"AKU DAH AGAK..." Keluh Billy sebaik sahaja melihat fail yang dihulurkan oleh Inspektor Arie pada dia sebentar tadi.
Sempat juga lelaki bertanya kenapa mukanya penuh dengan lebam. Dia juga menjawab dengan ringkas sahaja.
Sekarang mereka sudah berada di dalam markas. Khalid di panggil semula ke markas manakala Nuar pula di suruh untuk menemani Indra.
"Apa yang kau dah agak Billy?" Tanya Man Botak.
"Fail ni..."
Fail berwarna hitam di di tolak ke arah Man Botak.
"Ada kaitan dengan sindiket yang kita tumpas kan tiga tahun lepas..."
"Maksud kau?"
"Kau baca fail tu..."
Fail hitam itu dicapai. Satu persatu helaian kertas di dalam fail itu di baca.
"Kau nak cakap yang orang serang Milan ni orang yang sama serang Amel dalam kemalangan kereta 3 tahun lepas?"
Billy mengangguk perlahan.
Man Botak mengeluh kasar.
"Wah! Makin rumit kes ni..."
Wajah Man Botak sudah berubah riak. Fail itu di letakkan kembali di atas meja.
Tak sangka... Banyak sangat kebetulan yang berlaku sekarang...
Takkan sejarah kembali berulang...
Tiba - tiba handphone Billy bergetar. Di seluk poket seluar. Nama Nuar terpapar naik di skrin handphone.
Pantas ikon hijau di gesek.
"Halo Nuar... Ada apa?"
"Pusat Jagaan tempat abang Milan terbakar..." Ujar Nuar di talian sebelah dengan nada tercungap - cungap.
"Apa??"
SEMENTARA DI kawasan pusat penjagaan, semua orang sibuk bertungkus lumus menyelamatkan pesakit yang berada di dalam bangunan tersebut. Termasuk Indra!
Dia yang paling awal datang bersama Khalid.
Dan sekarang, dia sudah berada di dalam bangunan untuk menyelamatkan abang Milan walaupun mendapat tentangan dari anggota pasukannya.
"Kau dah call diorang ke? " Soal Khalid setelah dia selesai membantu seorang staff membawa pesakit yang terlantar ke arah ambulans.
Nafasnya kelihatan mengah sekali.
"Aku dah call..." Jawab Nuar.
Dia juga kelihatan turut termengah kepenatan.
"Indra mana?" Nuar bertanya.
Matanya meliar mencari kelibat Indra di sekitar mereka tetapi langsung tak kelihatan. Tadi masa dia membuat panggilan, lelaki itu masih ada di tempat Khalid berdiri. Tapi sekarang, bayangnya pun dah hilang.
"Dia masuk ke dalam tadi..." Jawab Khalid dengan wajah gusar. Matanya dari tadi asyik menatap pintu masuk bangunan sahaja.
"Apa?? Dah gila ke apa Indra ni..." Jawab Nuar dengan suara sedikit keras.
Wajah nya kelihatan gusar. Sama seperti wajah Khalid.
Memang dah gila betul si Indra ni!
"Aku tak tahu apa yang mamat tu fikir..."
Bukan dia tak nak tolong, tapi api makin marak menyebabkan mereka sukar untuk masuk ke dalam. Bukan mereka sahaja, pasukan keselamatan yang lain juga mengalami kesukaran untuk menjalankan tugas menyelamat.
Di saat Billy dan Man Botak muncul di sisi Khalid dengan Nuar, ketika itulah Indra muncul bersama Dendry yang berada di dalam dukungannya.
Berlari laju Indra menuju ke arah keempat - empat sahabatnya sambil mengendong Dendry.
Ketika itulah...
BOMM!!
Bunyi letupan jelas kedengaran dari dalam bangunan. Orang ramai yang berada di sekitar menjerit ketakutan. Suasana menjadi kelam kabut.
Anggota keselamatan bertungkus lumus dalam usaha memadamkan api kebakaran. Bunyi siren dari pelbagai agensi keselamatan semakin memenuhi kawasan pusat penjagaan tersebut.
Indra bersama Dendry rebah di sisi rakan - rakannya.
Pantas keempat - empatnya menerjah ke arah dua tubuh yang terlentang di atas jalan.
Nuar dan Khalid membantu mengangkat tubuh Dendry ke dalam pengusung yang dibawa oleh dua orang petugas kesihatan untuk di masuk ke dalam ambulans. Manakala Indra pula di papah oleh Billy dan Man Botak ke arah tempat ynag lebih selamat.
Tak dapat adik... Abg pula yg menjadi mangsa...
Share this novel