BAB 55 Part 1

Action Completed 18091

KERETA DI PANDU berhenti mendadak di kaki bukit. Dia keluar dari perut kereta.

Dia melangkah menuju ke bahagian penumpang.

Pintu dibuka.

Seat belt yang melilit batang tubuh Milan di buka. Tangan gadis itu dicapai lalu dia menarik keluar tubuh gadis itu secara kasar dari dalam kereta.

Pintu kereta kembali ditutup.

Milan di paksa mengikuti langkahnya menuju ke atas bukit.

Bagi nya, disini lah tempat selayaknya untuk berbicara dengan Milan secara muka bertemu muka.

"Apa ni abang In... Sakitlah..." Marah Milan sebaik sahaja mereka sudah sampai di atas bukit.

Lengannya yang dipaut oleh Indra tadi di rentap kasar.

Sakit pada lengan, sakit lagi hatinya!

"Kenapa buat macam tu tadi?" Soal Indra agak keras. Mata nya tajam menikam ke wajah Milan kelihatan anggun sekali.

Ya... 3 tahun sudah berlalu...

Penampilan Milan sudah berbeza berbanding 3 tahun lepas...

"Buat apa?" Tanya Milan pura - pura tidak mengerti.

"Jangan nak sengaja buat bodohlah Milan!" Suara Indra mula naik seoktaf.

"Abang In cakap Milan bodoh? Siapa yang bodoh sebenarnya... Abang In ke Milan?" Milan bersuara.

Matanya juga bersinar tajam seperti Indra memandang dirinya saat ini.

"Perlu ke buat macam ni setelah 3 tahun menghilang macam tu aje?" Balas Indra tidak mahu mengalah.

"Abang In kena ingat... Sebab apa Milan bawa diri ke luar negara... Siapa yang menyebabkan Milan pergi macam tu... Cuba cakap... Sebab siapa?" Jerit Milan.

Dada bidang Indra dipukul geram.

"Sebab abang In tau tak... Sebab abang In... Abang In yang langsung tidak pernah tahu isi hati Milan macam mana... Abang In hanya fikirkan perasaan abang In aje... Langsung tak pernah fikirkan perasaan Milan..." Milan mula mengongoi di dada Indra.

Indra yang mendengar luahan Milan hanya mengunci mulut sahaja.

Tidak mampu mahu berkata apa lagi.

Rasa bersalah mula menjalar di dalam hati.

Milan yang sudah selesai menangis di dada Indra mula menjauhkan diri dari lelaki itu.

"Kalau abang In rasa kemunculan balik semula Milan ni menyusahkan abang In.... Milan minta maaf sangat... Terima kasih sebab jaga dan sayangi Milan selama ni... Milan hargai sangat... Milan minta maaf... Milan pergi dulu..." Kalau ini pengakhiran nya selama 3 tahun ini, dia rela.

Biarlah dia pergi asalkan orang yang disayangi ini hidup bahagia... Dia rela lepaskan semuanya...

Tubuhnya sudah mula menjauhi Indra dan mula melangkah pergi dari situ.

Indra sudah tidak tentu arah.

Dia tidak rela melihat Milan melepaskan semuanya.

Tubuh Milan yang semakin menjauhi dirinya dipandang cemas sebelum langkahnya laju mengejar tubuh kesayangannya itu.

Terus di peluk erat tubuh gadis yang dicintainya ini dari belakang.

Berubah terus wajah Milan bila secara tiba - tiba tubuhnya di peluk oleh Indra dari belakang.

"Tolong jangan pergi... Abang tak sanggup kehilangan Milan lagi... Abang tak sanggup... Cukuplah 3 tahun ni Milan tiada di sisi abang... Abang tak nak Milan hilang lagi..." Bisik Indra bersama suara menahan getar. Menahan tangisan mungkin.

Ya... Sejujurnya... Hatinya sudah lama terpaut pada gadis ini. Bila memikirkan status nya sebagai anak tidak sah taraf, dia menguburkan perasaan cintanya. Pelbagai cara dilakukan untuk menghakis rasa cinta nya pada gadis ini. Tetapi langsung tidak berjaya.

Malah, makin kuat dan mendalam lagi rasa itu.

Milan yang wajah mendung tadi berubah ceria serta merta saat mendengar bisikan Indra tadi.

Dia ingin berpaling menghadap Indra tapi bila lelaki itu membantah, di batalkan juga niatnya.

Biarlah lelaki ini meluahkan segala - galanya dari belakang.

Dna pelukan Indra pada Milan makin di eratkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience