BILLY, LAW, MAN BOTAK SERTA ahli keluarga yang lain mula mengeluh keletihan.
Para tetamu yang diundang dalam majlis itu tadi sudah mula beransur pulang.
Sekarang ni, mereka hanya menunggu ketibaan Indra dan Milan sahaja.
Wajah - wajah masing - masing sudah mula gelisah. Termasuk juga abang Milan, Dendry!
Dia baru sampai beberapa minit dari Indra membawa Milan pergi tadi.
Keresahan mereka mula beransur hilang bila mata mereka menangkap silauan lampu kereta dari luar pagar.
Kesemuanya bingkas bangun dari tempat duduk masing - masing.
Dari kejauhan, kelihatan Milan dan Indra sedang berjalan beriringan menuju ke arah perkarangan rumah banglo milik keluarga Billy.
Kesemuanya tidak sabar menunggu kedatangan Indra dan Milan ke arah mereka.
Berubah terkejut wajah kedua - dua nya melihat pandangan tajam dari kesemuanya yang berada di situ.
"Dah kenapa korang ni pandang kitorang macam tu?" Soal Indra tidak selesa.
"Kau bawa anak dara orang pergi mana tadi sampai sekarang baru balik?" Soal Billy dengan wajah serius.
Indra dan Milan sudah mula berpandangan tidak mengerti.
"Aku mana ada bawa pergi mana pun... Aku Just nak cakap something dengan dia aje..." Jawab Indra tergagap - gagap.
Arggh! Shit! Kenapa dia boleh tergagap - gagap pula ni!
"Haaa... Tengok tu... Tergagap - gagap bagitau bila orang tanya... Milan... Dia ada buat benda tak senonoh tak dekat Milan?" Billy menyoal lagaknya seorang abang.
Padahal, abang kandung Milan pula hanya buat tak tahu sahaja. Masuk air lagi adalah!
"Mana ada! Abang In tak buat apa - apa pun dekat Milan..." Cepat - cepat Milan menjawab.
"Weh! Kau ni dah kenapa? Abang dia sendiri pun steady aje... Kau pula yang lebih - lebih..." Gerutu Indra tidak puas hati.
"Aku wakilkan Dendry tau tak..." Wajah Dendry yang bersahaja di kerling sekilas.
Dikenyit mata ke arah Dendry tanda mahu mengenakan Indra hampir selesai. Dendry membalas dengan mengedip matanya.
Tapi isyarat itu pantas di tangkap oleh Indra.
"Ooo... Kau main tipu erk..." Indra mula menderam.
"Jap Dra..."
Alahai! Boleh kantoi pulak!
Cekap betullah mamat hati beku ni dapat tangkap!
Melihat peluang yang ada, kesempatan itu di ambil oleh Billy untuk melarikan diri dari Indra.
"Woi! Kau nak pergi mana tu?" Indra sudah mula mengatur langkah mengejar Billy.
Man Botak dan Law tidak terkecuali!
Mereka turut serta dalam aksi kejar mengejar itu!
Riuh suasana di situ dengan gelak ketawa dari mereka yang melihat keempat - empat sahabat itu yang masih lagi melakukan aksi kejar mengejar.
Ya... Akhirnya... Cinta Milan dan Indra bersatu kembali... Walaupun banyak dugaan dan rintangan yang dilalui...
Share this novel