BAB 27

Action Completed 18091

LANGKAH INDRA berhenti pada sebuah rumah kedai lama.

Kerana perasaan ingin tahu akan kisah silam nya, akhirnya langkah kakinya langsung membawa dirinya ke sini...

Nama aje rumah kedai lama... Tapi sekelilingnya penuh dengan sesuatu...

Siang okay lagi... Kalau malam... Bermacam - macam ada di situ...

Kalau dah faham tu, faham ajelah...

Dia melangkah masuk ke dalam rumah kedai itu.

Kelihatan seorang lelaki cina separuh usia duduk bersandar di kerusi malas sambil membaca surat khabar. Lagu cina lama berkumandang di serata rumah kedai lama itu.

Surat khabar pantas di tutup bila menyedari kelibat Indra berdiri di hadapannya.

"Lu mau apa?" Soal nya dengan pelat cinanya.

"Uncle... Saya mau tanya satu sesuatu boleh tak..." Pinta Indra.

"Lu mau tanya apa?"

Matanya menyoroti penampilan Indra yang kelihatan kemas, tegap dan tinggi itu.

Rasa curiga mula menapak di dalam hati.

Indra mengeluarkan gambar seseorang dari poket jaket hitam nya.

Gambar itu ditunjuk ke arah lelaki cina separuh usia ini.

" Uncle kenal tak ini perempuan..." Tanya Indra.

Gambar yang ditunjukkan oleh Indra itu dirampas lalu dibawa dekat ke wajahnya.

Membesar matanya melihat gambar orang yang sangat dikenali. Melati!

Gambar itu di tekap kasar ke dada Indra.

"Takde... Gua tak da kenal ini perempuan... Sudah... Lu pergi balik... Kedai sudah mau tutup..." Halau nya selamba.

Dia bingkas bangun dari kerusi malasnya.

Grill pintu kedai sudah mahu ditarik separuh.

"Please uncle... Saya perlu tahu..." Desak Indra pagi. Pintu grill yang sudah mahu di tutup oleh lelaki tua ini dihalang pantas.

"Lu tak da faham ka hah? Gua suruh balik... Baliklah... Jangan datang lagi dekat sini..." Tengking lelaki tua itu.

Muka nya sudah berubah merah menahan marah.

"Uncle... Tolong saya... Jangan buat saya macam ni... Saya mau tahu saja... Uncle kenal ke ini perempuan?" Sekali lagi Indra mendesak.

Kalau tak mendesak, bukan Indra namanya!

"Lu tak da faham ka? Gua cakap, gua tak kenal itu perempuan.. Gua tak kenal lah... Sekarang... Lu pergi balik... Balik!!" Lagi sekali si lelaki tua menghalau.

Nafasnya sudah turun naik akibat dari pada menghalau Indra yang langsung tak makan saman itu.

"Ah Long!!"

Suara keras seorang perempuan dari dalam menghentikan pertelingkahan antara Indra dan lelaki tua itu.

Automatik kepala kedua - dua nya statik memandang ke arah dalam kedai.

Muncul seorang perempuan berpakaian cheongsam di hadapan mereka.

Wajah si perempuan kelihatan anggun sekali.

"Suruh dia masuk dan ikut aku..." Arah nya sebelum berlalu masuk semula ke dalam.

Mengeluh keras si lelaki tua bila perempuan itu membenarkan Indra, si budak tak makan saman ini masuk ke dalam kedai.

Dengan rasa tidak rela, dia membuka kembali pintu grill kedai dan menyuruh Indra mengikuti langkah perempuan berpakaian cheongsam tadi ke tingkat atas.

"Terima kasih uncle..." Ujar Indra ceria sebelum dia menghilang menuju ke tingkat atas.

Mendengus geram si lelaki tua yang bernama Ah Long itu bila kredibiliti nya di calar oleh Indra.

Tak guna punya budak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience