MILAN baru sampai di perhentian bas.
Jenuh juga dia nak sampai ke perhentian bas ini. Nasib baik dia pakai jalan pintas tadi. Tu yang sampai awal ke sini.
Patutlah si Indra tadi cari tak jumpa! Guna shortcut rupanya!
Dia melabuhkan punggung di atas kerusi panjang yang terdapat di perhentian bas itu. Matanya melilau melihat sekeliling. Ada seorang lelaki dan seorang perempuan berada di situ. Mungkin tunggu bas sama macam dirinya!
Eh! Mestilah tunggu bas! Kalau tunggu orang ambik... Takde maknanya diorang nak tunggu dekat situ!
Otak pun tiba - tiba buat hal! Siap perli tuan sendiri lagi!
Pon!! Pon!!
Tersentak Milan bila sebuah kereta yang berada betul - betul berhenti di hadapannya membunyikan hon.
Milan mengerling ke arah kereta berwarna silver itu. Dia menatap lama kereta itu. Macam kenal!
Berubah wajahnya bila empunya tuan kereta silver itu keluar dari kenderaan yang di pandunya.
Indra?
Apa yang mamat kerek ni baut dekat sini?
"Masuk kereta..."
Dua patah perkataan keluar dari mulut lelaki ini cukup membuatkan Milan mendengus geram.
"Tak nak... Awak balik lah... Saya boleh balik sendiri..." Ujar Milan dengan wajah selamba.
Wajah tegang Indra di pandang acuh tak acuh sahaja.
Indra yang mendengar jawapan selamba Milan tadi sudah mula rasa sakit hati.
Tanpa bertangguh, kakinya laju melangkah menuju ke arah Milan yang sedang enak duduk bersandar di dinding perhentian bas itu.
Pantas tangan kecil gadis itu di tarik kasar sehingga kan gadis itu terdorong ke depan.
"Eh! Apa ni Dra? Sakitlah!!" Marah Milan bila pergelangan tangannya di tarik kasar. Main tarik - tarik orang! Ingat dia ni apa? Tunggul kayu?
"Masuk kereta aku cakap..."
"Eh... Saya cakap saya tak nak... Saya tak naklah... Tak reti bahasa ke..." Rengus Milan.
Sedaya upaya dia cuba untuk lolos dari genggaman Indra tetapi langsung tak berjaya. Genggaman tangan lelaki ini terlalu kuat.
"Kau ni memang degil eh..." Ujar Indra dengan suara bergetar menahan marah.
Pada masa yang sama, matanya sempat dikerling ke arah kereta hitam yang mengekori Milan sejak dari tadi masih lagi tersadai tidak jauh dari kawasan perhentian bas.
"Eh... Siapa yang degil... Awak ke saya? Kan saya cakap... Saya tak nak balik dengan awak... Saya nak naik bas... Jadi dipersilakan balik..." Halau Milan selamba.
Huih! Selamba badak aje budak ni menghalau Indra!
Mata Indra makin mengecil menahan geram. Gigi diketap kuat.
Geram dengan perangai degil Milan yang tak bertempat. Geram lagi Man Botak!
Member tengah susah nak pujuk budak tak makan saman ni... Boleh pulak dia bantai gelak kan Indra! Memang nak kena si Man Botak ni karang!
Sakit telinga nya mendengar hilai tawa si Man Botak ini!
Hesh! Man Botak ni! Dah lama hidup agaknya!
Tanpa banyak pilihan, tubuh kecil gadis itu diangkat lalu di gendong menuju ke kereta.
Terjerit kecil Milan dengan tindakan luar kawalan si Indra ini!
"Indra!! Apa awak buat ni?? Lepaskan sayalah!!" Jerit Milan.
Indra buat bodoh aje dengan jeritan Milan. Itulah siapa suruh degil sangat! Ini aje cara yang ada!
Pintu kereta di buka lalu tubuh kecil gadis itu dihempas kuat ke tempat duduk penumpang.
"Kau jangan cuba nak lari... Kalau kau cuba... Lebih dari ni aku akan buat..." Ugut Indra sebelum menghempas pintu kereta dengan kasar.
Nafas di hembus kuat!
Fuh! Settle masalah!
Dia berlalu menuju ke bahagian penumpang.
Wajah cemberut Milan di sebelah dibiarkan saja. Malas nak layan perangai tak cukup umur budak ni! Orang nak selamatkan dia... Boleh pulak buat hal!
Eh! Tapi kan... Milan tu memang tak cukup umur pun! Umur pun baru nak masuk 19 tahun!
Alah!! Apa - apa ajelah!!
Kereta terus bergerak keluar dari kawasan perhentian bas itu menuju ke jalan raya.
Billy vs Amelya 2.0.. Tapi ni versi kasar skit
Share this novel