DENDRY TERSENYUM melihat adiknya yang sedang menyuap bubur ke mulutnya.
"Abang Den nak makan lagi ke?" Tamya Milan lembut.
Pantas Dendry menggeleng kepala tanda tidak mahu.
Milan mengerti.
Mangkuk bubur yang masih tersisa sedikit bubur di letakkan dia atas meja. Gelas berisi air putih di suakan ke mulut abangnya.
"Abang Den boleh minum sendrilah..." Tolak Dendry lembut.
Tapi Milan buat keras kepala.
Di jegil matanya pada Dendry sehinggakan lelaki itu tertawa kecil dengan aksi nya.
Dendry mengikut sahaja.
Dendry susah selesai minum.
Milan meletakkan gelas yang masih lagi berisi sedikit air putih di atas meja.
Pillbox berisi ubat - ubatan milik abangnya di capai dan di buka.
Berkerut muka Dendry melihat Milan menyuakan ubat ke arahnya.
Bukan satu... Tapi 4 biji kesemuanya...
"Ha... Jangan nak berkerut sangat macam tu... Nah! Makan ubat ni!" Arah Milan.
Hendak tak hendak, Dendry mengangakan juga mulutnya. Air putih kembali disua ke arah mulut abangnya.
Sekali lagi muka Dendry berkerut bila ubat melepasi tekaknya. Pahit gila!
Kalau bukan pahit, itu bukan ubat namanya, Ngok!
Patutlah ngok! Baru sedar dari koma rupanya!
Menggeleng kepala Milan dengan telatah abangnya itu yang langsung tak berubah. Masih lagi takut dengan ubat. Sama aje macam perangai Indra!
Indra?
Dah kenapa dia boleh teringat dekat mamat berlagak tu pulak?
Dia nak pergi mana pun, lantak dialah... Bukan masalah dia pun..
Hai Milan!
Lain macam nampak! Rindu ke?
Rindu?
Eeuuu!!!
Tak kuasa aku nak rindu dekat mamat panas baran tu!
"Adik... Esok ada orang datang sini..." Suara Dendry memecah lamunan Milan.
"HAH? Ada orang datang... Siapa bang?"
"Team penyiasat..." Ujar Dendry.
Kepalanya automatik statik memandang ke arah abang nya saat mendengar ayat Dendry tadi.
"Apa? Team penyiasat?"
Dendry mengangguk perlahan.
"Abang Den..." Seru Milan.
Tangan abangnya di capai.
"Iyan nak tanya abang Den satu benda boleh tak..."
"Boleh... Apa dia?"
Milan menghembuskan nafasnya sebelum bersuara.
"Abang Den yakin ke ynag abang Den boleh jelaskan semuanya nanti dekat team penyiasat esok?"
"Kenapa Iyan tanya macam tu?"
Dahi Dendry sudah berkerut seribu.
"Tak... Iyan tak nak... Nanti akan memberi kesan dekat kesihatan abang Den... Iyan takut... Iyan takut..." Ujar Milan.
Wajahnya sudah berubah merah menahan tangis.
"Hei... Pandang abang Iyan... Pandang abang..." Kedua - dua bahu adiknya di bawa menghadap dirinya.
"Percayalah... Abang Den akan okay... Doktor dah sahkan yang abang Den bebas dari kecederaan otak... Dah hampir dua bulan abang sedar... Otak abang Den masih berfungsi dengan baik..."
Tangan adiknya di genggam erat.
"Lagipun, abang Den buat semua ni untuk daddy dan ibu... Kalau bukan kita... Siapa lagi yang nak bela kematian mereka Iyan..." Ujar Dendry. Nada suaranya juga mula berubah.
Milan sudah mula menangis.
"Abang Den janji... Selepas sahaja semua ni selesai... Kita mulakan hidup baru ya dik... Jauh dari tempat ni... " Dendry mengikat janji.
Milan mengangguk faham sebelum tubuh abangnya di dakap erat.
Ini sahaja ahli keluarganya yang ada sekarang...
Ketukan di luar pintu bilik mengejutkan mereka dua beradik yang hanyut dalam kesedihan.
Pantas Milan meleraikan dakapan nya.
Air mata yang mengalir di pipi di sapu bersih. Begitu juga dengan Dendry.
"Maaf kalau saya menganggu..." Ujar Billy dengan nada serba salah.
Rasa bersalah bergayut di hati bila dirinya seakan mengganggu perbicaraan dari hati ke hati antara dua beradik ini.
"Eh, takde lah... Mana ada menganggu..." Cepat - cepat Dendry menjawab.
"Saya datang nak jumpa Milan... Alang - alang dia dah ada dekat sini dengan Encik Dendry... Boleh lah saya bercakap sekali gus..."
Wajah Dendry mula berkerut kembali.
"Ada apa tuan?"
"Kamu berdua kenal ke diari ni?" Soal Billy.
Dia menayang kan diari hitam dihadapan Dendry dan Milan.
Membulat mata kedua - duanya.
"Dairi ibu!!" Jerit kedua nya serentak.
"Dari mana abang Billy dapat diari tu?" Soal Milan dengan nada kurang senang.
Billy hanya tersenyum sinis sahaja.
"Boleh kmau jelaskan pada saya sekarang, Milan?"
Share this novel