SUASANA DI perkarangan rumah banglo milik Encik Zenrith Zen riuh sekali dengan suara orang berborak dan berbual.
Hari itu merupakan hari ulang tahun perkahwinan Encik Zenrith Zen dengan Puan Meila yang ke - 38.
Pada mulanya, Puan Meila membantah cadangan anaknya itu. Dia malu dan segan bila dibuat acara semacam ini di usia dia dan suaminya yang sudah mahu memasuki usia warga emas.
Billy tidak mengalah. Di pujuk nya lagi mamanya untuk menerima cadangan nya itu.
Dan akhirnya, Puan Meila bersetuju juga mahu melakukan acara itu. Di tambah lagi anaknya mendapat sokongan penuh dari suami dan menantunya.
PENAMPILAN PUAN MEILA DAN ENCIK ZENRITH ZEN mencuri perhatian para tetamu pada malam itu.
Puan Meila kelihatan anggun mengenakan blaus labuh berwarna merah hati yang di hadiahkan oleh menantunya manakala Encik Zenrith Zen pula segak mengenakan tuxedo berwarna hitam. Pasangan itu kelihatan sungguh segak sekali.
"Dipersilakan... Pasangan kita malam ni... Pasangan sama cantik... Sama padan... Encik Zenrith Zen bersama Puan Meila berdiri di hadapan..." Pengacara majlis mempersilakan kedua - duanya untuk berdiri di hadapan para tetamu.
Sorakan dari para tetamu membuatkan wajah Puan Meila bertukar warna. Lebih - lebih lagi sorakan dari anak lelaki nya membuatkan wajah Puan Meila yang sudah merah itu bertambah merah lagi.
"Permintaan dari anak pasangan... Nak suruh babahnya nyanyi untuk mamanya..." Terbeliak mata Puan Meila saat mendengar permintaan mengarut dari anaknya. Manakala Encik Zenrith Zen pula hanya tersengih sahaja sambil mengenyit matanya pada Billy. Billy membalas bersama sengihan nakalnya.
Puan Meila sudah tidak terkata dengan perangai suami dan anaknya. Cekap betul kenakan orang!
Indra yang sedang duduk di meja makan yang agak ke belakang hanya tersenyum nipis sahaja melihat gelagat Billy mengusik babah dan mamanya.
Tak padan dengan anak dah dua orang! Bab kenakan orang nombor 1!
Seketika kemudian, kedengaran suara Encik Zenrith Zen berkumandang menyanyikan lagu kesukaan isterinya dengan muzik terhasil dari gitar yang dimainkan oleh Billy.
Wah! Tak sangka rupanya si Billy ni pandai main gitar!
Para tetamu termasuk Indra dan Man Botak yang baru selesai mengambil makanan menghayati lagu yang di nyanyikan oleh Encik Zenrith Zen khas buat isterinya.
Tepukan gemuruh dari para tetamu bila Encik Zenrith Zen selesai menyanyikan lagu nya.
Pasangan itu kemudian kembali semula ke meja yang disediakan khas untuk mereka mereka berdua.
"Oh ya! Ada permintaan dari seseorang untuk mengambar kan sesuatu melalui lukisan yang beliau ciptakan..."
Mereka yang berada di situ termasuk Billy bertungkus lumus memasang projektor lcd dan juga projektor screen ditempat yang babah dna mamanya berdiri tadi.
Hanya dia, Encik Zenrith Zen, Puan Meila serta Amelya sahaja yang mahu rancangan ini berjalan. Harap berjalan lancar lah rancangan ni!
Law, Ira dan Man Botak tidak mengetahui rancangan mereka itu.
Indra?
Lagilah tak di beritahunya!
Kalau diberitahu, agak - agak mamat muka zombi ni akan betah tak duduk dalam majlis ni?
Indra yang melihat itu mula tertanya - tanya.
"Nak buat benda pulak dengan benda alah tu?" Soal Man Botak dengan penuh makanan di mulut.
Indra hanya menjongket bahunya tidak tahu.
"Nak bentang projek kot agaknya..." Ujar Law dengan lawak bodohnya. Hanya Man Botak sahaja ketawa manakala Indra pula langsung tidak bereaksi.
Wajah beku lelaki ini hanya fokus pada pandangan di hadapan mereka sahaja.
Ayat yang di ucapkan oleh pengerusi majlis tadi terngiang - ngiang di kepalanya.
Seketika kemudian, buku lukisan seseorang terpamer di dalam slaid.
Lagu Luka nyanyian Kumpulan Madam mula bergema tapi dalam instrumen rendah serta mendayu.
Lukisan pertama dibuka.
Lukisan seorang lelaki sedang menenangkan seorang wanita yang kelihatan mengambil tekanan melampau.
Lukisan kedua di papar.
Gambaran seorang lelaki sedang menunggu dan merenung seorang wanita yang sedang terbaring di atas katil hospital.
Slaid ketiga pula dibuka.
Gambaran seorang lelaki pula sedang menikmati hidangan bersama seorang wanita sambil tersenyum.
Indra yang melihat lukisan itu mula tidak keruan.
Dia kenal orang dalam lukisan itu. Orang itu adalah dirinya dan...
Matanya kembali fokus pada lukisan yang di papar kan selanjutnya.
Kelihatan gambaran seorang lelaki mengendong tubuh seorang perempuan masuk ke dalam kereta.
Kemudian, slaid selanjutnya di buka.
Gambaran seorang perempuan sedang tersandar lemah di dinding dan di lindungi seorang lelaki dari terkena sebuah pasu bunga.
Indra mula tidak betah.
Dia merasakan yang orang itu berada disini. Matanya mula meliar mencari kelibat orang itu tetapi tidak ditemui.
Dia mula hilang fokus.
Slaid selanjutnya dibuka.
Gambaran seorang lelaki menghalang seorang wanita dari ditembak membuatkan Indra serta merta bangun dari tempat duduknya.
Tingkahnya itu membuatkan mata para tetamu tertumpu pada dirinya. Tidak terkecuali Law dan Man Botak! Mereka juga turut terkejut dengan reaksi sahabat mereka itu.
"Dra... Kau okay tak ni?" Soal Law cemas.
Indra tidak menjawab.
Kakinya mula di bawa melangkah pergi dari situ.
"Abang In..." Suara seseorang memanggil dirinya menyebabkan langkahnya terhenti.
Perlahan - lahan tubuhnya di paling menghadap ke belakang.
Hatinya mula berdengup kencang bila wajah seseorang yang dirindui muncul di hadapannya.
"Abang In... Abang In nak pergi tinggalkan Milan lagi ke?" Soal Milan bersama suara yang menahan getar.
Ya... Orang yang dimaksudkan oleh Indra tadi adalah Milan! Dan orang yang dicari Indra tadi juga adalah Milan!
Indra tidak mampu berkata apa.
Ditarik tangan Milan dan terus di bawa gadis itu buntuti langkahnya menuju ke keretanya.
"Eh! Indra!" Panggil Man Botak beria.
Dia sudah mengekori langkah Indra tetapi pantas dihalang oleh Billy.
"Biarkan mereka... Biar mereka selesaikan apa yang tertangguh selama 3 tahun ini!" Ujar Billy.
Man Botak kembali diam.
Mereka bertiga memandang kereta Indra yang sudah pun menjauh.
Jauh di sudut hati Billy, dia berharap yang Indra tidak lagi menyakiti hati Milan lagi!
Share this novel