Bab 48 Part 1

Action Completed 18091

SEMPADAN MALAYSIA - INDONESIA

PUSAT KARTEL DADAH DAERAH A

"Kau ingat aku akan serah macam tu aje budak perempuan tu dekat kau... No!... Ada sesuatu yang perlu kau buat untuk aku... Kalau tak... Budak ni dengan diorang dekat belakang tu akan mati!"

Serentak itu juga leher Saran dan Larry diacu pisau oleh konco - konco Lau Pan. Milan pula telah di acukan senjata api oleh Araiti.

Wajah Indra mula berubah cemas melihat ketiga - tiga manusia itu telah di acukan senjata.

" Cepat pilih! Kau nak diorang ni mati ke atau terima tawaran aku?" Lau Pan mula tawar menawar.

Mata Indra mula menatap tajam Milan yang kelihatan sedang menahan tangis akibat diacu pistol Araiti.

Sementara di belakang pula, leher Saran dan Larry makin di benam kan dengan bilah pisau yang tajam berkilat.

" Cepat buat pilihan..." Desak Lau Pan.

"Dra... Jangan Dra... Itu cuma perangkap Dra..." Bantah Saran keras.

Indra mula memikir.

Wajah tiga orang yang berada di sekitar nya dipandang silih berganti.

Lama dia berfikir, akhirnya dia menyetujui juga tawaran yang di buat oleh Lau Pan asalkan Milan dan yang lain selamat.

" Baiklah... Aku setuju..."

"Indra!!!" Pekik Saran tidak percaya.

"Aku terpaksa Saran... Kalau aku degil... Korang kan mati..." Ujar Indra bersama wajah yang mula kerisauan. Wajah Saran di pandang sekilas.

Saran mendengus geram.

Dia tidak percaya dengan Indra ini. Mudah sahaja lelaki itu menyetujui apa yang ditawari oleh Lau Pan.

"Aku dah setuju... Sekarang... Aku nak kau serahkan Milan pada aku..." Pinta Indra.

"Okay..."

Lau Pan mengisyaratkan lagi kepada Benji untuk menyuruh Araiti membawa Milan kemari.

Benji menurut.

Dia keluar dari ruang itu untuk membawa Milan masuk ke dalam ruangan tersebut.

Tidak lama kemudian, tubuh Milan diheret masuk lalu di tolak kasar menghadap Indra.

Hampir tersungkur tubuh Milan diatas lantai tetapi pantas disambut oleh Indra.

Demi sahaja melihat wajah Indra di hadapan matanya, terus dipeluk erat tubuh lelaki itu bersama tangisan yang kuat.

"Husshh... Jangan menangis... Abang In ada dekat sini... Abang In ada... " Pujuk Indra pada Milan.

"Woo... Romeo dan Juliet sudah bertemu..." Ujar Lau Pan sambil bertepuk tangan dengan riang.

"Kau memang anak aku... Anak yang selalu di kelilingi perempuan! Bravo! Bravo!"

Indra yang mendengar itu pantas meleraikan pelukan Milan pada dirinya.

Milan disuruh berdiri di belakangnya.

Pada masa itulah, si ketua yang mula - mula memprovok Indra semasa di jeti tadi masuk dengan keadaan tergesa - gesa.

" Lau Pan!! Lau Pan!!" Teriaknya.

"Ada apa ni? Kenapa masuk macam tu aje?" Melengking suara Benji melihat orang bawahannya dengan sewenang - wenangnya menceroboh ke dalam ruangannya ini.

"Tempat kita... Tempat kita..." Tersekat - sekat si ketua mahu bersuara. Nafasnya turun naik menahan mengah.

"Tempat kita? Tempat kita kenapa?" Soal Benji lagi.

"Tempat kita kena kepung dengan pihak berkuasa!!"

"HAH?"

"Apa??"

Jom smbung Part 2

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience