LANGKAH INDRA TERHENTI BILA satu kereta berwarna hitam menghalang laluannya.
Pintu kereta itu dibuka dari dalam.
"Masuk!!" Arah suara keras dari dalam kereta.
Indra mengintai empunya suara yang mengarahnya masuk ke dalam kenderaan itu.
Terpacul wajah tegang Saran di dalam kenderaan hitam tersebut.
"Masuk atau kau akan di menyesal nanti!" Arah Saran lagi.
Nak tak nak, Indra masuk ke dalam jua walaupun hatinya masih curiga dengan percakapan Saran itu tadi.
TERGAMAM INDRA melihat rumah kedai lama tempat nya menyembunyikan diri hangus di jilat api.
Matanya liar memerhati para petugas dari pelbagai agensi bertungkus lumus memadam api yang masih lagi marak di sekitar rumah kedai itu.
Dia yang sudah berkira - kira mahu keluar dari kereta terhenti bila tangan Saran menghalang tindakannya.
"Kenapa kau halang aku? Aku nak turun lah tengok!" Ujar Indra sebelum menepis tangan Saran yang menghalang dirinya.
Tapi Saran tetap dengan tingkahnya.
"Tak boleh! Bahaya kalau kau keluar sekarang!" Halang Saran bersama gelengan.
"Bahaya apa kebendanya? Tepi lah... Aku nak turun!" Indra berdegil mahu turun dari keluar tapi Saran juga turut begitu. Masih berdegil menghalang tindakan abangnya ini.
"Kau pandang depan Indra... Dan kau bukak mata kau!" Arah Saran sambil tangannya menunjuk ke hadapan.
Indra menuruti arahan Saran itu.
Matanya di fokus kan kembali ke arah kejadian di hadapan mereka.
"Kau rasa... Kau boleh ke pergi sana tanpa ada wak sangka dari petugas yang ada dekat situ?"
Indra diam.
Matanya mengarah ke arah beberapa orang petugas membawa keluar mayat yang ditutupi kain putih dari dalam menggunakan pengusung.
Madam Ling! Ah Long!
Bisik Indra di dalam hati.
" Kau tengok... Beberapa banyak polis ada dekat situ? " Bicara Saran lagi.
Mata Indra meliar melihat ke sudut lain pula.
Kelihatan Inspektor Arie dan beberapa orang bawahan nya sedang memeriksa sesuatu.
Mayat yang dibawa keluar dari dalam rumah tadi telah dibawa oleh pihak polis.
" Buat masa sekarang... Kau duduk dengan aku dan Larry dulu... Keadaan sekarang semakin genting..."
Indra tidak menjawab.
Melihat kebisuan Indra, Saran mengisyaratkan Larry untuk pergi dari situ.
Larry akur dan kenderaan yang membawa mereka terus keluar dari kawasan tersebut.
Mereka tidak menyedari yang sebuah kereta berwarna biru gelap turut berada disitu.
Mungkin lebih lama dari mereka.
Anak mata si pemandu tajam memandang ke arah lokasi kejadian kebakaran.
Tersungging senyuman sinis di balik penutup mulut yang di pakai.
Handphone di capai.
Nombor seseorang di dail.
Tutt... Tutt... Tutt...
Tidak lama kemudian, panggilan bersambung.
"Kerja dah selesai Lau Pan..."
Share this novel