SEMPADAN MALAYSIA - INDONESIA...
PENGKALAN KARTEL DADAH DAERAH A
"ARGHH!!" Jerit Lau Pan.
Segala barang yang berada di atas meja di buang sesuka hati.
Sakit hatinya bila di beritahu yang operasinya di Malaysia dapat di patahkan oleh pihak berkuasa.
Bukan satu...
Tapi serata tempat yang menjalankan operasi 'DADAH BIDADARI' nya di serbu oleh pihak berkuasa.
"Tak guna!!!" Maki Lau Pan.
Anak - anak buahnya yang berada di sekitar ditumbuk dan terajang sesuka hati bagi melampiaskan amarahnya.
Menggelupur kesakitan kesemuanya saat menerima penangan padu dari bos mereka ini.
Manakala Benji, si pembawa berita tadi hanya menunduk kan kepalanya sahaja melihat amukan ketuanya.
Ooo... Si tukang beritahu tadi adalah Benji rupanya...
Kenapa tak bagi sedas aje si bendi ni!
Macam si Saran bagi hari tu...
Macam best aje!
"Dah! Aku tak nak tengok muka korang lagi dekat sini! Berambus!!" Pekik Lau Pan.
Kesemuanya pantas bangun dan terus mencicit lari keluar dari ruang bilik bos mereka ini.
"Kau pun sama Benji... Keluar!" Giliran Benji pula di halaunya. Padahal oenag kanan dia tu! Tapi dihalau juga. Padan muka!
Benji hanya menggangguk perlahan sebelum dia berlalu keluar dari situ.
Meninggalkan Lau Pan sendirian di dalam biliknya.
"Baik... Kau main kotor dengan aku... Kau tak tahu lagi kemampuan aku macam mana..." Ujar Lau Pan bersama senyuman sinisnya.
Laci di buka.
Telefon pakai buang di ambil...
Nombor seseorang di dail...
Tuttt!! Tutt!! Tuttt!!!
Talian sebelah masih berdering sebelum,
" Hapuskan semuanya... "
Satu arahan dari nya membuat kan pemanggil di talian sebelah mengerti sebelum talian di matikan.
Telefon pakai buang di letakkan semula di dalam laci.
"Kau nak main kasar dengan aku kan... Kau tunggu... Macam rasanya bila kau kehilangan segalanya..." Bisik Lau Pan perlahan.
Matanya kembali ke menatap lautan luas di balik jendela biliknya.
Dia menarik nafas sebelum tersenyum sinis...
Ya... Nampaknya...
Perseteruan sudah bermula...
Bersiap sedia lah semuanya....
Share this novel