GETARAN DI TELEFON PINTARNYA membuatkan Indra berkalih.
Telefon pintar yang terletak di atas meja di capai.
Saran yang kebetulan baru masuk bersama Larry dengan tangan masing - masing penuh dengan plastik makanan turut memandang ke arah Indra.
Dahi Indra berkerut bila melihat nombor yang tidak di kenali naik di skrin telefon pintarnya.
Ikon hijau di leret perlahan walaupun hatinya masih curiga dengan nombor itu.
Telefon pintar di lekap ke cuping telinga.
"Hello..."
"Indra..."
Meleret suara garau di talian sebelah memanggil dirinya.
"Siapa ni?" Soal Indra.
"Haih... Bapa sendiri nak sapa pun kena tanya jugak ke?" Sinis sekali soalan yang diajukan oleh orang ditalian sebelah ini.
"Bapa?" Bisik Indra perlahan.
Bapa? Siapa yang bahasa diri bapa ni?
Tiba - tiba otaknya teringat akan sesuatu.
Membesar matanya saat mengetahui siapa orang yang bersuara di talian sebelah.
"Kau nak apa hah?" Melengking suara Indra.
"Haih... Tak sopan sungguh kau bercakap dengan bapa kau... Mak kau tak pernah ajar ke supaya hormat orang yang lebih tua..." Lelaki di talian sebelah pula berderam marah.
"Orang macam kau ni tak layan dihormati tau tak... Lagi satu... Jangan kau berani sebut pasal ibu aku... Aku tak rela nama ibu aku keluar dari mulut busuk kau tu, Edry!" Marah Indra.
Edry atau nama gelarannya Lau Pan hanya tergelak sahaja.
Langsung tidak terkesan dengan amarah Indra kepada dirinya.
Ya... Lelaki yang berada di talian sebelah adalah Lau Pan. Tahu dah kan kenapa Indra marah sangat tadi.
" Sikap panas baran sama macam aku Indra... Kau memang anak aku Indra!"
"Aku bukan anak kau lah setan!"
"Oh ya... Kalau aku ni setan... Kau lagi setan dari aku!"
"Apa yang kau mengarut ni?" Tengking Indra. Sukar dia mahu mengawal kemarahan nya saat ini. Lebih - lebih lagi bercakap dengan orang yang bertanggungjawab dalam kematian ibunya. Lau Pan!
Saran yang melihat dari pintu sudah mula tidak sedap hati.
Dari cara kemarahan yang di hambur kan oleh Indra melalui telefon membuatkan hatinya semakin tidak enak. Dia ingin mendekat tapi pantas di halang oleh Larry.
Larry menggeleng kan kepala supaya tidak perlu ikut campur dalam perbualan Indra.
Melihat ketegangan Indra saat itu, dia yakin. Bakal ada pergaduhan lagi jika mereka ikut campur nanti.
Nanti tak pasal - pasal terlerai gigi mereka kena penumbuk Indra!
Jadi nya, lebih baik mereka mendiamkan diri di belakang sahaja.
"Aku ada satu permainan nak main dengan kau... Kau nak main tak?"
"Apa yang kau mengarut ni Edry?"
Pelik hatinya bila Lau Pan tiba - tiba mengajukan permainan.
"Permainan ni macam langgar dan lari... Macam kita lawan orang tu... Kita akan larikan diri..."
"Apa maksud kau ni?" Hati Indra membisikkan sesuatu yang tidak enak.
"Aku dengar... Kau ada kawan kan... Kawan yang sehidup dan semati... Kawan yang sentiasa bersama dengan kau... Tapi... Kalau diorang mati... Kau hidup... Adil ke macam tu?"
"Apa yang kau cuba buat ni hah?" Hati Indra mula cemas.
Satu persatu wajah sahabatnya terpapar di fikiran. Dan juga Milan!
"Aku dengar... Diorang akan bertolak balik ke rumah perlindungan pagi ni... Kalau kau sempat selamatkan diorang... Jadinya kau memang terbaik... Kalau tak... Kau memang setan dari aku! Itu aje yang aku nak cakap... Jadi..."
"Have a nice Day!!"
Gelak Lau Pan sebelum talian di matikan.
"Hello!! Hello!!" Panggil Indra berkali -kali.
Hatinya mula mula tidak keruan.
"Sial!!" Maki Indra.
Dia teringat akan rakan - rakannya.
Dia harus selamatkan mereka.
"Apa dah jadi ni?" Soal Saran melihat sudah pun berada di luar tempat persembunyian mereka.
"Aku kena selamatkan geng aku!" Beritahu Indra.
"Selamatkan geng kau? Kenapa dengan diorang?"
"Lau Pan!"
"Daddy? Kenapa dengan dia?" Tersentak Saran saat mendengar nama Lau Pan terpacul keluar dari mulut Indra.
"Dia nak jahanam kan geng aku!"
"HAH??"
"Apa??"
Saran dan Larry bersuara serentak.
Aduh... Kesian betul sahabat Indra.. Jahat betul lau pan...
Share this novel