HAMPIR SEBULAN, Melati masih tidak jemu - jemu untuk bertandang ke rumah anaknya. Kadang - kadang dia masak dan membersihkan rumah anaknya itu.
Pada mulanya, Indra melarang keras tapi lama kelamaan dia membiarkan. Malas dia mahu menegah lagi. Kalau menegah pun, pasti wanita itu akan terpacak juga di hadapan pagar rumahnya.
PETANG ITU, dia sengaja pulang ke rumah nya setelah meminta izin dari pegawai bertugas. Sebagai anggota tentera yang belum berkahwin, mereka diwajibkan untuk menginap di markas tentera. Tapi hari ini, hatinya terdetik mahu pulang ke rumah.
Dan sekarang, dia sudah terpacak di hadapan rumah nya dengan menaiki Y15 miliknya. Dia mana ada kereta. Malas mahu beli padahal dia lebih dari mampu untuk membeli sebuah kereta. Nak pergi mana - mana, mesti kereta Billy atau kereta Man Botak akan dipinjam. Dia lebih selesa bawa motosikal.
Dilihat pintu grill nya di buka. Dia agak, mesti Melati ada di dalam rumah. Tapi dibiarkan. Pintu rumah dibuka.
Dia terkejut bila kelibat Milan menyapa matanya.
"Kau buat apa dekat sini..." Soal Indra.
Beg galas di letakkan pada sofa. Segala barang di dalam rumah ini sudah di lengkapi. Helmet di letak di atas meja.
"Tak nampak ke apa yang saya tengah buat ni..." Sarkasik Milan menjawab. Makanan yang baru siap di masak dihidang atas meja.
Mendengus Indra mendengar jawapan Milan.
Kerek gila minah ni! Tak padan dengan pendek! Kerek bukan main! Meluat dia!
"Dia mana?" Soalnya lagi.
Matanya meliar memandang ke kiri kanan mencari kelibat 'dia' yang di maksudkan.
"Ibu... Bukan 'dia'..." Perbetul Milan.
"Apa -apa ajelah..."
"Ibu takde... Dia tak sihat... Dia suruh saya datang sini tolong kemas rumah awak..." Beritahu Milan.
Panggilan dia pada Indra juga tetap dengan 'awak - saya' bukannya 'abang' yang selalu di ajar oleh Melati pada dirinya.
Malas dia mahu panggil mamat ni dengan panggilan tu! Sedang kan dia sendiri pun tak hormat Melati, buat apa dia nak terhegeh - hegeh tunjuk rasa hormat pada Indra?
"Kalau ibu kau tak sihat... Tak payah datang sini... Kemas semua benda ni... Pergi ajelah jaga dia..." Ada nada kerisauan di dalam percakapan nya. Tapi demi ego, kerisauan itu di usir pergi.
"Dah ibu suruh saya datang sini... Saya datang ajelah..." Tukas Milan. Kini dia berada di singki lalu segala perkakas yang diguna tadi di cuci bersih.
Indra membuka jaket yang di pakai lalu disangkut pada kerusi meja makan. Dia melangkah menuju ke arah Milan.
" Lepas makan... Aku hantar kau balik... " Ujar Indra.
"Eh... Tak payah... Saya boleh balik sendiri..." Cepat - cepat Milan menghalang.
"Jangan nak mengada... Dekat sini payah nak ada transport..." Keras Indra bersuara. Matanya sudah mencerlung tajam pada Milan.
Nak tak nak, arahan Indra harus di ikuti walaupun hati nya membantah keras.
BIBIR PUCAT Melati tersenyum manis bila melihat Milan di hantar oleh Indra.
"Ya Tuhan Bu... Pergilah rehat..." Sebaik sahaja turun dari motor, dia bergegas menuju ke arah grill pintu rumah yang sudah di buka oleh Melati dari dalam.
"Takpe... Ibu masih kuat lagi..." Sangkal Melati.
"Kan Iyan cakap Iyan ada kunci spare... Iyan boleh buka sendiri pintu..." Bebel Milan.
Tubuh lemah Melati di pimpin menuju ke sofa. Kelibat susuk tubuh Indra mengekori dari belakang dibiarkan. Biarlah lelaki itu melayan diri sendiri. Tak kuasa dia mahu menjemput masuk. Tak bagi masuk pun, kaki panjang lelaki itu sudah pun selamat masuk ke dalam rumah.
Yang penting adalah Melati saat ini.
"Pergilah buat air untuk abang Indra... Dia kan first time datang rumah kita..." Arah Melati perlahan. Matanya lembut memandang ke arah Indra yang sudah pun melabuhkan punggung di atas sofa hitam.
Milan membuat muka. Arahan Melati tetap di ikut juga. Perlahan langkahnya di bawa menuju ke dapur.
" Terima kasih sebab tolong hantarkan Milan..." Ucap Melati.
Indra hanya diam membatu sahaja. Matanya meliar melihat sekeliling rumah rumah ibunya ini.
"Indra..." Melati bersuara.
Indra tidak menjawab. Tapi cuping telinganya di pasang untuk mendengar apa yang mahu di ucapkan oleh wanita ini.
"Ibu nak minta sesuatu dengan Indra boleh..."
Dia tahu Indra tidak menjawab sahutannya tetapi dia tahu telinga anaknya itu sedia mahu mendengar apa yang mahu dikatakan.
"Kalau ibu dah takde nanti... Ibu minta sangat dekat Indra untuk jaga Milan macam adik Indra sendiri... Boleh?"
Berkerut dahi Indra mendengar permintaan wanita itu.
"Kenapa pulak? Ada yang tak kena dengan Puan ke?"
"Tolong ya Indra... Jaga Milan seperti adik Indra sendiri... Itu saja permintaan ibu..." Pinta Melati bersungguh - sungguh. Wajah nya penuh mengharap.
Entahlah, sejak dua tiga hari ini, hatinya seperti merasa kan ada sesuatu yang akan terjadi nanti.
"Ibu... Apa maksud ibu ni..."
Suara Milan dari belakang mematikan perbualan mereka. Wajah gadis itu sudah merah padam. Matanya Milan menikam wajah Indra yang kebetulan memandang dirinya.
Apa maksud ibu ni?
Kenapa dirinya perlu berada dalam jagaan Indra sedangkan dia sudah Melati yang sudah dianggap seperti ibu kandung sendiri?
Share this novel