MALAYSIA
DI SEBUAH BILIK YANG KECIL...
Dia meneliti gambar yang baru dihantar oleh Lau Pan.
Rokok yang terkepit di celah jari di bawa semula ke bibir. Batang rokok di sedut. Berkepul - kepul asap keluar dari celah hidung dan mulutnya.
Hoodie hitam masih setia membungkus sekujur tubuhnya. Hanya bahagian depan sahaja di biarkan terdedah.
Jelas kelihatan tatu naga di dada sebelah kanannya.
Ah sudah! Takkan lah si Rayyan!
Amboi! Bila ada tatu macam tu mesti ingat Rayyan!
Hesh! Bukan Rayyan aje ada tatu macam tu! Berlambak lagi orang kat luar sana ada tatu macam ni!
Lagipun, Rayyan kan masih meringkuk dalam lokap sekarang! Mana boleh keluar!
Tapi kan, tengok pada corak tatu dia tu memang lain dari yang lain!
Hmmm... Dah mula nak melalut ke tempat lain!
Tapi kan...
Siapa eh lelaki ni?
Seram pulak tengok cari dia pandang gambar tu?
Hish! Ingat korang aje seram... Author pun seram jugak!
Dengan badan berketak - ketak macam tu... Kalau di libas, mahu koma setahun!
Alah... Badan lebih kurang macam Indra aje!
Dah! Tak payah nak melalut!
Kembali ke topik asal...
Beberapa keping gambar di capai.
Gambar Indra seorang diri dan gambar Indra ketika bergambar bersama pasukannya yang segak beruniform itu di kerling tajam.
Kedua - dua gambar itu diletakkan semula di atas meja. Kemudian gambar Milan yang sedang tersenyum manis di sisi seorang lelaki tampan dan mendiang Mr. Joseph dicapai.
"Kau boleh senyum puas - puas sekarang Milan... Tak lama lagi... Riwayat kau akan aku tamatkan..." Bisik lelaki itu bersama senyuman sinisnya.
Gambar Milan itu ditenung tajam. Kalau Milan ada di depan nya saat ini, pasti gadis itu mati di kerjakan oleh nya!
Ya Tuhan... Adakah peristiwa tiga tahun dulu akak berulang kembali?
Janganlah jadi apa - apa pada gadis ini...
Selamatkan dia dari orang yang mahu melakukan kejahatan pada dirinya...
Adakah peristiwa tiga tahun dulu akan berulang kembali...
Share this novel