SEMPADAN MALAYSIA - THAILAND
RUMAH PELACURAN DAERAH B
SARAN hanya memerhatikan sahaja pekerjaan orang kanannya membawa masuk gadis dari pelbagai negara termasuk Malaysia ke dalam rumah pelacuran ini.
Dia memandang kesemua wajah - wajah gadis bawah umur itu dengan pandangan tanpa riak.
Tanpa kata, dia menyuruh orang bawahan membawa gadis - gadis itu ke tempat yang ditetapkan.
Dia menggamit salah seorang orang bawahannya.
"Lepas semuanya dah ke tempat masing - masing... Kau buat apa yang aku suruh... Faham?" Arah Saran pada orang bawahannya dalam bahasa Thai.
"Khap Ku Nai..." Jawab orang bawahan sebelum berlalu dari situ.
Selepas kelibat orang bawahannya pergi, dia kembali mengelamun memandang pemandangan pulau yang di huni nya ini pada waktu senja.
Ingatannya kembali terarah pada kejadian sebulan yang lalu...
Kejadian di mana Melati maut dalam kebakaran...
IMBAS KEMBALI...
SARAN meluru keluar dari keretanya bila melihat api semakin marak menjilat siding rumah banglo itu.
Dia bergegas masuk ke dalam rumah itu.
Jeritan dari orang kanannya langsung tak di hiraukan.
Dia memandang sekeliling.
Tubuh Melati tertiarap berlumuran darah di hampiri. Leher wanita itu di sentuh untuk mengesan pergerakan nadi. Nadi wanita itu sudah berada di tahap lemah.
"To... Tolong... Se... Selamatkan... Mi... Milan..." Wanita itu bersuara dengan nada kepayahan. Suara nya sudah tersekat di kerongkong.
Dia berkali - kali menelan air liur walaupun tekaknya terasa amat perit sekarang.
"Puan..."
"Pergi... Pe... Pergi... Se.. Selamatkan... Mi... Milan..." Melati menghalau Saran dari terus mendekatinya. Jari telunjuk nya ditunjuk ke arah Milan yang terlentang tidak sedarkan diri dengan kepala berlumuran darah.
Tanpa banyak pilihan, Saran berlalu juga mendekati Milan. Tubuh gadis itu diangkat dan terus dicempung keluar dari rumah tersebut. Asap mula memasuki rongga hidungnya walaupun separuh mukanya sudah ditutup dengan sehelai kain tali.
Jejak sahaja Saran keluar rumah...
BOMM!!
Bunyi letupan kedengaran.
Terjelepok Saran di halaman rumah dengan Milan dalam dakapannya.
"Kun Nai..." Larry, orang bawahan merangkap orang kanan Saran meluru ke arah lelaki itu.
Perlahan - lahan tubuh Milan yang berada di atas bosnya di alih ke tepi.
"Kun Nai... Kun Nai takde apa - apa ke?" Soal Larry cemas.
Mana tak cemasnya... Saran meluru macam tu aje masuk ke dalam rumah tu...
Kalau jadi apa - apa dekat bos kecil ni, dia nak jawab apa dekat bos besar nanti?
Silap hari bulan, tubuh dia kena kerat empat belas! Seram doh!
" Aku takde apa - apa..." Jawab Saran.
Matanya masih terarah ke dalam rumah yang sudah musnah di jilat api itu.
Melati! Bisiknya di dalam hati.
Sayup - sayup kedengaran bunyi siren jentera bomba berselang pula dengan bunyi siren kereta peronda polis.
" Kun Nai... Mari kita gerak sekarang..." Gesa Larry.
Tubuh bosnya ditarik menjauhi tempat tersebut. Risau mereka akan tertangkap dengan pihak berkuasa.
Saran hanya mengikuti sahaja.
Tubuh Milan di biarkan terbaring di luar halaman.
Dari kejauhan, mereka memerhati pasukan perubatan memberi bantuan kecemasan awal kepada Milan. Manakala pihak bomba memadam api dan pihak polis pula muka melakukan siasatan.
MASA KINI...
BERKAT usahanya yang diam - diam pergi ke Malaysia tanpa pengetahuan daddynya, akhirnya Milan terselamat dari tragedi itu.
Dia tahu, kalau si Benji itu datang ke Malaysia, mesti ada sesuatu yang hendak di lakukan. Dan dia yakin sekali, di sebalik apa yang si bendi tu lakukan mesti ada seseorang yang menyempurnakan tugas tersebut. Menyempurnakan dengan bersih sekali!
Di akui, walaupun dia jahat dan kejam, bukan bermakna dia seorang yang tidak berperikemanusiaan. Dia pun mahu hidup normal seperti orang lain.
Dia jadi begini pun atas ajaran daddynya, Lau Pan...
Dia menyeluk poket baju kot nya. Sebuah gambar mengandungi wajah seorang lelaki berpakaian tentera di keluarkan.
Gambar itu tatap lama. Lelaki yang dilihat selalu bersama Milan.
"Indra Wan..."
Nama itu di sebut perlahan.
Aku akan cari tahu siapa kau sebenarnya... Bisik Saran di dalam hati...
Gambar itu di tatap lagi...
Saran masih tak tahu yang Indra adalah abang kandungnya... Sebapa tapi berlainan ibu...
Share this novel