KESANGSIAN BILLY selama ini berasaskan. Dan kerana sikap ingin tahunya itulah membawa dia ke rumah anak - anak yatim ini.
RUMAH ANAK - ANAK YATIM SINAR CAHAYA
Dan kedatangan nya di sini pun tanpa pengetahuan rakannya Indra.
Soal Indra di selidik dengan rapi sekali. Bukan dia mahu masuk campur urusan hidup Indra. Tetapi keadaan Indra yang semakin kuat termenung dan panas baran tidak tentu pasal membuatkan hatinya tidak senang.
Hasil selidikan diperolehi. Alangkah terkejut nya dia mendapati yang Indra mempunyai seorang ibu kandung. Hasil risikannya juga, ibu kandung Indra pernah datang ke sini mencari Indra.
Makna kata, Indra bukan berseorangan. Sahabat nya itu punya ibu. Ibu kandung!
"Patutlah moodnya kurang baik sejak kebelakangan ni... Rupanya ini yang terjadi..." Bisik Billy sendirian.
Selesai urusan di situ, dia bergegas pula memandu kenderaan nya menuju ke rumah Indra. Hatinya kuat mengatakan sesuatu yang akan terjadi sebentar nanti.
MENDENGUS geram Indra bila melihat kelibat dua orang wanita berdiri di luar rumahnya.
"Korang nak apa lagi ni... Aku tak nak tengok muka koranglah... Berambus dari rumah aku ni..." Halau Indra kasar. Matanya mencerlung tajam kepada kedua - dua wanita itu.
Dia pelik dari mana wanita ini mendapat alamat rumahnya.
"Indra... Jangan macam ni... Dengar dulu apa yang ibu nak cakapkan ni..." Melati bersuara lembut. Dia tetap teguh berdiri di luar rumah anaknya meski pun lelaki itu langsung tidak bagi dia menjejakkan kaki masuk ke dalam.
"Ibu? Sejak bila aku ada mak? Mak aku dah lama mati tau tak..." Sinis Indra menjawab.
"Indra!!" Suara Melati naik seoktaf.
Hatinya sedikit terguris bila Indra berkata begitu pada dirinya.
"Ini ibu Indra tau... Jaga mulut tu sikit..."
"Aku tak nak mengaku yang kau tu mak aku... Dah korang blah dari sini... Aku tak nak tengok muka korang lagi... Blah dari sini..." Indra menghalau lagi.
"Oo... Korang tak nak blah ya... Korang tunggu..." Menyirap darahnya bila kedua - dua orang ini masih lagi tidak beranjak.
Indra masuk ke dalam rumah dan kemudian membawa sebatang kayu besbol. Pintu pagar dibuka.
Melati dan Milan sudah menelan liur melihat Indra sudah mara ke arah mereka sambil memegang kayu besbol. Mereka mengundur ke belakang.
" Korang degil tak nak blah dari sini... Nah... Ambik ni..." Kayu besbol cuba diayun ke arah Melati dan Milan sehingga kedua - dua nya terjelepok di atas jalan tar.
"Arghh!!"
"Indra!!"
Jeritan kedua wanita itu dengan panggilan Billy bergabung.
Pantas kilat Billy menangkap kayu besbol itu dari mengenai tubuh kedua - dua wanita ini.
"Kau dah gila ke Dra... Itu mak kau... Mak kandung kau!" Marah Billy. Kayu besbol yang berada di tangan Indra di campak ke tepi.
"Sanggup kau nak pukul dia... Benda apa yang dah rasuk kau ni... Benda apa hah??" Pekik Billy lagi.
Matanya tajam menikam wajah Indra yang sudah merah padam. Nasib baik dia sampai awal. Kalau lambat tadi, tak tahu lah apa akan jadi pada kedua - dua wanita ini.
" Kau tanya apa benda apa yang dah rasuk aku... "
" Tu... Benda yang ada dekat perempuan ni yang dah rasuk aku..." Jari telunjuk kurus mengarah ke Melati yang teresak - esak dalam dakapan Milan.
"Kenapa dia muncul balik dalam hidup aku... Kenapa tak gugur kan aje aku kalau tak mampu nak jaga aku..." Luah Indra.
"Kenapa dia perlu muncul balik selepas 27 tahun... Kenapa Bill... Kenapa..."
Dia terjelepok di tepi pagar bersama tangisan yang mendayu. Rambutnya di cengkam kuat. Akal warasnya tidak mampu berfikir secara baik sehingga dia sanggup mahu mencederakan orang.
Billy mencangkung di hadapan Indra.
" Dah Indra... Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya... Dah jom kita masuk dalam...." Nasihat Billy.
Tubuh lemah Indra di papah menuju ke dalam rumah.
Dia keluar semula. Tubuh Melati, ibu Indra pula dipapah masuk dengan di bantu oleh Milan.
BILLY KELUAR DARI rumah itu dengan alasan ingin membeli sesuatu di kedai runcit berdekatan. Padahal dia ingin memberi ruang pada mereka untuk menyelesaikan apa yang masih tersirat di hati.
"Indra..." Panggil Melati setelah kelibat Billy menghilang. Matanya tunak memandang anaknya yang sedang berdiri membelakangi nya. Milan di sebelah hanya menunduk diam sahaja. Dia pun seperti Billy juga. Mahu memberi ruang kepada dua beranak ini untuk berbincang. Sebenarnya tiada keperluan pun dia ada di sini. Tapi bila tindakan nya itu mendapat tentangan dari Melati, dia turuti juga.
"Ibu minta maaf sebab abaikan Indra selama 27 tahun ni... Malah ibu sanggup hantarkan Indra dekat rumah anak - anak yatim tu... Maafkan ibu Indra... Maafkan ibu..." Ucap Melati dengan rasa bersalah menghimpit hatinya.
Rasa bersalah itu sentiasa menghantui dirinya biarpun ke mana sahaja dia pergi.
Indra yang membelakangi hanya diam sahaja. Ucapan maaf dari ibunya membuatkan dirinya juga dihimpit rasa bersalah. Rasa bersalah kerana tadi dia hampir - hampir mahu mencederakan Melati dan Milan. Terasa berat mulutnya mahu mengucap kata maaf buat Melati dan Milan.
Dia berkalih lalu menghadap kedua - duanya.
"Kalau saya Puan dapat kesan... Pasti ayah saya juga Puan dapat kesan... So... Saya nak tanya... Ayah saya di mana sekarang..." Soal Indra. Panggilan nya juga turut berubah.
Tergamam Melati bila di soal begitu. Wajah nya juga serta merta berubah. Bukan dia sahaja. Wajah Milan juga turut berubah riak.
"Kalau Puan dapat kesan di mana saya tinggal... Dimana saya bekerja... Tentu Puan dapat kesan ayah kandung saya... So... Mana ayah kandung saya... Dia dekat mana sekarang..." Soal Indra lagi.
Indra juga merasa hairan melihat wajah kedua - duanya berubah riak bila dia buka perihal tentang bapa kandungnya. Seperti ada sesuatu yang mereka cuba sembunyikan.
Melati hanya diam. Soalan Indra dibiarkan tergantung begitu sahaja.
Jiwa tidak tenang bila di bangkit soal bapa kandung Indra.
Apa yang cuba disembunyikan oleh Melati ini?
Apa yang Melati cuba sembunyikan ini?
Share this novel