BILLY MENGGELIAT bagi meregangkan urat dan sendinya yang mula terasa lenguh.
Indra pula masih menatap tajam ke arah pintu masuk pusat penjagaan itu.
Hampir sejam lebih mereka berdua bertapa di dalam kereta ini.
Atas arahan Tuan Shah Effendy, pasukan mereka di tugaskan untuk mengawasi Milan.
Semua bukti yang mereka cari selama ini sudah pun dilaporkan pada ketua mereka.
Buat permulaan, tugasan mereka hanya mengawasi Milan dari jauh dahulu.
Dan sekarang, mereka berdua di sini hasil dari aplikasi peranti penjejak yang di pasang pada telefon pintar Milan.
Masih teringat lagi wajah Milan ketika Indra meminta gadis itu menghulurkan telefon pintar pada lelaki itu atas alasan Indra mahu memasukkan nombor telefon yang baru. Cemberut sungguh wajah gadis itu ketika menghulurkan telefon pintarnya.
"Macam mana Man... Dia masih ada lagi dekat tempat yang sama ke?" Soal Indra pada Man Botak melalui earbuds yang di pasang pada telinga nya.
"Ya... Dia masih lagi dekat tempat yang sama..." Jawab Man Botak.
Man Botak berada di markas sekarang. Dia yang menolong Indra dan Billy melalui komputer untuk mengakses peranti penjejak dan terus disalurkan pada Indra dan Billy.
"Weh... Tu Milan dah keluar..." Suara Billy menghentikan perbualan antara Indra dengan Man Botak.
Mata Indra kembali terarah pada pintu masuk bangunan pusat jagaan tersebut.
Kelihatan susuk tubuh Milan melangkah lemah dari pusat penjagaan tersebut. Wajah gadis itu kelihatan murung sekali.
" Jom keluar..." Ajak Indra.
Tapi tingkah mereka berdua di halang oleh satu suara melalui earbuds yang dipakai.
"Kejap korang... Jangan keluar lagi... Aku syak ada sebuah kereta yang mencurigakan dari tadi..." Ujar suara Khalid, anggota tentera yang turut sama menyertai misi mereka kali ini.
"Arah mana tu Lid?"
"Arah lawan jam..."
Pantas Indra mencari kenderaan yang dinyatakan oleh anggota pasukannya yang lain tadi.
Matanya tertancap pada sebuah kenderaan mewah berwarna hitam yang di parking tidak jauh dari pintu utama masuk pusat jagaan ini.
Wajah pemandu tidak dapat di pastikan kerana cermin kereta itu terlalu gelap. Kalau dapat dek JPJ ni, masak driver ni kena!
Kelibat Milan yang melintasi pintu pagar pusat jagaan itu membuatkan kenderaan yang dicurigai tadi turut beredar mengekori langkah gadis itu.
"Kau keluar Billy... Check apa yang ada dekat bangunan tu... Khalid, Nuar... Korang ikut Kapten... Biar aku yang handle Milan..." Ujar Indra. Dia dan Billy keluar dari perut kereta sebelum dia beralih tempat duduk ke bahagian pemandu.
"Hati - hati bro..." Ujar Billy sebelum dia melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut.
Tidak lama selepas itu, kelibat Khalid dan Nuar pula masuk ke dalam.
Indra memecut keretanya mencari kelibat Milan.
"Man... Kalau tolong kesan lokasi Milan sekarang... Hantar dekat aku..." Pinta Indra. Matanya melilau ke kiri dan kanan untuk mencari kelibat gadis itu. Baru sekejap tadi dia terkilas sedikit, dah hilang!
Cepat betul budak ni berjalan! Kaki pecut ke apa budak Milan ni!
Share this novel