SEMINGGU KEMUDIAN...
KUMPULAN yang diketuai Billy kembali semula untuk menyelesaikan misi yang tertangguh.
Kali ini, mereka tidak akan tinggal diam.
Cukuplah penjenayah kejam itu telah meragut dua nyawa anggota kumpulan mereka serta menyebabkan seorang lagi anggota kumpulan terbaring kaku di hospital.
MARKAS MEREKA di kunjungi oleh pasukan komando dari kem lain.
Alangkah terkejut nya Billy melihat kemunculan Hayrren bersama rakan -rakan di markas mereka.
"Herry..." Sapa Billy riang sebelum dia melangkah merapati Hayrren yang sedang tersenyum manis kepadanya.
Ya... Hayrren adalah sahabat dia dan Indra semasa mereka bersama - sama menjalani latihan asas tentera dahulu...
Mereka bertiga... Eh silap... EL seorang lagi... Mereka berempat berpisah setelah selesai menjalani latihan...
"Korang buat apa dekat sini?" Soal Billy dengan nada pelik.
Peliklah... Sebab Hayrren and the gang tiba - tiba muncul di sini.
"Kitorang di tugaskan oleh ketua kami untuk membantu korang dalam operasi kali ni... Kitorang dah tahu apa yang terjadi pada team korang sekarang... Jadi... Pagawai atasan korang meminta bantuan dari team kami untuk bantu korang dalam misi ini..." Jelas Hayrren.
"Ya... Saya yang bertanggungjawab menghubungi ketua unit mereka untuk bersama - sama membantu team kamu dalam misi ini..." Muncul Tuan Shah Effendy bersama Tuan Lukaman, pegawai atasan dari team Hayrren.
"Tuan!" Mereka semua bingkas bangun dan menabik hormat pada ketua mereka.
SUASANA di markas sungguh sibuk sekali.
Selepas kemunculan team Hayrren, team dari Inspektor Arie pula muncul.
Walaupun ada di antara team mereka yang gugur ketika berbalas tembakan tempoh hari, tetapi team Inspektor Arie yang masih tinggal tetap meneruskan misi ini.
Fuh! Misi ini betul - betul mencabar!
Lebih mencabar dari kes Amelya dan juga kes Lunanita!
"Kami dah buat semakan di serata tempat... Tapi... Tempat persembunyian Lau Pan dan sekutunya tidak kami jumpa..." Salah seorang team Hayrren yang mahir dalam pemetaan memberitahu.
"Segala tempat yang dikenal pasti sebagai tempat yang 'hangat' dalam penjualan dadah jenis ini telah kami tandakan..." Team Billy pula mengalihkan alih bersuara.
"Kami dah periksa log panggilan dari serbuan yang kami buat di rumah pelacuran tempoh hari... Tapi... Panggilan disekat... Dan tidak dapat diakses..."
Mengeluh kecewa mereka semua saat mendengar berita itu.
Segala macam cara yang mereka telah lakukan termasuk informan mereka... Tapi... Jawapannya tetap sama... Tidak di jumpai!
" Saya ada sesuatu mahu diberitahu kepada yang ada di sini... "Billy bersuara setelah agak lama mendiamkan diri tadi.
Semua yang ada disitu terus fokus pada Billy.
Billy menarik nafas dan menghembus kasar. Sebuah telefon pintar di serahkan pada salah seorang anggota yang sedang menghadap komputer.
" Alex... Tolong jejak peranti yang berada dalam telefon ni..." Arah Billy pada anggota yang bernama Alex itu.
"Baik Tuan..." Alex menyambut telefon pintar itu dna diletakkan di hadapan nya.
Wayar USB di cucuk ke telefon pintar lalu disambung terus ke komputer.
Tidak lama kemudian, terpapar sebuah peta dan tanda penjejak yang berwarna merah turut terpapar di skrin komputer tersebut.
"Penjejak ni kamu pasang dekat siapa Billy?" Soal Tuan Shah Effendy.
Matanya sudah tajam memandang ke arah Billy.
"Maafkan saya tuan kerana mengingkari arahan tuan... Penjejak tu saya pasang ke Indra tuan... Dan dia sekarang... Dalam perjalanan menuju ke tempat persembunyian Lau Pan..." Beritahu Billy tanpa berselindung.
"Apa??"
Bergema bilik mesyuarat itu dengan suara nyaring Tuan Shah Effendy.
Ada special cameo di dlam bab ini... Hayrren and the geng dari HUJAN MALAM ITU...
Share this novel