Part 2

Action Completed 18091

AMELYA MERENUNG wajah Milan yang kembali terlena itu.

Matanya mengerling ke arah kedua - dua belah gadis itu yang sudah di balut gara - gara amukannya beberapa jam yang lalu.

Sekarang mereka berada di hospital.

Kecederaan serta emosi Milan yang kurang baik memaksa mereka untuk membawa gadis itu ke hospital. Malah, Milan juga akan di rujuk ke pakar psikiatri untuk melihat tahap kesihatannya.

Wajah Milan di pandang lagi. Rambut gadis itu di usap perlahan.

Melihat Milan seperti melihat masa lalu nya dulu. Keadaan yang Milan lalui ini sekarang hampir serupa dengan apa yang di lalui nya dahulu. Malah, apa yang dilihat di dalam bilik tadi sama seperti Billy menenangkan dirinya dulu.

Dia yakin yang Milan kuat untuk menghadapinya nanti. Sama seperti dirinya...

Lamunan nya terhenti bila bahunya di sentuh dari belakang. Dia tersenyum manis. Dia tahu siapa gerangan yang menyentuh bahunya itu. Siapa lagi kalau bukan suamiya yang tercinta!

"Jom kita keluar sekejap... Ada benda penting nak bagitau ni..." Bisik Billy perlahan rapat ke telinga isterinya.

Amelya mengangguk perlahan. Dia pantas bangun dari tempat duduknya lalu mengekori langkah suaminya meninggalkan bilik yang menempatkan tubuh Milan.

" SORRY SANGAT LYA... Boleh ke kalau Lya tolong jagakan Milan..." Pinta Indra serba salah.

Kalau boleh dia tidak mahu menyusahkan Amelya dan Billy. Dia boleh jaga Milan. Tapi penggilan dari kem memaksa mereka untuk melapor diri sekarang. Kecuali Law!

Law masih lagi dalam tempoh bercuti. Jadi dia di kecuali kan!

" Alah abang In ni... Berapa kali Lya cakap... Kita dah macam satu keluarga..." Tingkah Amelya lagi.

Indra hanya tersenyum sahaja walaupun wajahnya jelas tidak selesa.

"Thank you Lya..." Ucap Indra tulus.

"Dah... Pergi cepat... Nanti lembat pulak korang sampai... Pasal Milan... Jangan risau... Lya ada..." Ujar Amelya sambil menepuk dadanya.

Indra seperti teringat akan sesuatu.

"Tapi Melyna siapa jaga?"

"Hish... Ingat kan apa tadi... Lyna ada dengan mama dekat rumah... Mama tolong jagakan Lyna sekejap... Dah... Dah... Pergi cepat..." Cepat - cepat Amelya menghalau kedua nya dari situ.

"Ya... Ya... Kitorang pergi dulu... Jaga diri..." Ujar Billy sebelum dia dan Indra menghilang di balik pintu.

Amelya terus menarik nafas lega sebaik sahaja kelibat kedua - dua lelaki itu sudah menghilang.

Payah bila ada suami dengan sahabat yang perangai lebih kurang sama!

Dia melangkah masuk semula ke dalam bilik yang menempatkan Milan.

"KITA ADA maklumat baru..." Ujar Tuan Shah Effendy.

Ketika ini, mereka yang dipilih menyertai Ops Bidadari sudah pun berada di dalam bilik mesyuarat.

"Maklumat baru... Apa dia tuan?" Soal salah seorang yang berada di sisi Man Botak.

Tuan Shah Effendy tidak menjawab.

Slaid di buka.

Terpapar wajah seorang lelaki tampan berdiri di sebelah mendiang Mr. Joseph. Wajah lelaki itu kelihatan tersenyum gembira.

"Siapa dia Tuan..."

"Ini..."

Pen berada di tangan di bulat kan pada wajah lelaki itu.

"Adalah anak lelaki mendiang Mr. Joseph..." Beritahu Tuan Shah Effendy.

"Hah? Anak? Bukan ke Mr. Joseph ada anak perempuan sahaja?" Suara - suara dari belakang mula bergema.

Tidak terkecuali juga Man Botak, Billy serta Indra. Mereka bertiga juga terkejut dengan maklumat terbaru ini.

Tuan Shah Effendy hanya tersenyum sinis sahaja. Dia sudah menjangka yang situasi akan menjadi seperti ini.

"Dengar sini semua..." Suara garau Tuan Shah Effendy mematikan suara - suara yang bingit tadi.

"Mendiang Mr. Joseph ada dua orang anak... Seorang lelaki dan seorang perempuan... Menurut sumber yang diperolehi... Anak lelaki nya ini jarang berada di Malaysia... Dia di khabarkan melanjutkan pelajaran dalam jurusan Biologi dan Kimia di universiti luar negara... Di khabarkan lagi, dia hanya pulang ke Malaysia dua hari sebelum mendiang Mr. Joseph ditemui mati dalam kebakaran enam bulan lalu... Dan selepas kebakaran itu terjadi... Anak lelakinya ini hilang secara tiba - tiba... Jejak nya langsung tak ditemui sampai sekarang... " Terang Tuan Shah Effendy panjang lebar.

"Jadi... Tugas kamu semua sekarang... Cari jejak lelaki ini di serata tempat sampai dapat... Kerana dia saksi penting dalam kes kebakaran itu... Jumpa dia... Kita akan tahu siapa adik perempuan dia... Faham semua?"

"Faham Tuan..." Jawab mereka serentak.

"Mesyuarat kita akan ditangguhkan..." Ujar Tuan Shah Effendy sebelum berlalu dari bilik mesyuarat tersebut.

Semua sudah beredar dari bilik itu. Kecuali Indra!

Wajah lelaki muda yang terpapar di slaid mengganggu fikirannya. Wajah lelaki itu seakan pernah di lihat sebelum ini. Dan seiras dengan seseorang.

Tiba - tiba otaknya teringat akan sesuatu.

Jangan... Jangan...

Jiwa nya makin resah...

Fikiran nya berkecamuk...

Dia terlepas akan sesuatu yang penting!

Milan ada abang?? Siapa nama abah Milan tu??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience