BAB 14

Action Completed 18091

HAMPIR seminggu Milan bekerja di restoran milik Puan Meila.

Awalnya, Puan Meila membantah bila gadis itu mahu bekerja di restoran miliknya. Bukan dia tak percaya, tetapi tahap kesihatan gadis itu masih belum sihat sepenuhnya.

Bila gadis itu beria - ria memberitahu bahawa dia sudah sihat sepenuhnya, akhirnya dia mengizinkan juga.

Elok juga gadis itu bekerja di restoran miliknya. Dia memang kekurangan pekerja sekarang. Lagi satu, biarlah gadis itu berinteraksi dengan suasana baru.

Niat Milan untuk bekerja di restoran mendapat sokongan penuh dari Amelya dan yang lain. Kecuali Indra!

Lelaki itu hanya mencebik bibir sahaja saat diberitahu Milan akan bekerja di restoran.

Puan Meila hanya menggeleng kepala sahaja. Sekali imbas, teringat pula kisah Amelya dengan Billy dulu. Hampir serupa!

Jangan jadi Amelya dan Billy 2.0 sudahlah! Hahaha...

"MILAN... TOLONG AMBIK order meja no 17 ya..." Laung Amelya pada Milan.

"Okay... Baik kak..." Jawab Milan.

"Ya encik nak minum apa?" Ramah Milan bertanya sebaik sahaja sampai di meja yang di maksudkan. Di tangannya sudah sedia buku dan pen.

Kelihatan pelanggan lelaki meja itu sedang membelek menu dalam buku menu yang di hulurkan tadi.

"Kejap ya..." Lelaki itu sedang memilih.

"Okay... Bagi saya nasi ayam madu dengan Jus Tembikai..." Pesan lelaki itu.

Milan pantas menulis ke dalam buku catatannya menu yang di pesan oleh pelanggannya itu.

"Itu sahaja ke encik..."

"Yeah.. Itu sahaja..."

"Ok... Buku saya ambik dulu..." Jawab Milan sopan sebelum berlalu dari situ.

Langkah Milan di perhati oleh lelaki itu.

Ternyata, lelaki itu adalah lelaki yang meneliti gambar Indra dan Milan tempoh hari. Lelaki yang bertatu naga di dada.

Perhatian lelaki itu terganggu bila kelibat tiga orang lelaki berpakaian tentera memasuki restoran.

Dia diam - diam memerhati tingkah ketiga - tiga tentera yang sedang enak berbual sesama sendiri itu.

Dia berdehem dan mengalih perhatian ke arah lain bila sedar kelibat Milan sedang menuju ke arahnya sambil menatang dulang berisi pesanan nya tadi.

"Ini dia pesanan encik tadi..." Beritahu Milan dengan ramah. Pinggan berisi makanan yang di pesan oleh lelaki itu diletakkan cermat di atas meja. Begitu juga dengan Jus Tembikai.

"Terima kasih..." Jawab lelaki itu dengan suara garau nya. Milan hanya mengangguk sebelum berlalu dari situ.

Dia tidak terus makan. Matanya kembali memerhati Milan yang sudah berhenti di meja yang di dudukin oleh ketiga - tiga anggota tentera itu.

Wajah gadis itu sedikit berubah bila salah seorang dari anggota tentera itu bersuara.

Wajah anggota tentera yang bersuara itu jelas di hadapan matanya.

Yeah!

Akhirnya...

Jumpa jugak kau Indra!

Desis si lelaki bertatu naga bersama senyuman sinisnya.

Makanan di suap perlahan ke dalam mulut. Telefon pintar di atas meja dicapai.

Dia menaip sesuatu di dalam telefon itu.

'AKU DAH JUMPA SASARAN...'

Pesanan di hantar.

Tidak lama kemudian, pesanan di balas.

'HAPUSKAN...'

Tersenyum sinis dia membaca pesanan itu. Telefon kembali di letakkan di atas meja.

Figura Milan dan Indra kembali di perhati lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience