"NAH..."
Muk berisi air milo di hulur kepada Melati. Melati menyambut sambil tersenyum manis.
"Bu... Iyan nak tanya sesuatu dekat ibu boleh tak?" Milan menyoal setelah melabuhkan punggung di sisi wanita itu.
"Ya... Iyan nak tanya apa?" Air milo di hirup perlahan.
"Sampai bila ibu nak kena hadap muka Indra tu... Kalau dia tak nak terima ibu... Ibu tak payahlah jumpa dia lagi..." Ujar Milan risau. Risau dengan keselamatan Melati bila dekat dengan Indra.
Hatinya terdetik geram dengan perlakuan Indra pada wanita ini. Dia tidak mahu hati Melati terluka gara - gara sikap Indra yang tidak matang itu.
" Kenapa Iyan cakap macam tu... " Milan pula di soal semula. Muk diletakkan di atas meja kopi.
"Tak... Bukan apa... Ibu tengok hari tu... Dia sampai sanggup nak ligan kita dengan kayu besbol..." Geram hatinya bila di ingat kejadian tersebut.
"Tapi kita selamat kan..." Balas Melati lembut. Dijeling gadis remaja ini dengan pandangan lembut.
Milan, gadis ini bukan lah siapa - siapa pada dirinya. Hidupnya terumbang - ambing. Tapi atas belas ehsan dari Mr. Joseph, babah Milan hidup nya kembali bersinar. Dan Milan kini dijaga seperti anaknya sendiri atas amanat terakhir Mr. Joseph sebelum lelaki itu meninggal dunia.
Atas saranan lelaki itu jugalah, dia nekad mencari Indra walaupun dia tahu kesudahan nya seperti apa nanti.
"Tapi bu..." Milan tidak jadi untuk menghabiskan ayat nya bila Melati pantas memotong percakapan nya.
"Milan... Please jangan cakap lagi benda ni... Mula - mula saja Indra tidak suka ibu... Tapi lama - lama nanti, percayalah, dia akan terima balik diri ibu..." Tulus Melati mengucapkan.
Tangan Milan dicapai lembut.
"Lagi satu... Tak baik tau panggilan dia dengan panggilan nama... Mulai hari ini, ibu nak Iyan panggil Indra dengan panggilan abang okay..."
Bibirnya hampir dicebik bila Melati menyuruh nya untuk menukar panggilan Indra ke panggilan yang lebih sopan.
Sopan?
Layak ke nak bersopan santun dengan lelaki macam Indra tu... Sombong, dingin dan angkuh... Semua pakej tu ada dekat mamat arrogant yang sorang ni.. Mentang - mentanglah anggota tentera berpangkat... Berlagak bukan main... Kutuk Milan. Tapi dia kutuk dalam hati aje.
Malas nak kutuk depan Melati. Karang tak pasal - pasal terasa hati pula wanita ini gara - gara dia mengata anak lelakinya itu.
"Boleh ya Iyan?" Pinta Melati penuh mengharap.
Nak tak nak, Milan terpaksa mengangguk jua walaupun hatinya tidak rela. Kasihan pada Melati yang masih mengharap kemaafan dari anaknya.
Hmm... Moga terbuka pintu hati Indra untuk memaafkan ibunya...
Share this novel