SARAN MENGELUH bila melihat menungan Indra.
Sejak pulang dari urusan pengebumian dan juga hospital, Indra terus membawa diri sambil merenung jauh ke luar jendela.
Menggeleng kepala Saran melihat perli laku abangnya itu.
Hampir sebulan sudah mereka bertiga bersembunyi di sini.
Oh ya! Rumah pelacuran di bawah kendalian nya yang berpengkalan di sempadan malaysia - Thailand telah diserbu oleh pihak berkuasa.
Dan sekarang pihak polis sedang giat mencari keberadaannya.
ARGHH!! Tak kisah dia dengan semua tu! Bukan kehendak dia mahu menjadi seperti itu! Itu kehendak daddy, Lau Pan!
Lau Pan?
Layak ke lelaki di panggil ayah setelah apa yang terjadi pada family Indra dan juga sahabat-sahabat lelaki itu?
Dia sendiri tidak tahu mahu katakan apa pada lelaki yang mereka gelarkan bapa.
Dia... Hidup begini bukan kehendak nya... Dia telah di asuh oleh lelaki itu sejak dari kecil... Tapi jauh disudut hati... Dia mahu hidup normal seperti orang lain... Bebas dari segala yang merosakkan jiwa dan raganya... Bebas dari cengkaman kejam Lau Pan!
Buktinya... Lihat lah sekarang...
Apa yang telah terjadi pada Indra... Hilang orang tersayang akibat dari perbuatan Lau Pan!
Lagipun, dia datang mencari Indra di Malaysia ini bukan lah saja - saja... Ada misi yang harus di selesaikan...
Dia harus menghalang lelaki itu dari masuk ke dalam perangkap Lau Pan!
Dia tahu, Lau Pan sudah lama menyasarkan abangnya ini...
Sebab itu dia sentiasa dekat dengan Indra...
Bersikap keras, dingin dan kasar...
Itu ciri - ciri yang di mahukan oleh Lau Pan yang pada Indra!
Lebih - lebih lagi dengan status Indra sekarang...
Lagi mudah untuk Lau Pan menjalankan misinya... Memenuhi keinginan hatinya yang diselubungi dengan kejahatan!
Lau Pan!
Manusia kejam yang sanggup melakukan apa sahaja hatta anak kandung sendiri pun!
Dan sekarang, sasaran nya adalah Indra!
Share this novel