BAB 7 Part 1

Action Completed 18091

"MILAN... PERGI... JANGAN PEDULIKAN DADDY..." Arah daddy Milan, Mr. Joseph bila dilihat anaknya semakin menghampiri dirinya.

"No... Daddy kena pergi dengan Milan..." Tangis Milan.

Tubuh tegap daddy nya sedaya upaya di bangunkan untuk di papah keluar dari amukan api yang semakin marak.

"No Milan... Milan pergi selamatkan diri... Jangan pedulikan daddy... Go Milan... Go..." Tegas Mr. Joseph mengarah.

Sesekali dahinya berkerut bila luka tembakan di perutnya kembali menyengat.

"Daddy..." Perut daddynya disentuh. Cecair pekat melekat kuat pada tapak tangannya.

Ya Tuhan... Darah!

"Daddy cedera ni... Milan bawak keluar daddy dari sini..." Tubuh berat Mr. Joseph sedaya upaya cuba di bawa keluar dari situ.

"No Milan... Listen to me... Selamatkan diri Milan... Jangan pedulikan daddy lagi... Pergi Milan... Pergi!!" Tubuh anaknya di tolak keluar dari kawasan yang sudah marak di makan api

Milan jatuh tersungkur tidak jauh dari kawasan di mana dia dan daddy nya berada tadi.

Serasa tubuhnya di tarik keluar menjauhi kawasan tersebut.

Ya... Orang ramai yang berada di situ menarik keluar tubuhnya kawasan yang mula marak dengan api.

Tidak lama kemudian,

Dumm!!

Rumah banglo yang di diami oleh mereka berdua meletup akibat dari api yang marak sudah menyambar ke arah meter utama rumah banglo itu.

"Daddy!!!"

Milan menjerit nyaring.

"DADDY!!"

Jerit Milan lalu bingkas bangun. Wajahnya sudah dibasahi peluh. Nafasnya turun naik.

Serentak itu juga, pintu biliknya dibuka dari luar. Terjegul wajah cemas Melati dibalik pintu. Wanita itu bergegas menghampiri katil gadis itu.

Ternyata jeritannya tadi telah mengejutkan Melati yang kebetulan lalu di hadapan biliknya.

"Iyan... Kenapa ni... Milan tak ada apa - apa ke..." Tanya Melati lalu di labuhkan punggungnya di sisi Milan kelihatan masih lagi mamai.

"Tak ada apa bu... Iyan okay..." Dalih Milan. Wajahnya di raup kasar. Matanya di larikan dari menatap wajah Melati yang sudah penuh dengan persoalan dari tadi.

"Betul ni..." Melati bertanya lagi meminta kepastian.

Milan mengangguk perlahan. Tidak mahu Melati bimbang kan akan dirinya.

"Baiklah... Kalau Iyan cakap macam tu... Iyan baring..." Tubuh Milan di baringkan semula. Tubuh gadis itu turut di selimut sampai paras dada.

Bila dia mahu melangkah mahu menutup suis lampu, lengannya pantas dipaut Milan. Dia pantas menoleh semula ke arah wajah Milan yang kelihatan seperti cuak dan takut.

"Bu... Boleh tak ibu teman kan Iyan dekat sini... Iyan rasa nak tidur dengan ibu lah..." Pinta Milan. Lengannya Melati masih lagi berada dalam tautannya. Wajahnya penuh mengharap.

Melati tersenyum manis bersama anggukannya.

Tak salah lagi persoalan yang bersarang di kepalanya tadi. Milan sedang alami mimpi buruk!

" Jangan tutup suis lampu Bu... " Cepat - cepat Milan menegah. Mimpi yang dialami tadi memberi kesan pada lenanya walaupun dia bukan lah seseorang yang takut akan keadaan gelap.

Melati hanya menuruti.

Dia pantas panjat katil dan terus membaringkan tubuhnya disisi Milan.

" Dah tidur... Ibu ada okay... Iyan tak payah rasa takut lagi..." Bisik Melati perlahan. Tangannya menepuk tubuh si gadis seperti mendodoikan sahaja lagaknya.

Bisikan Melati hanya sepintas lalu sahaja di cuping telinganya.

Matanya dipejam rapat.

Tanpa sedar, lenanya kembali dijemput.

Mimpi yang menghantui nya tadi seperti angin lalu sahaja.

Tapi dia tidak menyedari, mimpi yang dialami itu tadi memberi gambaran akan sesuatu.

Sesuatu yang akan terjadi pada mereka...

Sesuatu yang akan mengubah hidup mereka...

Mendiang Mr. Joseph sudah memberi amaran pada anaknya lewat mimpi...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience