MALAYSIA
DI SEBUAH PUSAT PENJAGAAN TERPENCIL DI PINGGIR BANDAR...
TEKSI yang membawa Milan berhenti sebuah pusat penjagaan.
Setelah membayar harga teksi, Milan melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut. Kawasan pusat penjagaan ada satu blok sahaja.
Penjaga yang menjaga pusat penjagaan itu hanya tunduk hormat saja sebaik melihat kelibat Milan memasuki bangunan tersebut.
Milan membalas sebelum kakinya melangkah menuju ke sebuah bilik.
Tombol pintu di pulas perlahan.
Pintu bilik itu terbuka dari luar.
Terpapar sekujur tubuh seorang lelaki yang sedang terbaring kaku di atas katil.
Pintu bilik kembali di tutup.
Dia melangkah perlahan menuju ke arah tubuh kaku itu.
Dia duduk di kerusi bersebelahan dengan tubuh kaku abangnya.
Ya... Tubuh yang terbaring kaku ini adalah abangnya, Dendry Joseph...
Dendry mengalami koma akibat insiden kebakaran 7 bulan yang lalu... Insiden kebakaran itu turut mengorbankan bapa mereka, Mr. Joseph...
Tangan lelaki itu dicapai.
"Abang Den... Iyan datang ni..." Ujar Milan perlahan.
"Maafkan Iyan sebab dah jarang sangat datang lawat abang Den..." Milan bersuara lagi.
Memang sekarang dia dah jarang sangat melawat abangnya ini gara - gara kejadian yang menimpa dirinya sebulan yang lalu.
Biasanya, dia akan melawat abang nya setiap minggu. Tapi kali ni...
" Mesti abang Den marah Iyan kan sebab dah lama tak lawat abang Den... Iyan minta maaf abang Den... Bukan Iyan sengaja pun..." Ujar Milan lagi.
Genggaman di tangan abangnya di eratkan.
"Abang Den... Iyan nak bagitau abang Den satu benda..."
Milan menarik nafas panjang.
"Ibu dah takde abang Den... Ibu dah takde..." Beritahu Milan dengan nada bergetar.
Mutiara jernih mula mengalir jatuh ke pipi.
"Iyan minta maaf abang Den sebab tak dapat selamatkan ibu dengan daddy... Sebabkan Iyan jugak... Abang Den jadi macam ni..."
Milan sudah mula mengongoi di sisi abangnya.
"Oklah abang Den... Iyan balik dulu... Dah lewat petang ni..." Ujar Milan bila sudah puas mengongoi tadi. Air mata dilap bersih.
Risau di lihat oleh para petugas yang menjaga di sini nanti.
Tangan abangnya di cium sebelum beralih ke dahi lelaki itu pula. Lama dahi abangnya itu di kucup.
" Iyan balik dulu abang Den... " Bisik Milan perlahan.
Sebelum pergi, meja kecil yang berada di sisi katil abangnya di pandang. Agak lama dia memandang meja kecil itu.
Dia mengeluh perlahan sebelum keluar dari bilik tersebut.
Apa agaknya di simpan oleh Milan di situ?
Adakah semua bukti yang berkait rapat dengan kematian bapanya 7 bulan lalu di simpan di situ?
Yang pasti...
Hanya Milan dan Dendry sahaja yang tahu tentang kejadian 7 bulan lepas...
Dan juga kisah silam Indra...
Kesian abang Milan... Dendry koma... Dan bukti dah Otw... Cuma nak dapatkan aje payah sikit
Share this novel