BAB 22

Action Completed 18091

BILLY hanya tersenyum pahit sahaja saat melihat wajah cemberut isterinya.

Gara - gara terkena serpihan bangunan yang terbakar tempoh hari yang mengakibatkan bahunya melecur, dia di tahan di dalam wad.

Mulanya, dia tidak mahu di tahan di dalam wad. Tetapi atas saranan pegawai atasan dan juga babahnya, akhirnya dia akur. Lagipun, kecederaan yang dia alami agak serius juga.

"Sayang..." Panggil Billy perlahan.

Matanya masih lagi tunak memandang wajah cemberut kesayangannya itu.

Amelya hanya buat - buat tak dengar saja dengan panggilan suaminya. Dia masih lagi ralit dengan kerjanya.

Dia berlalu ke arah beg pakaian. Tuala yang masih baru di capai. Dia kembali semula ke tempat duduknya di sisi Billy. Tuala direndam ke dalam besen berisi air yang sudah dicampur sedikit air panas.

Tuala di perah.

Dia berpaling menghadap suaminya dengan tuala di tangan. Wajahnya masih lagi dengan riak cemberutnya.

"Pusing badan tu..." Arah Amelya keras.

Billy hanya menurut sahaja. Kalau tak di turut nanti, makin panjang cemberut si Amelya ini!

Belakang badan suaminya di lap sedikit kasar.

Menggeliat Billy seketika bila terasa tuala yang di lap di belakang badannya sedikit kasar.

" Dah siap..." Ujar Amelya.

Tuala kembali di letakkan di dalam besen.

Tak jadi dia mahu bangun dari tempat duduknya bila pergelangan tangannya di tangkap oleh Billy.

"Sayang..." Seru Billy lembut.

Amelya hanya mendiamkan diri sahaja. Pergelangan tangannya yang di capai oleh Billy dibiarkan sahaja. Wajahnya di paling ke arah lain.

Hatinya masih berdongkol marah dengan sikap Billy yang masih mahu berahsia dengan dirinya.

" Sayang... Duduk dulu..." Ujar Billy.

Pergelangan tangan isteri nya ditarik lalu tubuh kecil molek di bawa duduk di atas katil.

"Sayang..."

Kedua - dua belah bahu Amelya di paut menghadap dirinya.

Bila kedua - dua belah bahunya di paut, nak tak nak dia menghadap jua wajah suaminya.

"Abang maaf sebab rahsiakan semua ni dari sayang... Abang minta maaf sangat..." Ujar Billy bersama suara yang sayu.

Amelya hanya mendiamkan diri sahaja. Matanya sengaja di larikan ke arah lain.

"Sayang... Please... Maafkan abang... Abang mengaku yang abang dah lukakan hati sayang... Maafkan abang sayang... Maafkan abang..." Billy merayu.

Kedua - dua belah tangan Amelya di bawa ke arah bibirnya lalu di cium lembut.

Melihat kesungguhan suaminya meminta maaf, akhirnya hati Amelya yang hangat tadi kembali sejuk.

" Buatlah lagi lain kali... Biar abang duduk sorang - sorang dekat hospital ni... Tak kuasa Amel nak tunggu abang dah..." Ugut Amelya.

"Jangan macam tu yang... Tak kesian ke dekat abang yang tengah sakit ni..." Rengek Billy manja.

"Eeii... Mengada betul lah dia ni..."

Tangan nya yang di capai oleh Billy dileraikan. Kemudian tangan lelaki itu di genggam semula.

"Abang... Lain kali... Tolong jangan berahsia lagi dengan Amel... Amel tak senang duduk tengok abang macam ni..." Ujar Amelya dengan penuh kerisauan.

Yelah...

Isteri mana yang tak risau bila di khabar kan suaminya tiba - tiba masuk hospital. Dengan kesan cedera agak serius pulak tu!

Dia akui, pekerjaan suaminya ini banyak mengundang risiko dan berbahaya. Banyak musuh yang mencari peluang dari serata tempat...

Tapi, seboleh - bolehnya dia perlu tahu apa yang telah terjadi pada suaminya ini...

Itu saja yang dia mahu tahu...

Dan dia tidak mahu...

Sejarah lama terulang kembali...

"Ya sayang... Abang janji... Abang takkan buat Amelya risau lagi..." Balas Billy.

Amelya tersenyum senang dengan balasan suaminya.

Dahinya pantas di kucup lembut oleh Billy.

Tapi tidak lama bila deheman seseorang mematikan aksi romantis mereka berdua.

"Ehemm... Sudah - sudahlah tu nak beromantik nya... Ini hospital bukannya rumah..."

Pantas kedua - duanya berpaling ke arah empunya suara itu.

Terbeliak mata kedua - dua nya melihat wajah Man Botak dan Nuar yang tersengih kambing di balik pintu wad.

Serentak itu juga Amelya menolak keras dada bidang suaminya yang tidak berbaju itu menjauhi dirinya. Wajahnya sudah berubah warna.

"Aduh!!" Billy mengaduh perlahan.

Sakit dadanya bila ditolak kasar sebegitu.

"Errr... Amel keluar lah... Nak pulangkan balik besen ni dekat nurse..." Ujar Amelya kalut.

Tangannya pantas mencapai besen yang masih berisi air.

"Nak abang Man tolong bawakan ke?" Man bersuara.

"Tak payah... Amel boleh bawak sendiri..." Cepat - cepat Amelya menyanggah.

Terburu - buru dia keluar dari wad tersebut tanpa memandang ke arah dua lelaki yang setia berdiri di pintu wad sejak dari tadi.

Pandangan nakal dari kedua nya langsung tak dihiraukan.

Belum sempat dia melangkah lebih jauh, telinga nya menangkap ayat keluar dari mulut Man Botak.

"Tak lama lagi Lyna dapat adik barulah nanti..."

'Eeei... Bengong betullah abang Man ni...' Decit Amelya kegeraman.

Dia melangkah laju meninggalkan wad itu.

Malunya dia...

Membahan orang memang nombor si Man Botak ni...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience