"CIK... CIK KENA REHAT... Cik tak boleh keluar dari bilik ni..." Halang jururawat bertugas kepada Milan.
Sedar saja dari pengsan, gadis itu mengamuk dan membuat kecoh. Segala peralatan dan jarum yang berada di tangan di cabut kasar. Membuak darah keluar dari bekas jarum yang di cabut tadi.
" Saya nak cari ibu saya..." Milan bersuara.
Kakinya pantas di turunkan dari katil.
"Cik... Jangan turun cik..." Halang jururawat itu lagi. Tangan pantas memegang tubuh Milan tetapi sepantas itu juga gadis itu menepis kasar.
Dia sudah mula berjalan ke arah pintu bilik walaupun dalam keadaan huyung hayang. Kepalanya yang berbalut itu terasa berdenyut kuat tetapi di gagah juga untuk mencari Melati.
"Cik..." Jururawat masih lagi mencuba memujuk tetapi langsung tak dihiraukan oleh Milan. Dia menapak juga ke arah pintu.
Jururawat yang bertugas itu pantas menekan punat merah di sisi katil. Pesakit yang semakin agresif itu tidak mampu di lawan oleh dia seorang.
Pintu bilik dibuka.
Kepalanya terus melanggar sesuatu yang keras dan berotot di hadapan pintu.
"Aduh..." Dia mengaduh kesakitan. Kepalanya yang berdenyut tadi semakin sakit bila terlanggar 'benda' di hadapan pintu ini.
Dia mendongak kepala memandang ke atas.
"Ke tepi... Saya nak keluar..." Halau Milan bila menyedari orang yang di langgar tadi adalah Indra.
"Kau nak pergi mana hah? Kau bukan sihat sangat pun..." Suara garau Indra menegur.
Keadaan Milan yang kusut itu membuatkan dia curiga sehinggalah matanya melihat darah yang menitik dari bekas tusukan jarum di tangan Milan.
"Maafkan saya encik... Cik ni... Dia tak nak baring dekat katil dia... Segala peralatan dia cabut... Puas saya pujuk... Dia tetap berdegil juga... " Adu jururawat bertugas yang muncul dari belakang Milan.
"Kau cuba buat apa ni Milan?" Tekan Indra.
"Saya tak buat apa - apa... Tepi lah... Saya nak keluar... Saya nak cari ibu..." Tubuh Indra sedaya upaya di tolak tetapi langsung tak berjaya. Indra mengeraskan tubuhnya ditengah - tengah pintu bilik bagi menghalang langkah gadis ini.
"Aku kata ke tepi lah... Kau sibuk apehal... Aku nak cari ibu..." Marah Milan lagi. Panggilan nya juga sudah berubah kasar.
Tanpa amaran, tubuh Milan dipeluk lalu di heret menuju ke arah katil.
"Hei! Apa kau buat ni Indra? Lepaskan akulah... Aku nak cari ibu..." Pekik Milan.
Dia meronta - ronta mahu melepaskan diri dari dakapan Indra tidak langsung tidak berjaya. Malah dikejapkan lagi adalah.
Indra buat pekak. Tubuh pendek dan kecil si gadis mudah sahaja di angkat dan di letakkan di atas katil.
Tidak lama doktor yang merawat Milan sampai.
"Ada apa ni?" Doktor yang merawat bertanya.
"Dia semakin agresif doc... Mujur ada encik ni tolong halang dia keluar dari bilik ni..." Jururawat memberitahu.
"Kau lepaskan akulah Indra... Aku nak cari ibu... Tolonglah..." Jerit Milan. Tingkahnya tak ubah seperti orang kurang siuman. Tangan kecil nya menumbuk lengan Indra yang memegang erat bahunya. Tetapi langsung tak memberi kesan pada lelaki itu. Indra tetap dengan wajah tegangnya.
Doktor memberi suntikan ubat penenang pada Milan agar Milan tidak agresif lagi.
Ubat penenang memberi kesan pada Milan. Tindakan agresif Milan mulai kendur sedikit demi sedikit dan akhirnya dia terkulai tidak sedarkan diri.
"Encik... Sila tunggu di luar dulu..." Pinta jururawat yang seorang lagi pada Indra.
Indra hanya mengangguk lalu terus keluar dari bilik itu. Biarlah selebih nya pihak doktor dan jururawat yang bertugas mengurus Milan.
INDRA DIPANGGIL OLEH pihak polis yang mengendalikan kes Melati dan Milan.
Inspektor Arie - pegawai polis yang bertanggunggjawab dalam kes ini dan dia juga merupakan sahabat Indra dan Billy sewaktu zaman kolej dulu.
Oh ya! Inspektor Arie ni juga yang turut serta dalam kes Amelya dengan Billy dulu!
"Ada banyak kemungkinan yang berlaku dalam kes ni..." Ujar Inspektor Arie.
Ketika ini Indra dan Billy sudah pun berada di balai polis. Sementara Milan pula dijaga oleh Amelya.
"Kemungkinan? Apa maksud kau?"
"Kau tengok ni..." Fail hitam di aju pada Indra dan Billy.
"Cara pembunuhan dan kematian si mati ni sama macam cara pembunuhan dan kematian tragis seorang profesor kimia enam bulan lalu..." Terang Inspektor Arie lagi.
"Kejap... Kejap... Apa nama profesor tu..." Tanya Indra. Dia seperti teringat akan sesuatu. Begitu juga dengan Billy!
"Mr. Joseph..."
Otaknya kembali teringat akan slaid yang dipaparkan oleh ketua mereka pada mesyuarat yang mereka hadiri bulan lepas.
"Dra... Kau okay ke?" Soal Inspektor Arie pada Indra bila di lihat riak rakannya seakan berubah bila nama Mr. Joseph meniti di bibir nya.
"Ha... Aku okay... Teruskan..." Indra mendehem membuang rasa canggung yang membelit hati.
"Menurut laporan forensik, cara pembunuhan yang dilakukan bukan calang - calang orang... Pembunuhan dilakukan orang yang profesional dalam bab ni... Dan selebihnya masih dalam siasatan lagi..." Putus Inspektor Arie.
"Okay... Itu sahaja untuk hari ni... Kalau ada apa - apa info lagi nanti... Pihak kami akan hubungi pihak korang semula..."
Billy dan Indra hanya mengangguk sahaja.
"Oklah... Kitorang gerak dulu... Apa - apa hal... Roger terus..." Billy bingkas bangun dari tempat duduknya diikuti Indra.
Inspektor Arie mengangguk bersama senyuman. Mereka berjabat tangan sebelum beredar dari situ.
Belum sempat mereka melangkah keluar dari bilik Inspektor Arie ini, suara lelaki itu menyapa gegendang telinga mereka berdua.
"Boleh aku tahu... Siapa si mati pada kau Dra... Sebab aku tengok kau begitu ambil serius kes ni..." Soal Inspektor Arie. Dia bukan seorang kaki penyibuk dan kaki membawang. Tetapi kelakuan dan tingkah Indra menceritakan segala - galanya. Hal tersebut telah menaruh syak wasangka dalam hati dia.
Indra menghela nafas perlahan dan menjawab pertanyaan rakannya.
" Dia adalah orang yang aku sayang sangat... Malah orang yang sangat penting dalam hidup aku..." Usai berkata, dia terus keluar dari pejabat rakannya dengan diikuti oleh Billy.
Itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Indra saat ini.
Selebihnya, biarlah menjadi rahsia antara dia dan mendiang ibunya. Tak perlu orang lain tahu...
Itu janjinya...
Share this novel