IMBAS KEMBALI...
SEHARI SEBELUM INDRA BERLEPAS...
Billy memarkir kenderaannya betul - betul di hadapan Indra yang sedang berdiri tegak menunggu dirinya.
Ini merupakan perjumpaan kedua Indra dan Billy di atas bukit ini.
Ingatkan perjumpaan pertama dulu adalah perjumpaan terakhir mereka.
Tidak! Itu masih tidak berakhir lagi!
Indra masih memerlukan Billy untuk melakukan sesuatu yang telah dia rancangkan.
"Ada apa kau nak jumpa aku?" Dingin Billy bertanya. Dia masih terasa lagi dengan ucapan Indra pada dirinya ketika perjumpaan pertama dulu.
Indra hanya tersenyum sinis mendengar nada dingin dari sahabatnya ini.
"Sebelum aku pergi... Ada sesuatu aku nak kau lakukan untuk aku..."
Tersentak Billy saat mendengar ayat yang di ucapkan oleh Indra itu.
Tubuh nya pantas di paling menghadap Indra yang sedang tersenyum manis kepadanya.
"Kau cakap apa ni Dra?"
Indra tidak menjawab. Poket jaket hitam nya di seluk. Sebuah telefon pintar di hulurkan pada sahabatnya.
"Aku nak kau lakukan sesuatu dekat handphone ni... Aku dah pasang penjejak... Kau cuma check dan semak aje keberadaan aku dan diorang..." Indra mengarah matanya ke arah Saran dan Larry yang sedang enak bersandar di kereta yang tidak jauh dari mereka berdiri.
Billy juga turut mengarah kan matanya memandang ke arah yang di pandang oleh Indra itu.
Membesar matanya melihat figura lelaki yang sangat di kenali.
"Itu bukan Saran kan?" Soal Billy.
Indra menggangguk perlahan.
"Dia yang banyak tolong aku Billy... Dan sekarang... Aku perlukan bantuan kau... Handphone ni..." Telefon pintar itu diletakkan ke dalam tangan Billy.
"Kau tolong jejak aku melalui handphone ni... Hanya ini sahaja cara untuk kita tahu keberadaan Lau Pan sekarang..."
Bukan dia tahu yang Lau Pan melakukan pelbagai cara agar tempat persembunyian nya tidak diserbu oleh pihak berkuasa.
"Tapi macam mana kau..." Tak jadi Billy menghabiskan ayatnya bila Indra sudah memotong.
"Aku akan masuk ke sana..."
"HAH?? Masuk kedalam sana? Kau dah gila ke Dra?" Hampir melantun suara Billy saat itu.
Indra mahu masuk ke sana?
Dah gila ke apa Indra ni?
Tak tahu ke yang tempat yang dia pergi itu adalah sarang penjenayah yang paling dikehendaki? Penjenayah yang lebih teruk dan jahat dari Rayyan dulu?
" Aku serius Bill! Aku akan masuk ke sana..." Indra menyatakan pendiriannya.
"Kau jangan buat gila Dra... Kau tau tak... Tempat tu bahaya Dra... Bahaya... Kalau kau masuk ke sana... Kau tak keluar hidup - hidup Dra..." Billy berusaha memujuk Indra supaya mengubah keputusannya.
"Billy... Dengar cakap aku... Aku kena pergi juga masuk ke sana... Kau tau tak... Orang yang aku sayang jadi tawanan dekat sana... Aku tak nak rasai kehilangan lagi... Cukuplah aku hilang ibu, sahabat - sahabat aku... Aku tak nak hilang dia pulak Billy..." Ujar Indra dengan suara yang mendayu.
" Kau tolong aku Billy... Aku harus tamatkan semua ni... Aku tak nak orang sekeliling aku menderita lagi gara - gara bedebah tu!" Pinta Indra penuh mengharap.
Nak tak nak, akhirnya Billy bersetuju dengan cadangan Indra walaupun hatinya sangat khuatir dengan keselamatan sahabatnya itu.
Share this novel