Part 2

Action Completed 18091

DARI KEJAUHAN, INDRA melihat susuk tubuh tegap Billy sedang laju melangkah menuju ke arahnya.

Belum sempat senyuman sinis nya terpamer,

BUKK!!

Satu tumbukan padu dari Billy hinggap ke wajahnya.

Hampir terdorong Indra ke belakang.

Belum sempat Indra mahu mengesat darahnya yang mula mengalir di bibirnya, kolar t - shirt hitam yang di pakai olehnya di cekau kasar oleh Billy.

"Mana kau pergi selama ni, bangang? Mana kau pergi?" Tengking Billy.

Bersinar matanya menahan marah. Nafasnya sudah turun naik menahan rasa amarah yang mula terkepung di dada.

Agaknya dah lama si Billy ni menahan amarahnya...

Tu yang sampai aje depan Indra, terus di baginya buku lima dekat member!

Indra hanya diam membatu sahaja.

Langsung tak melawan.

Dia biarkan aje rakannya ini memberi buku lima pada dirinya...

Anggap ajelah buah tangan dari Billy untuk pertemuan mereka setelah berminggu minggu menghilangkan diri...

Bukan menghilangkan diri...

Dah jadi buronan dah dia sekarang...

"NAH!"

Sapu tangan di hulur kepada Indra.

Indra menyambut tanpa banyak bicara.

Sapu tangan itu dibawa ke tepi bibir lalu mengelap perlahan lelehan darah di tepinya.

"Aku mintak maaf sebab tumbuk kau tadi..." Ujar Billy dengan rasa kesal.

Indra tersengih sinis.

"Tak payah mintak maaf lah... Memang patut pun aku kena buah tangan dari kau! Lagipun... Dah lama aku tak merasa buah tangan dari kau..."

Ceh!

Menjuling mata Billy mendengar lawak hambar rakannya itu.

"Apa hal kau suruh aku datang sini?" Soal Billy terus ke topik asal.

Matanya merenung ke arah suasana bandaraya yang kelihatan sayup - sayup dari kaki bukit ini.

Hanya dia, Indra dan Amelya sahaja yang tahu tempat ini!

Yang lain termasuk rakan - rakan mereka langsung tidak mengetahui kewujudan tempat ini.

"Aku nak kau pastikan sesuatu..."

Berkerut dahi Billy mendengar ayat yang di ucapkan oleh Indra itu.

"Pastikan apa?"

"Kau harus cari tahu orang ni..."

Poket jaket hitamnya di seluk.

Sebuah gambar yang agak sedikit kabur di hulur kepada Billy.

Billy pantas mencapai gambar tersebut.

Di picing matanya seboleh mungkin pada gambar tersebut.

Gerak geri dan pakaian lelaki dalam gambar itu membuatkan dia teringat akan sesuatu... Lebih - lebih lagi ketika orang dalam gambar ini memakai pelitup muka dan berhoodie.

Sepintas kotak fikiran nya teringat akan rangka layar yang di tunjukkan oleh Man Botak ketika sebuah kereta melalui sebuah traffic light... Dan juga malam di mana Milan di serang oleh lelaki yang tidak dikenali...

Dan disitu dia tahu yang lelaki itu mempunyai tatu naga...

"Aku dapat gambar ni dari seseorang yang aku kenal..."

"Aku syak yang dia ni bakar rumah ibu... Bunuh ibu... Bakar rumah kedai lama tu... Dan juga bunuh orang di dalam... Dan... Aku syak... Dia juga aniaya aku dalam hal ni... " Ujar Indra bersama nada bergetar.

Sakit hatinya saat teringat akan peristiwa yang menimpa Melati dan juga rakan ibunya.

Billy hanya diam.

" Aku akan cari siapa dia ni... Kau jangan risau... Dan sekarang... Kau perlu balik... Tak perlu lagi jadi pelarian.... Mari selesaikan semuanya ni bersama..." Dalam menyatakan kesanggupannya, dia berusaha memujuk Indra untuk kembali ke markas dan menyerah diri pada pihak polis untuk siasatan.

Menggeleng laju kepala Indra saat mendengar pujukan rakannya.

" Tak! Aku takkan balik ke markas selagi aku tak jumpa si bedebah tu!" Suara Indra mula berubah kasar.

"Tapi Dra..."

Tidak jadi dia mahu menghabiskan ayat bila Indra sudah memotong.

"Aku tak kan sesekali berundur Billy... Gara - gara si bedebah tu... Hidup aku hancur... Segala - galanya musnah... Dan sekarang... Aku harap... Kau selesaikan apa yang aku suruh tadi... Dan si bedebah tu... Biar aku yang uruskan..." Ujar Indra sebelum berlalu dari situ.

" Aku harap ini terakhir kali kita berjumpa... Aku tak nak kau dapat susah disebabkan aku... Kirim salam pada Amelya dan yang lain... "

'Dan juga Milan...' Sambung Indra di dalam hati.

Dia terus melangkah pergi dari situ setelah menitipkan pesan.

Panggilan rakannya tidak hiraukan...

Langkah makin laju ke depan...

Edry!

Aku akan muncul diri depan kau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience