SEMPADAN MALAYSIA - INDONESIA
PUSAT KARTEL DADAH DAERAH A
BUKK!! BUKK!!
Berkali - kali penumbuknya hinggap di wajah Lau Pan setelah lelaki itu berjaya di jatuhkan tadi.
Mata nya bersinar besar ketika menumbuk wajah Lau Pan.
Bayangan jenazah ibunya ketika di bilik mayat membuat darahnya kembali panas.
Bertalu - talu muka Lau Pan ditumbuknya.
Bersembur darah keluar dari mulut Lau Pan.
Milan yang melihat kelakuan Indra yang semakin agresif itu pantas berlari ke arah lelaki itu.
Sedaya upaya belakang tubuh Indra ditarik dengan harapan lelaki itu menghentikan tingkah gila nya.
"Abang In... Sudah abang In... Jangan pukul lagi!" Halang Milan bersama esak tangisnya. Belakang tubuh Indra di dakap erat.
Indra menghentikan tingkah gila nya bila tubuh kecil Milan mendakap erat belakang tubuhnya.
"Sudah abang In... Jangan pukul lagi..." Ulang Milan.
Indra melepaskan Lau Pan yang sudah lunyai di bantainya.
Dia berpaling menghadap Milan dan terus tubuh gadis itu dibawa kembali ke dalam dakapan nya.
Esak tangis Milan makin kuat kedengaran. Kali ini, lebih nyaring pula.
"Dah sayang... Abang In ada... Abang In ada..." Indra memujuk seperti tadi. Dahi Milan di kucup perlahan sebelum dieratkan lagi dakapan nya pada Milan.
Milan tidak bersuara.
Esak tangis nya masih lagi kedengaran di celah dada bidang Indra.
Indra membawa tubuh lemah Milan untuk pergi dari situ walaupun dirinya sendiri kelelahan ketika bertarung dengan Araiti dan Lau Pan tadi.
"Indra!! Milan!! "
Jerit Saran entah muncul dari mana.
Indra tersentak bila namanya dengan nama Milan di jerit nyaring oleh Saran.
Matanya di picing ke arah Saran yang berlari laju ke arahnya dan Milan.
Terasa melayang tubuhnya dan tubuh Milan bila ditolak secara kasar oleh adiknya itu.
Pada masa itulah, bunyi tembakan kedengaran.
Bang!!
Peluru itu meluncur laju dan,
Zapp!!
Terus mengenai bahu Saran.
Gedebuk!!
Ketiga - tiga nya terus tergolek jatuh kembali di atas tanah.
"ARGHH!!" Saran mengerang kesakitan bila bahu nya ditembusi oleh peluru dari senjata api yang digunakan oleh Benji untuk menembak Indra.
Oo.. Orang yang mahu menembak Indra adalah Benji!
Entah macam mana Benji terlepas dari kawalan pihak berkuasa di dalam bangunan. Alih - alih sekarang, dia berada di belakang bangunan tersebut.
Berdecit kegeraman dia bila target yang di usyar terlepas.
Law dengan anggota yang lain yang baru sampai disitu pantas meluru ke arah Indra masih lagi tergolek bersama dengan yang lain.
Law pantas mendekati Indra. Mata Hayrren pula meliar melihat sekitar kawasan tersebut. Matanya menangkap susuk tubuh seseorang yang terlindung balik dinding. Matanya dipicing lagi.
Dia tersenyum sinis. Tidak syak lagi. Itu adalah susuk tubuh Benji yang berjaya melarikan diri tadi. Benji yang menyedari dirinya sudah diperhati oleh salah satu anggota keselamatan pantas mengacukan senjata ke arah Hayrren. Tetapi Hayrren lagi cekap.
Belum sempat si Benji mahu menarik picu, dia dulu mengacukan senjata nya ke arah Benji.
Bunyi tembakan dari senjata api yang kedap bunyi kedengaran.
Zapp!!
Peluru dari senjata itu terus mengenai dada lehernya.
Krokk!! Krok!!
Kedengaran bunyi suara Benji sebelum dia jatuh terlentang ke belakang.
Dia mati serta merta di situ!
Bunyi tembakan kedengaran lagi!
Aduh! Beberapa banyak lah bunyi tembakan ni!
Dia pantas berpaling ke belakang.
Kelihatan tubuh Indra sedang terhuyung hayang sambil menahan darah yang mula membuak keluar dari pinggangnya.
"Indra!!"
Share this novel