BAB 17

Action Completed 18091

"KAU DAH cari tahu siapa yang Milan selalu jumpa dekat pusat jagaan tu?" Soal Indra sebaik sahaja sampai di markas mereka.

Sejak dari hantar Milan ke rumah keluarga Billy tadi, bergegas dia menuju ke markas mereka untuk mengetahui perkembangan misi yang mereka jalankan ini.

Wajah asam kecut Milan tadi di biarkan saja. Tak kuasa dia nak melayan kerenah tak masuk akal gadis itu. Lebih baik dia tumpukan perhatian pada misi ini.

"Yup... Kitorang dah jumpa siapa orang tu..." Billy bersuara.

Khalid dan Nuar yang menemani nya tadi juga turut serta.

"Siapa?"

"Abang Milan..."

"Yup... Abang Milan... Dan ni..." Giliran Khalid pula bersuara.

Satu sampul besar berwarna coklat di letakkan di atas meja.

"Ni rekod perubatan yang abang Milan jalani 7 bulan lepas..." Ujar Khalid lagi.

Indra mencapai sampul surat tersebut lalu dibuka pantas.

Rekod perubatan itu dibelek satu persatu.

"Dendry Joseph..." Bisik Indra perlahan.

Matanya terpaku pada satu perkataan.

"Koma?"

"Yeah... Koma... Dia di syaki di pukul menggunakan senjata sewaktu kejadian... Tapi... Doktor yang merawat dia ketika itu hanya cas dia sebagai salah seorang mangsa dalam kebakaran itu... Sebulan dia dekat hospital... Kemudian, ibu angkat dia, Puan Melati dan adiknya Milan pindahkan dia ke pusat jagaan itu sampailah sekarang... " Khalid panjang lebar. Maklumlah, budak medik... Tu serba sikit tahu tu!

Kepala Indra terangguk - angguk mendengar penerangan dari rakannya.

"Aku dah selidik... Memang Dendry ada balik dua hari sebelum kejadian kebakaran berlaku ... Dia balik sebab nak selamatkan mendiang Mr. Joseph dari menjadi alat untuk hasil kan dadah bidadari ni... Ada pertengkaran berlaku antara Dendry dengan Mr. Joseph dalam tempoh ni... Sebelum kejadian kebakaran terjadi... " Giliran Billy pula mengambil alih untuk membentangkan bukti yang dia perolehi.

" Dan aku syak yang Dendry ni ada simpan sesuatu yang kita tak tahu... " Sambung Billy lagi.

Indra diam.

Matanya tajam memandang satu persatu bukti yang terpampang di atas meja.

Tiba - tiba dia teringat akan sesuatu.

"Oh ya... Plat kereta yang aku suruh kau cari tadi... Dah dapat ke?" Topik beralih pula kepada kenderaan yang mengekori Milan tadi.

"Aku dah cuba cari dalam rangkaian pendaftaran jabatan pengangkutan jalan... Memang tak wujud plat kereta ni dalam rangkaian jpj..."

"Maksud kau kereta klon? Gitu??"

Gila! Kereta mewah rupanya hanyalah sebuah kereta klon semata - mata!

Man Botak hanya menjungkit bahunya sahaja.

"Tapi... Aku dapat kesan masa dia lalu sekejap dekat traffic light dekat perhentian bas tempat kau gaduh dengan Milan tadi..."

Pantas Man Botak mengemas bibirnya menahan gelak. Indra yang perasan akan riak Man Botak itu pantas di tujal kuat kepala kawannya itu.

" Serius lah... Jangan nak main - main... " Marah Indra.

Sikap degil Milan dengan hilai tawa si Man Botak tadi masih melekat di kepalanya!

"Okay... Okay... Aku serius..." Ujar Man Botak padahal dalam hati jenuh nak tahan gelak.

Billy dan yang lain juga tidak terkecuali!

Mulut masing - masing mula mengembung menahan gelak.

"Ni tangkap layar yang aku dapat dari cctv dekat situ..." Gambar samar seorang lelaki memakai hoodie terpampang di skrin komputer.

Gambar itu diteliti lama. Dahinya di kerut.

Kenapa figura lelaki ini seperti pernah di lihat sebelum ini?

Man Botak ni pun kalau nak mengusik tak kira tmpat... Nasib baik boleh makan nasi lagi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience