TIGA MINGGU KEMUDIAN...
"BERITA SELANJUTNYA... PIHAK BERKUASA DARI MALAYSIA YANG DI ANGGOTAI PASUKAN TENTERA SATU, PASUKAN TENTERA DUA SERTA PIHAK POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) BERJAYA MENUMPASKAN OPS DADAH BIDADARI YANG MENJALANKAN PENGOPERASIANNYA DI SEMPADAN MALAYSIA - INDONESIA... PIHAK BERKUASA MALAYSIA DENGAN KERJASAMA PIHAK BERKUASA NEGARA INDONESIA BERJAYA MENUMPASKAN KETUA SINDIKET TERSEBUT, EDRY ATAU DI KENALI DENGAN NAMA LAU PAN... LAU PAN TELAH DI TEMBAK MATI OLEH SALAH SEORANG ANGGOTA TENTERA PASUKAN SATU... MANAKALA PEMBUNUH UPAHAN YANG JUGA BEKAS TENTERA BERNAMA ADRY TURUT DI TEMUI MATI... MANAKALA ANAK KEPADA LAU PAN, SARANNATI EDRY AKAN DITAHAN BAGI MEMBANTU SIASATAN... SEHUBUNGAN ITU... PIHAK BERKUASA TELAH MENYITA KAWASAN YANG DIGUNAKAN OLEH SUSPEK UNTUK PENGHASILAN DADAH BIDADARI TERSEBUT... "
Pantas radio ditutup bila berita berkenaan operasi tiga minggu lepas selesai dibaca oleh pembaca berita.
Billy masih tenang memandu keretanya menyelusuri jalan raya. Sesekali dia menjeling orang disebelahnya. Kelihatan orang itu sedang khusyuk memandang ke bangunan - bangunan pencakar langit yang kian pesat membangun di kawasan ibu kota.
"Khusyuk betul aku tengok kau pandang bangunan - bangunan tu... Ada cadang nak beli ke?" Usik Billy pada orang sebelahnya. Orang disebelahnya hanya tertawa perlahan.
"Aku tak gila lagi lah nak beli bangunan - bangunan tu semua... Aku bukan kaya sangat pun..." Tukas orang tu dengan pantas.
Billy hanya gelak sahaja mendengar lawak hambar orang disebelahnya.
Eh! Kejap! Kejap!
Kenapa suara orang disebelah Billy ni macam familiar aje... Jangan... Jangan...
" Dra... Lepas kita pergi jumpa doktor nanti... Kita terus ambik Man Botak tau..." Ujar Billy. Indra hanya disebelah hanya mengangguk tanda mengerti.
Ya... Orang itu adalah Indra!
Dia terselamat selang beberapa minit selepas doktor mengesahkan kematiannya.
Jeritan para jururawat memanggil dirinya dari dalam bilik pembedahan membuatkan doktor itu kembali semula ke dalam.
Dan alangkah terkejutnya dia bila jantung Indra berdengup kembali. Baru tadi dia memeriksa yang jantung lelaki ini sudah berhenti dan tidak dapat di selamatkan. Tapi sekarang, jantung Indra kembali berdegup.
Kuasa Tuhan!
Siapa kita mahu menindaknya!
Kalau dia berkehendak kan begitu, maka begitulah kejadiannya!
"Man Botak dah okay ke?" Tanya Indra. Perihal Man Botak pula disentuhnya.
Syukur pada Tuhan, akhirnya Man Botak telah melepasi tahap kritikal. Dan sekarang, rakan mereka itu dalam proses penyembuhan lagi.
"Doktor sahkan dia dah okay... Cuma kena selalu pergi check up ke hospital lah..
Kau tahu kan keadaan dia dah tak sama macam dulu dah..." Ujar Billy bersama senyuman pahitnya.
Ada nada sedih di percakapannya itu.
Ya... Memang Man Botak sudah berjaya melepasi tahap kritikal. Tapi kesihatan Man Botak sudah tidak seperti dulu lagi.
Walaupun dia sudah sembuh sepenuhnya nanti. Tak bermakna dia akan kembali bertugas seperti dulu.
Keadaan jantung sudah tidak stabil akibat satu peluru yang masih tertanam di dalam badan nya. Berhampiran dengan jantungnya. Doktor tidak mahu mengambil risiko untuk mengeluarkan peluru tersebut. Ini kerana akan mengancam nyawa sahabat mereka.
Takpelah... Asalkan Man Botak sihat seperti sedia kala pun dah cukup baik untuk mereka.
Billy memberi isyarat dan terus membelok kenderaan nya memasuki simpang perkarangan hospital yang menempatkan Man Botak dan hospital Indra untuk follow up.
Kenderaan di parkir pada petak parkir yang di sediakan. Mereka berdua keluar dari perut kereta. Kedua - dua nya berjalan perlahan menuju ke bangunan hospital.
Indra di lihat berjalan perlahan sedikit. Ini kerana luka di pinggangnya masih belum sembuh sepenuhnya walau pun sudah tiga minggu berlalu. Sesekali dahinya berkerut bila rasa ngilu sesekali menyengat di pinggang.
Melihat kesukaran Indra untuk berjalan laju, Billy pantas memaut bahu sahabatnya itu.
"Meh sini... Kau tolong kau!" Tubuh sahabatnya itu di papah perlahan.
"Tak payahlah... Aku boleh aje jalan sendiri..." Bantah Indra. Naik segan dia bila ada mata - mata memandang ke arah mereka.
"Tak payah apa ke bendanya... Jalan pun macam penguin... Terkedek - kedek... Dah... Biar aku tolong kau..." Cantas Billy balik.
Indra sudah tidak terkata.
Nak tak nak, dia merelakan juga tubuh nya di papah oleh sahabatnya ini.
Dalam diam, tersungging senyuman manis Indra melihat kesungguhan Billy membantu dirinya.
Inilah baru dikatakan semangat setiakawan!
Kawan yang selalu ada di kala susah dan senang!
Haaa... Indra tak mati tau... Dia ada banyak nyawa... Hahaha... Bak kata macam watak kim do ki dalam taxi driver tu...
Share this novel