BAB 43

Action Completed 18091

KENDERAAN YANG BERADA dihadapan dicilok dengan sesuka hati.

Larry dan Saran yang berada dalam kenderaan sama sudah mula gerun melihat cara pemanduan Indra ini. Larry yang mencilok mahu lepas dari Araiti hari tu pun tak lah macam ni sangat!

Ini macam nak bunuh diri aje!

Beberapa kenderaan yang membunyikan hon pada dirinya tidak hiraukan. Dalam hatinya saat ini, hanya keselamatan sahabat - sahabatnya dan juga Milan!

HAMPIR TERPELANTING LARRY DAN SARAN ke arah depan bila Indra menghentikan kenderaan yang di pandu secara mengejut.

Berdecit tayar bila kereta di brek secara mengejut.

Haih! Lama - lama nanti, mati terkejut dia dengan Larry kalau dah macam ni!

Nasib pakai tali pinggang keledar. Kalau tak, memang dah lama terpelanting badan diorang ni ke depan!

Indra membuka tali pinggang keledar. Pintu bahagian pemandu di buka.

Dia keluar dari perut dan berjalan laju menuju ke depan.

Langkahnya terhenti saat mata nya terpandang pada sebuah kenderaan pacuan empat roda yang sudah remuk teruk. Di sisi kenderaan itu, terdapat sebuah lori pasir tanpa muatan.

Dia yakin, lori itu yang telah melanggar kenderaan tersebut.

Langkahnya yang laju tadi semakin perlahan bila anak matanya menangkap dua tubuh manusia yang sudah ditutup dengan kain putih oleh pasukan perubatan.

Tak mungkin! Tak mungkin!

Matanya sekali lagi menangkap tubuh sahabatnya, Man Botak yang sedang di tolak masuk ke dalam ambulans.

Suasana di situ sungguh bingit sekali.

Siren bomba, ambulans dan dari pasukan polis silih berganti.

Dia ingin maju lagi ke depan tetapi tubuhnya di tarik pantas oleh Saran.

"Lepaskan aku lah, Saran... Aku nak tengok diorang..." Marah Indra. Dia menepis tangan Saran yang menarik tubuhnya tadi.

"Dra... Kau tak boleh ke sana... Kau masih dalam kes penahanan lagi... Kalau kau pergi sana... Kau akan di tahan..." Ujar Saran.

Indra tidak menjawab.

Tangan Saran yang masih melekat di tubuhnya di tepis lagi.

Tiba - tiba telefon pintarnya bergetar menanda kan ada panggilan masuk.

Di seluk poket seluar.

Telefon pintar di keluarkan.

Nombor terhad kembali naik di skrin telefon.

Panggilan itu pantas di jawab.

"Hello... Kau suka tak hadiah yang aku bagi tu?" Suara garau Lau Pan bergema di talian sebelah.

"Kau memang jahanam Lau Pan!" Maki Indra.

Lau Pan tergelak mendengar makian Indra itu.

"Well... Aku ingatkan nak main - main saja... Tak sangka pula yang sahabat kau dua orang tu boleh mati..." Ujar Lau Pan dengar sengaja membuat nada sedih.

"Kau memang gila lah Lau Pan!" Maki Indra lagi.

"Yeah... Aku memang gila pun... Tapi kan... Dua dah mati... Tinggal satu... Dua... Tiga... Haaa... Tiga lagi... Eh... Bukan... Dua lagi sahabat kau yang hidup... Yang sorang tu... Aku tengok macam dah nyawa - nyawa ikan aje..." Sengaja Lau Pan memancing lagi kemarahan Indra.

"Oh ya... Aku lupa... Budak perempuan ni ada dekat tangan aku dah..." Ujar Lau Pan.

"Kau ingat ya Indra... Kalau kau nak sahabat dan orang sekeliling kau selamat... Kau datang jumpa aku... Bawa Saran sekali... Aku tahu... Selama ni dia ada dengan kau kan... Pandai betul budak tu cari abang dia..." Komen Lau Pan lagi.

"Kau ingat Indra..." Ujarnya sebelum talian di matikan.

Indra sudah menderam marah.

"Arghhh!!! Kau memang siallah Edry!!" Pekik Indra. Telefon pintar di campak kasar ke atas tanah.

Hancur berkecai telefon pintar itu dibuatnya.

Rambutnya di ramas kasar.

Nasib baik mereka memarkir kereta agak jauh sedikit dari lokasi kemalangan.

Dia terpunduk kelelahan.

Air matanya mula menitis dan mengalir ke pipi.

Dia sudah mula teresak - esak menahan tangis.

Saran dan Larry hanya memerhati sahaja tanpa niat mahu memujuk atau menenangkan Indra.

Hatinya sudah mula tidak kuat.

Dulu dia diuji dengan kematian ibunya, Melati. Diikuti dengan sahabat lama ibunya, Madam Ling dan Ah Long.

Dan sekarang, sahabatnya pula...

Semua di lakukan oleh orang yang sama!

Kau memang psiko Lau Pan!

Kau memang gila!

Kau tunggu nasib kau macam mana nanti!

Dendam Indra!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience