3 TAHUN KEMUDIAN...
INDRA meletakkan bunga berwarna putih di atas makam ibunya. Kemudian, tiga kuntum bunga yang berwarna sama turut di letakkan di atas makam seseorang yang bersebelahan ibunya.
Di tenung lama kubur itu.
SARANNATI EDRY
LAHIR :19.08.1996
MENINGGAL DUNIA : 20.09.2022
Dia mengeluh keras.
Dia menyangka yang permintaan Saran 3 tahun lepas adalah permintaan terakhir sebelum lelaki itu di jumpai tidak sedarkan diri di dalam sel penjara.
Saran di bawa ke hospital dan doktor mengesahkan yang adiknya itu telah di jangkitan kuman.
Jangkitan kuman di sahkan melalui luka dari bahunya yang masih belum sembuh sepenuhnya.
Hampir 2 minggu juga Saran bertarung nyawa di wad ICU sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Menitis air matanya bila memikirkan orang yang rapat dengan dirinya sudah pergi ke negeri abadi.
"Ibu, Saran... Dra pergi dulu... Nanti... Kalau ada masa... Dra akan lawat kalian berdua lagi..." Ujar Indra sebelum mengusap pusara kedua - duanya.
Air mata yang menitis di wajah di kesat laju.
Wajah mendiang Melati dan juga Saran ditenung sebelum dia berlalu pergi dari situ.
DIA MEMANDU keluar dari kawasan tanah perkuburan itu sebelum kenderaan nya di bawa menyelusuri jalan raya.
Kereta nya kemudian di belok menuju ke arah bukit yang selalu menjadi tempat nya melepaskan lelah dan juga tekanan yang dialami.
Tempat favourite Billy sudah menjadi tempat favourite nya pula.
Billy pun dah jarang sangat nak healing dekat sini sejak dah ada dua anak ni.
Oh ya! Lupa nak bagitau!
Amelya selamat melahirkan seorang bayi lelaki tahun lepas. Dan diberi nama Ethan Zen...
Kenderaan di letakkan di bawah bukit.
Kakinya di bawa melangkah perlahan mendaki bukit.
Langkahnya di terhenti di tengah - tengah sambil matanya melihat paranorama yang kelihatan indah sekali.
Walaupun sudah 3 tahun berlalu, tempat ini masih sama lagi.
Hatinya kelihatan tenang bila angin petang menyapa wajahnya. Dia memejam mata sambil menikmati angin petang.
Sedang menikmati angin petang, tiba - tiba wajah seseorang terbias di fikirannya.
Matanya yang terpejam tadi terbuka semula bila otaknya tiba - tiba teringat akan orang itu.
Dia menghela nafas sambil berfikir.
Sudah 3 tahun berlalu...
Adakah orang itu masih mengingati dirinya walaupun sudah lama tidak berhubung...
Arghh!!
Malas dia mahu memikirkan perihal orang itu...
Kalau ingat itu ingatlah...
Kalau tak... Biarkan ajelah...
Buat serabut aje kepala otak nya...
Dia kembali menikmati angin petang...
Share this novel