kepada pengasas 'Dadah Bidadari' ini..." Wajah Saran dibulatkan menggunakan hujung pen.

"Menghilangkan diri bersama orang kanannya..." Gambar Larry sebelah Saran pula di bulatkan.

"Menghilang kan diri? Maksud Inspektor?" Law mengangkat tangan bertanya.

"Menurut informan... Selepas menyeludup masuk wanita - wanita dari Malaysia, Kemboja dan juga dari negara lain... Dia keluar dari kawasan rumah pelacuran itu dan langsung tidak pulang semula ke situ... Dan menurut informan yang lain juga... Dia sekarang berada di dalam Malaysia..."

Semua diam dan tekun mendengar ulasan dari Inspektor Arie.

" Baiklah... Itu sahaja yang setakat ini... Dan... Ingat... Lagi 2 hari... Kita berkumpul di tempat sama untuk mencari keberadaan Lau Pan... "Inspektor Arie mengakhiri mesyuarat tersebut.

Mereka semua mengangguk faham.

Kesemuanya bangun dan menabik hormat pada pegawai atasan mereka dan juga Inspektor Arie sebelum mereka keluar dari bilik mesyuarat itu. Meninggalkan Tuan Shah Effendy bersama Inspektor Arie.

Awal - awal Billy sudah keluar.

Hatinya tidak betah duduk lama - lama di situ.

Semacam hatinya terasa di siat saat melihat wajah Lau Pan dan Saran terpampang di slaid.

Itu baru dia...

Kalau Indra ada tadi?

Macam mana?

Apa reaksi Indra bila dapat tahu yang penjenayah yang paling di kehendaki adalah bapa dan adiknya?

Oh! Dia tidak dapat bayangkan!

"BILLY!! BILLY!!"

Langkah Billy bila telinga nya menangkap suara seseorang memanggil dirinya. Pantas tubuhnya di paling ke belakang.

Kelihatan Man Botak berlari anak ke menuju ke arahnya.

"Ada apa kau panggil aku Man?" Soal Billy melihat Man Botak sudah sampai di hadapannya.

"Aku nak kau jujur dengan aku sekarang..."

"Jujur? Jujur apa kebendanya??" Soal Billy pelik.

Takde angin, takde ribut!

Tiba - tiba nak suruh dia jujur!

Dah buang tebiat ke apa Man Botak ni!

"Aku nak kau jujur dengan aku... Kau tahu sesuatu pasal Indra kan..."

Berderup hati Billy saat mendengar soalan maut keluar dari mulut sahabatnya ini.

"Tahu sesuatu? Tahu apa nya?"

"Kau ada sembunyikan sesuatu pasal Indra kan..."

"Apa benda kau merepek ni Man..." Sanggah Billy.

"Kau tahu sesuatu kan pasal gambar dalang sebenar yang terpampang dekat slaid tadi?" Soal Man Botak lagi.

Matanya tajam menikam anak mata Billy yang tidak keruan itu.

"Apa benda nya kau merepek ni Man... Mana aku tahu siapa dalam slaid tu... Aku tahu pun sebab Inspektor Arie yang ulaskan..." Cepat aje Billy mencipta jawapan.

"Tapi..."

Ayat Man Botak pantas dipotong dengan suara garau Nuar yang memanggil Billy.

"Kapten!" Panggil Nuar.

Dia dan Khalid berjalan laju menuju ke arah Billy yang kelihatan leka berbual dengan Man Botak.

"Ada apa Nuar, Lid?" Soal Billy bila melihat kedua - dua anak buahnya itu sudah terpacak di hadapannya.

"Kami mengganggu kapten ke?" Soal Nuar dengan nada bersalah.

"Eh takdelah... Saya tengah berborak santai aje dengan Man tadi... Err... Ada apa korang nak jumpa saya ni?" Soal Billy lagi.

"Kitorang nak mintak sign kapten untuk pengesahan esok..." Beritahu Nuar.

"Esok?"

Dahi Billy sudah berkerut tanda tidak mengerti.

"Esok... Esokkan kami ditugaskan untuk membawa kembali Cik Milan dan Encik Dendry ke rumah pelindungan semula... Jadi... Kami mahu sign kapten sebelum kmai hantar laporan ke Tuan Shah Effendy..." Panjang lebar Nuar menerangkan.

"Oo... Ya... Saya terlupa... Boleh... Mari ke pejabat..." Ujar Billy.

"Oh ya Man... Aku ada hal ni... Sorry lah... Tak bokeh berborak lama dengan kau... Aku pergi dulu ya..." Usai berkata, dia terus berlalu dari situ dengan di ekori oleh Nuar dan Khalid di belakang.

Hilang sahaja kelibat ketiga - tiganya, Man Botak mendengus geram.

Kacau betullah si Nuar ni!

Orang baru nak korek sikit, dah datang kacau pulak!

Dia turut berlalu dari situ bersama mulutnya yang masih mengomel!

Man Botak masih tidak tahu lau pan itu siapa pada Indra...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience