IMBAS KEMBALI...
MEREKA DUA BERADIK memerhati rumah banglo milik Mr. Joseph itu dari dalam kereta yang di parking agak jauh.
Cerita adiknya berkenaan kenderaan ynag selalu keluar masuk rumah daddy mereka ini membuat kan dia memikirkan akan sesuatu.
Sekilas fail yang mengandungi sesuatu yang terpasang tidak sengaja di komputer riba milik Mr. Joseph suatu ketika dulu kembali menerjah ingatannya.
Tapi dia tidak sempat melihat isi kandungan nya secara teliti kerana waktu itu Mr. Joseph tiba - tiba muncul.
Hanya sebuah organisasi sahaja yang sempat dia baca waktu itu.
Tapi tidak pasti organisasi berkaitan apa.
Dia mengerling sekilas ke arah adiknya yang khusyuk memandang ke arah rumah banglo itu.
Dari air muka adiknya pun dia sudah tahu yang gadis itu amat merindui rumah banglo tersebut.
Perasaan sedih yang mula menapak di tolak ke tepi dahulu...
Sekarang ini, dia harus memikirkan sesuatu...
"Iyan... Abang masuk dalam dulu... Nak jumpa daddy..."
"Hah? Abang Den dah gila ke?"
Terkejut Milan mendengar ujaran abangnya.
"Abang Den kena masuk jugak... Kita kena siasat apa yang daddy dah buat dekat dalam sana..." Dendry masih lagi dengan saranan nya.
"Abang Den... Abang Den tahu tak apa yang abang Den cuba buat ni? Kalau daddy tahu... Masak kita nanti..." Halang Milan.
Dia cuba sedaya upaya untuk halang abangnya dari bertemu empat mata dengan daddy mereka.
Bukan dia tidak tahu yang perhubungan antara Dendry dan Mr. Joseph kurang baik.
Buatnya si Dendry ni bertengkar dengan Mr. Joseph nanti, haru jadinya.
Menyesal pula rasanya bagitau abangnya tentang kegusarannya tadi.
"NO... Abang Den kena masuk jugak... Milan kalau nampak ada benda yang mencurigakan... Cepat - cepat call abang Den okay..." Usai berkata, Dendry terus keluar dari perut kereta dan terus melangkah laju menuju ke arah banglo.
Panggilan adiknya langsung tidak di hiraukan.
Rasa ingin tahu yang membuak di dada menyebabkan dia tekad untuk masuk ke dalam rumah banglo ini dan ingin bertemu empat mata dengan Mr. Joseph.
Alahai... Si Dendry pun degil ya amat
Share this novel