Part 2

Action Completed 18091

"TEMPAT KITA KENA SERBU LAU PAN!!" Pekik Rem, Si ketua yang memprovok Indra sebentar tadi.

"HAH??"

Terkejut besar Lau Pan bila di beritahu yang kawasannya ini telah di kepung oleh pihak berkuasa.

Matanya pantas di paling ke arah Indra yang sedang tersenyum sinis kepadanya.

"Kau..." Deram Lau Pan.

Tak sangka Indra yang di lihatnya ini pintar sungguh!

"Kau ingat kau akan selamanya memproses benda haram jadah kau dekat sini... Tak Edry... Tak... Aku takkan benarkan kau memproses benda tu lagi..." Ujar Indra dengan menyebut nama sebenar Lau Pan. Senyuman sinisnya yang masih bergayut di bibirnya.

Ketika Indra sedang bertekak dengan Lau Pan, Saran dan Larry mengambil peluang untuk menyerang konco - konco Lau Pan yang mengacukan pisau ke leher mereka.

Dalam sekelip mata, kedua - dua konco Lau Pan itu berjaya di tumbang kan oleh mereka berdua.

Keadaan menjadi kecoh seketika. Bunyi tembak - menembak di luar ruangan tersebut mula kedengaran.

Benji sibuk mengarahkan anak - anak buahnya menyerang balas pasukan dari Billy, Hayrren dan juga Inspektor Arie yang menggempur kawasan tersebut. Pihak berkuasa Indonesia juga turut menyertai dalam misi tersebut.

Aksar upahan dan anggota polis yang sudah menamatkan perkhidmatan atas pelanggaran etika kerja yang sangat profesional yang diupah oleh Lau Pan bertindak menyerang balas ke atas pasukan keselamatan.

Milan yang mendengar bunyi tembakan di luar mula ketakutan.

Indra menoleh ke arah Saran dan Larry yang sedang bertarung dengan konco - konco Lau Pan. Dia terleka seketika.

Melihat kelekaan Indra, satu tendangan padu hinggap di dada Indra sehingga tubuh tegap lelaki itu terlentang di atas lantai.

Milan yang baru ingin menolong di tarik menghadap dirinya.

"Kau ingat aku akan lepaskan budak ni macam tu aje... Takkan Indra... Takkan... Kalau aku mati sekali pun... Biar budak ni mari sekali sekali dengan aku!" Ujar Lau Pan sebelum mengheret tubuh kecil Milan mengikuti langkahnya menuju ke pintu belakang.

Milan yang meronta - ronta mahu melepaskan diri dari cengkaman Lau Pan menjerit - jerit memanggil nama Indra.

" Abang In... Tolong Milan... Tolong Milan abang In... "

Indra yang baru ingin bangun akibat mendapat tendangan padu dari Lau Pan tadi terbaring semula bila tubuhnya disepak laju oleh Araiti.

Kali pertama kena! Kali kedua tidak kena bila Indra menggulingkan tubuhnya ke arah lain.

Kaki Araiti yang cuba untuk menghentak tubuhnya dipaut sehinggakan lelaki itu hilang imbangan.

Satu tumbukan dihadiahkan kepada Araiti. Tepat mengena muka lelaki itu!

Araiti tidak mengalah!

Di pautnya lagi Indra sehinggakan lelaki itu tersungkur di sebelahnya. Pada masa inilah, leher Indra di jerut menggunakan wayar yang di cabutnya tadi.

Meronta - ronta Indra bila wayar itu menjerut lehernya.

Dia ingin mencapai tangan Araiti tetapi tidak berjaya bila Araiti mengetatkan lagi jerutannya.

Nafasnya mula tersekat.

Bukk!!

Satu tendangan hinggap di belakang Araiti menyebabkan lelaki itu tergolek ke depan. Jerutan di leher Indra juga terlepas.

Terbatuk - batuk keras Indra bila jerutan di lehernya terlepas.

"Kau okay Dra..." Sapa satu suara dari sisi Indra.

Indra menoleh.

Terpacul wajah cemas Billy di sebelah.

"Aku okay... Kau lambat sangat... Nasib baik aku tak mati kena jerut dengan mamat ni..." Marah Indra.

Dia bingkas bangun. Dia ingin menghampiri Araiti yang masih tergolek sakit dia atas lantai tapi pantas dihalang oleh Billy.

"Mamat ni biar aku settle kan... Aku ada hutang lagi dengan dia... Kau pergi cari Milan..." Arah Billy.

"Okay bro... Aku serahkan dia dekat kau!" Ujar Indra sebelum berlari keluar dari ruangan itu melalui pintu belakang yang sempat dilihatnya tadi sebelum di serang oleh Araiti.

Araiti bingkas bangun bila kesakitan yang dialami mula berkurangan.

Dia tersenyum sinis melihat figura Billy sedang berdiri di hadapannya.

"Hi... Jumpa lagi kita..." Provok Billy bersama senyuman sinisnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience