Part 2

Action Completed 18091

PACUAN EMPAT RODA YANG akan membawa Milan kembali ke rumah perlindungan khas telah bergerak keluar dari markas. Beberapa kenderaan juga termasuk kereta peronda polis yang di kendali oleh anggota bawahan Inspektor Arie turut mengekori dari belakang.

Di dalam pacuan empat roda itu, Milan ditemani oleh Man Botak, Nuar dan khalid. Abang dia, Dendry tidak ikut serta dalam pacuan empat roda itu kerana perlu hadir ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Billy, Law dan Inspektor Arie bertanggungjawab mengiringi Dendry ke hospital.

Setelah kelibat pacuan empat roda yang di naiki Milan sudah melepasi gerbang pintu markas, barulah kenderaan yang di naiki mereka pula bergerak meninggal kan markas.

MILAN HANYA mematu kan diri sahaja di dalam kereta. Matanya tunak memandang keluar tingkap.

Hatinya masih galau lagi saat ini. Fikiran nya masih melekat pada Indra walaupun hampir 3 minggu lelaki itu menghilang kan diri.

Hatinya risau bila memikirkan keadaan Indra saat ini.

Berita penahanan Indra atas kejadian kebakaran dua minggu lalu masih segar di ingatannya.

Hatinya membantah keras arahan penahanan itu. Dia yakin, mesti ada yang membuat khianat pada lelaki yang mula menapak di hatinya.

Ya... Hatinya mula terpaut pada Indra saat pertama kali bertemu dengan lelaki dingin itu.

Tapi keadaan dan kekacauan yang berlaku sekarang mematikan dahulu perasaan sayang nya itu.

Dia tahu, Indra tidak pernah ada perasaan pada dirinya. Lelaki itu menjaga dan melindungi dirinya pun atas permintaan Melati.

Jadi, biarlah dia menguburkan perasaan nya ini.

Man Botak yang melihat menungan jauh jauh Milan itu hanya mampu mengeluh di dalam hati sahaja.

Dia tahu isi Milan ini.

Bukan dia tidak nampak renungan dan pandangan sayang Milan pada sahabatnya, Indra selama ini.

Hanya dia sahaja yang buat tidak mengerti.

Dia berdoa di dalam hati...

Semoga Indra kembali dalam keadaan selamat dan...

DUMM!!!

Belum sempat hatinya mahu menghabiskan ayat, kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka telah di langgar laju oleh sebuah lori pasir dari arah kanan.

Kenderaan mereka terseret jauh dan berhenti di sebuah tiang eletrik yang condong akibat dari hentaman lori pasir itu.

Man Botak mengerang kesakitan. Milan di sebelahnya sudah terkulai tidak sedarkan diri. Wajah gadis itu berlumuran darah.

Dia ingin memeriksa keadaan Nuar dan Khalid di hadapan tetapi tidak berjaya.

Rasa sakit di bahu dan rusuk kirinya semakin menyucuk sakit.

Di dalam kepayahan dan keadaan pandangan yang samar, nama dua rakannya dipanggil.

"Nuar... Khalid..."

Namun panggilannya tidak bersahut.

Nuar dan khalid sudah diam tidak berkutik. Wajah masing - masing sudah berlumuran darah.

Dalam kepayahan, dia cuba untuk bangun.

Tapi niatnya itu dimatikan bila telinga menangkap bunyi tembakan dari luar kenderaan yang remuk itu.

Semakin lama semakin bingit bunyi tembakan dari kedua - dua arah. Tubuhnya berusaha untuk di paling ke arah belakang.

Dalam keadaan pandangan matanya yang samar, dia dapat melihat beberapa anggota bawahan Inspektor Arie berbalas tembakan tembakan dengan orang - orang yang berpakaian serba hitam serta bertopeng yang berdiri tidak jauh dari kenderaan yang dinaiki.

Beberapa anggota bawahan Inspektor Arie rebah akibat dari peluru - peluru dari orang - orang berpakaian hitam ini.

Telinganya menangkap derap langkah seseorang menghampiri kenderaan yang remuk ini.

Pintu kereta disebelah Milan di buka.

Senjata api yang kedap bunyi di acu pada dirinya.

Zupp!!

Senjata itu mengeluarkan pelurunya dan terus mengenai dadanya dari jarak dekat.

Matanya dapat menangkap wajah yang mengendong keluar tubuh Milan dari kenderaan itu.

"Araiti..."

Perlahan nama itu di sebut sebelum dia terkulai di tepi tingkap kereta.

No... Jngan Man Botak mati... Tak rela...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience