BAB 40

Action Completed 18091

KEDATANGAN INSPEKTOR ARIE bersama anggotanya ke markas menbuatkan hati Billy tidak enak.

Malah kedatangan anggota polis itu yang kelihatan tergesa - gesa menambah lagi rasa curiga di hati.

Bukan dia seorang sahaja...

Sahabatnya yang lain juga berperasaan yang sama dengan dirinya...

"APA?"

Hampir melengking suara Billy saat mendengar penerangan dari mulut pegawai atasannya.

"Indra akan di tahan sebab di syaki terlibat dalam kebakaran rumah kedai lama semalam?" Soal Billy bersama rasa tidak percaya.

Kesialan apakah ini?

Tuan Shah Effendy tidak menjawab. Dia lebih selesa mendiamkan diri.

"Kalau betul dia dekat situ malam tu... Mana buktinya..." Billy bersuara lagi.

Kali ini dia mahukan bukti!

Bukti yang mengatakan Indra berada di rumah kedai lama itu... Malam sebelum kejadian kebakaran terjadi...

Tuan Shah Effendy membuka laci meja.

Sampul surat berwarna kuning di ambil lalu di tolak ke arah Billy.

Billy pantas mencapai sampul surat tersebut.

Beberapa helai kertas yang berada di dalam di tarik keluar.

Hampir tak bernafas dia saat melihat salah satu kertas yang memaparkan kad tentera Indra dan juga beberapa barang lain yang di yakini milik Indra.

"Tak mungkin Tuan... Tak mungkin..."

Kertas dan sampul itu di letakkan di atas meja semula.

"Saya tahu... Tapi prosedur pihak polis kita kena ikut juga... Mereka dah pun keluar kan waran untuk menahan Indra sekarang..." Hampir tak terucap Tuan Shah Effendy saat ini.

"Tapi tuan tahukan yang Indra tak bersalah dalam hal ni... Tak mungkin dia lakukan semua ni..."

"Saya tahu Billy... Tapi ini hanya lah penahanan sahaja... Pihak polis hanya mahu keterangan Indra sahaja sekarang... Sebab... Indra adalah orang terakhir di lihat sebelum kejadian kebakaran terjadi..." Ujar Tuan Shah Effendy panjang lebar.

Billy sudah tidak mampu berkata apa lagi...

Dia menonong keluar dari pejabat ketuanya setelah memberi tabik hormat pada ketuanya itu.

Hatinya masih tidak percaya apa telah berlaku pada diri sahabatnya itu.

Misinya sekarang adalah ingin mencari keberadaan Indra!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience