Part 2

Action Completed 18091

"APA? TUAN NAK KELUARKAN saya dari misi ni? Tapi kenapa?" Hampir melengking suara Indra saat diberitahu yang dia bakal dikeluarkan dari misi yang telah dijalankan selama berbulan - bulan ini.

"Apa yang merasuk fikiran tuan sampai sanggup suruh saya keluar dari misi ini?" Soal Indra.

Sungguh! Dia langsung tidak mengerti dengan ketuanya ini!

Apa salah dia sampai di suruh keluar dari menyertai misi ini?

"Jaga percakapan kamu Indra!" Tegur Tuan Shah Effendy keras.

Matanya tajam menikam wajah Indra yang dilihat serba tidak kena itu.

"Kalau tuan nak suruh saya jaga percakapan saya... Baik tuan bagi tahu apa yang sebenarnya terjadi..."

Tuan Shah Effendy masih lagi mendiamkan diri.

Dari riak wajahnya...

Sepertinya dia berat mahu memberitahu rahsia itu kepada Indra.

Ya... Dia berat mahu memberitahu kerana ini melibatkan reputasi kerjaya Indra dan juga kehidupan anggotanya ini...

Pada mulanya, dia juga sukar untuk mempercayai bila mendapat tahu berita ini dari team Inspektor Arie. Berita itu disampaikan oleh Arie sehari sebelum soal siasat Milan dan Dendry di jalankan.

Tapi berita ini juga dapat di kesan oleh salah satu anggota nya di markas... Dan ternyata itu memang benar...

Sukar untuk dia menerima ini... Tapi apakan daya... Memang itu dah kenyataannya...

Tapi dia terpaksa juga memberitahu...

Dia tidak mahu yang benda ini Indra akan dapat tahu dari orang lain...

"Kenapa Tuan diam? Kenapa tuan perlukan keluarkan saya dari misi ini? Apa alasannya?" Desak Indra.

"Bagitahu saya tuan... Apa alasan nya?"

Tuan Shah Effendy mengeluh keras sebelum laci meja di buka. Fail berwarna hitam di capai dan terus diletakkan di hadapan Indra yang berdiri di sedang berdiri hadapannya.

"Kamu akan tahu kena saya perlu keluarkan awak dari misi ini..."

Terburu - buru Indra mencapai fail hitam itu.

Perasaan ingin tahu telah melebihi segala - galanya saat ini.

Isi kandungan fail hitam itu diselak satu persatu.

Semakin lama dia membaca, semakin tidak keruan hatinya...

Sehinggalah anak matanya tertancap pada sehelai kertas bertanda sebuah hospital terkemuka dan di selit tiga keping gambar...

Gambar dirinya, Saran... Dan juga... Seorang lelaki pertengahan awal 50 - an yang tidak dikenali....

Gambar Saran?

Apa kaitannya Saran dengan semua ini?

Sehelai kertas yang bertanda hospital tadi dibaca semula...

Tidak berkelip matanya saat membaca butiran yang dinyatakan oleh pihak hospital itu...

Fail hitam berada di tangan melorot jatuh kebawah.

Tidak beriak langsung wajah Indra saat mengetahui apa yang terkandung dalam fail hitam tersebut.

"Apa semua ni Tuan... Apa semua ni?" Tanya Indra.

Nada suara nya sudah mula berubah keras. Dan juga berubah getar. Menahan perasaan mungkin.

"Indra..."

Tuan Shah Effendy ingin bersuara tetapi pantas di potong oleh Indra.

"NO... Saya nak dengar dari mulut tuan sendiri... Benda ni tak betulkan..." Tanya Indra tidak percaya.

Ya... Perasaan ragu - ragu masih bergayut di hatinya.

"Indra... Listen to me..."

"NO Tuan... Saya tak percaya semua ni..."

"Indra... Diam dan dengar cakap saya... Semua ni adalah benar!" Melengking suara Tuan Shah Effendy memberitahu Indra.

Bagai dihempap sebongkah batu besar di bahunya saat ini bila diberitahu oleh ketuanya itu.

Ya... Dia harus menerima kenyataan...

Kenyataan yang sangat menyakitkan.

" Maaf kan saya tuan... Saya perlu pergi dari sini..." Ujar Indra sebelum berlalu pergi dari bilik ketuanya tanpa berpamitan.

Bukan dia berkurang ajar tapi...

Kenyataan yang baru sahaja dia ketahui sungguh menyentak hatinya saat ini.

"Indra!!"

Panggilan pegawai atasannya langsung tidak dihiraukan.

Kepala sudah merangka rancangan...

Destinasi nya sekarang adalah tempat Saran!

Perseteruan sudah bermula... Kita tengok macam mana keadaan Indra dan Saran nanti...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience