BAB 34

Action Completed 18091

KLAP!! KLAP!!

Satu tepukan datang dari arah depan mematikan perkelahian antara Mr. Joseph dan Dendry.

"Wah! Ada pertunjukan lah depan kita sekarang..."

Cekauan Mr. Joseph pada leher baju Dendry di lepaskan. Mata kedua - duanya pantas memandang ke arah depan.

Muncul seorang lelaki di balik pintu dengan mukanya di liputi penutup muka.

Kelihatan beberapa orang lelaki di belakangnya. Termasuk Benji!

"Lau Pan?" Bisik Mr. Joseph perlahan tetapi dapat di dengar oleh Dendry. Bebola matanya pantas mengekori langkah lelaki yang di panggil Lau Pan itu yang sedang enak duduk bersilang kaki di tempat duduk Mr. Joseph.

"Wah! Ada orang barulah..." Ujar Benji dengan gaya berlagak.

Dia mengelilingi tubuh Mr. Joseph dan Dendry yang sedang memerhati tingkah mereka semua.

"Korang semua buat apa dekat sini?" Soal Mr. Joseph dengan nada suara yang keras.

"Haih... Orang datang nak melawat pun tak boleh?" Perli Benji.

Hehh! Si Benji ni! Lau Pan diam aje dari tadi... Dia pulak yang lebih - lebih bercakap!

"Kan aku dah cakap... Bila semuanya dah settle... Aku akan hubungi korang..." Terang Mr. Joseph.

Meledak ketawa Benji mendengar penerangan Mr. Joseph itu. Mengekek dia suka... Bagai ada benda mengeletek hatinya saat ini...

"Kau ingat kitorang nak percaya ke cakap kau, hah? Ni... Ni siapa?" Telunjuk Benji lurus menunjuk ke arah Dendry sedari tadi diam memerhati tingkahnya yang lagak seperti orang kurang siuman.

"Oo... Aku terlupa... Ni lah kan anak kau yang dok dekat oversea tu..."

Figura Dendry di pandang dengan pandangan mengejek.

"Hei budak!"

Tubuh Dendry di dekati.

"Aku tengok kau ni not bad lah... Apa kata kau kerja dengan kitorang macam bapak kau? Nak? " Pelawa Benji dengan muka berlagak.

Dendry sudah menggengam penumbuknya.

BUKK!!

Tanpa amaran, penumbuknya hinggap laju ke wajah Benji yang perasan bagus ini.

Tersungkur Benji di atas lantai akibat menerima tumbukan padu dari Dendry.

Tergamam Mr. Joseph dengan tindakan anaknya itu.

"Dendry!! Enough!!" Halang Mr. Joseph.

Tubuh anak di dakap pantas bila dilihat Dendry mahu menyerang Benji lagi.

"Apa yang cukup nya daddy? Kenapa daddy perlu jadi balaci dekat sampah - sampah ni?" Marah Dendry sambil tangan nya menunjuk satu persatu orang disitu.

"I said enough Den..." Deram Mr. Joseph.

"NO... Den tak habis lagi..."

"Dendry!!"

"Kalau macam tu... Daddy pun sama macam diorang... Sampah masyarakat!!" Hamun Dendry sewenangnya tanpa memikirkan akibatnya.

BUKK!!

Sekali lagi tumbukan padu hinggap di wajahnya. Bukan dari Benji... Bukan juga dari Mr. Joseph... Tapi dari Lau Pan!

Ya... Tumbukan itu datangnya dari Lau Pan, lelaki yang mengenakan pelitup muka tadi.

"Lau Pan!! Jangan!!"

Halang Mr. Joseph. Langkahnya sudah mahu di atur menuju ke arah Lau Pan tetapi tidak kesampaian bila belakang tubuhnya di libas dengan sebatang kayu oleh konco - konco Lau Pan. Merengkot kesakitan dia dibuatnya.

Leher baju Dendry di cekau kasar. Terdorong tubuh Dendry menghadap dirinya.

"Kau cakap apa tadi? Sampah masyarakat?" Soal Lau Pan dengan suara garaunya.

"Kau kena ingat... Bapak kau pun sampah masyarakat jugak!!"

Serentak muka Dendry di tumbuk bertubi - tubi. Tersembur darah keluar dari mulut Dendry akibat dari tumbukan yang diterima.

"Lau Pan... No!!" Jerit Mr. Joseph.

Dia ingin bangun menghalang tindakan gila Lau Pan tetapi tidak berjaya bila tubuhnya sudah berada dalam kepungan anak - anak buah lelaki itu.

"Benji!!" Panggil Lau Pan.

Benji menghampiri.

Dia mengisyaratkan Benji untuk menyelesaikan sisanya. Benji tersengih jahat.

Anak - anak buahnya yang lain di arah untuk untuk mengambil benda penting dari makmal milik Mr. Joseph.

BUKK!!

Sebuah batang besi yang tumpul hinggap di belakang kepala Dendry.

Gedebuk!!

Tubuh Dendry jatuh tertiarap tidak sedarkan diri di atas lantai.

Darah mula mengalir dari belakang kepalanya nya.

"Dendry!!" Jerit Mr. Joseph seketika sebelum,

Zapp!!

Perut nya seperti diterobos sesuatu.

Pantas matanya mengarah ke arah perutnya.

Terpaku matanya seketika melihat sebilah pisau berkilat menerobos perutnya saat ini.

"Lau Pan..."

Dia mendesis perlahan. Rasa sakit dan pedih mula menjalar di sekitar Perutnya.

Blukk!!

Tersembur darah pekat keluar dari mulutnya bila pisau itu di rodok lebih dalam lagi.

Pisau dicabut pantas dari perut Mr. Joseph. Tubuh lemah lelaki pertengahan umur itu di tendang kasar sehinggakan lelaki itu jatuh terlentang ke belakang.

Mr. Joseph terbatuk - batuk keras.

Darah dari mulut dan perut semakin banyak keluar.

Pisau yang digunakan untuk menikam Mr. Joseph tadi diserahkan pada anak buahnya.

Dia kembali menghampiri tubuh Mr. Joseph dan mencangkung di sisi lelaki itu.

Muka nya di dekatkan pada cuping telinga Mr. Joseph.

"Itulah padahnya bila kau cuba melawan cakap aku!!" Bisik Lau Pan keras di sebalik pelitup muka yang di pakai.

Usai berkata, dia bangun lalu mengarahkan anak - anak buahnya untuk menyelesaikan apa yang masih tertinggal.

PANTAS MILAN menyembunyikan diri bila melihat beberapa orang lelaki bergegas keluar dari banglo tersebut.

Dia perlahan - lahan menyelinap masuk melalui pintu belakang tanpa pengetahuan mereka yang berada di luar rumah.

Hidungnya mencium kuat bau minyak petrol yang dari dalam rumah.

Tapi itu tidak penting baginya!

Yang penting sekarang, dia kena cari Mr. Joseph dengan Dendry dulu!

Langkahnya pantas diatur menuju ke arah makmal yang sering digunakan oleh Mr. Joseph untuk melakukan uji kaji berkaitan mata pelajaran yang di ajar di universiti.

Terpaku dia melihat keadaan makmal yang tunggang terbalik sebaik sahaja sampai di situ.

Matanya terarah ke suatu tempat yang agak tersorok bila telinganya menangkap suara erangan seseorang.

Laju sahaja kakinya melangkah kearah suara erangan itu.

"DADDY!!!"

Hampir tercabut jantungnya melihat tubuh Mr. Joseph terlentang berlumuran darah di lantai.

Tubuh lelaki pertengahan umur itu pantas di paut ke dalam dakapan.

"Daddy... Apa dah jadi ni?" Soal Milan bersama tangisan yang mula pecah.

Matanya kembali meliar mencari kelibat abangnya.

Dan...

Terbeliak matanya melihat keadaan tubuh abangnya yang tertiarap tidak sedarkan diri di satu sudut. Darah memenuhi belakang kepala abangnya.

Apa dah jadi ni? Kenapa daddy dengan abang jadi macam ni? Apa yang berlaku sebenarnya?

Anak matanya tiba - tiba menangkap biasan cahaya dari luar makmal.

Api!

Membesar mata Milan saat mengetahui biasan cahaya yang datang dari luar rumah adalah api.

Ruang makmal serta merta dipenuhi asap tebal.

Milan menoleh kiri dan kanan...

Dia mula terbatuk - batuk akibat terhidu asap yang mula memenuhi ruang makmal itu.

"DADDY... Mari kita pergi dari sini..." Tubuh daddynya sedaya upaya dibangunkan dan mahu dipapah keluar.

Tapi niatnya itu dihentikan oleh Mr. Joseph.

"NO... Jangan pedulikan daddy... Pedulikan abang kamu... Selamatkan diri kamu dan dia..." Arah Mr. Joseph.

"NO daddy... Iyan kena selamatkan daddy jugak..." Tangis Milan. Tangan daddynya sudah di letakkan di atas bahunya tetapi pantas di rentap kembali oleh Mr. Joseph.

"Listen to me, Milan... Jangan pedulikan daddy!! Selamatkan diri kamu dan Dendry..." Tegah Mr. Joseph keras.

Tangan anaknya di capai.

Dia menghulurkan dua benda kepada Milan. Milan memerhati...

Seutas gelang tangan dan rantai leher...

Kesemuanya berwarna sliver...

"Tolong selamatkan diri kamu dan Dendry... Demi daddy... Please... Demi daddy..." Rayu Mr. Joseph. Wajah nya sudah basah dengan air mata.

Milan pula...

Tak usah cakaplah...

Dah lencun sejak dari tadi...

"Go Milan... Go!!"

Dengan sekuat tenaga, tubuh Milan di tolak menjauhi dirinya.

Milan hanya mampu menangis sahaja. Dia merangkak menuju ke arah abangnya pula. Tubuh tinggi lelaki itu dibangunkan dengan sekuat tenaga walaupun kudratnya tidak seberapa.

Tapi demi janjinya pada Mr. Joseph, dia kuatkan juga semangat dirinya.

Dia terbatuk - batuk lagi...

Api makin marak menjilat sekeliling rumah banglo.

Tubuh Dendry di papah keluar dari makmal.

"DADDY!!" Seru Milan.

"Pergi Milan... Pergi!!" Mr. Joseph mengisyaratakan agar Milan keluar dari situ.

Dengan langkah berat, Milan memapah tubuh abangnya keluar dari situ.

Sedaya upaya dia mengimbangi dirinya untuk menuju kearah jalan yang dia menyelinap masuk tadi.

Asap yang semakin tebal menyukarkan dirinya untuk melangkah.

Pandangan nya juga semakin mengecil dan kabur.

Tapi dia kuatkan juga...

Dia tidak boleh pengsan...

Dia dan Dendry harus keluar dari situ...

Sebaik sahaja sampai di pintu di mana dia menyelinap masuk tadi, langkahnya sudah mula longlai.

Dan akhirnya dia dan abangnya rebah di hadapan pintu tersebut.

"Hoi!! Ada orang dekat sinilah... Tolong angkat diorang!!"

Sayup - sayup pekikan seorang lelaki singgah ditelingnya.

Dia merasa tubuhnya di tarik oleh orang ramai menjauhi kawasan rumah banglo itu.

Masa bila orang ramai datang pun dia tak sedar.

Sebaik sahaja tubuhnya dan tubuh Dendry dibawa jauh dari kawasan rumah banglo, ketika itulah..

Dumm!!

Bunyi letupan kuat datang dari dalam rumah.

"DADDY!!!"

Pekik Milan di dalam hati sebelum dia tidak sedarkan diri sepenuhnya.

Kasih seorang bapa... Menyuruh anaknya menyelamatkan diri... Dan membiarkan dirinya terkorban...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience